Thailand Catat Kadar Kematian Jalan Raya Tertinggi ASEAN – Pesanan Buat Pelancong Malaysia

Thailand Catat Kadar Kematian Jalan Raya Tertinggi ASEAN – Pesanan Buat Pelancong Malaysia

Baru-baru ini saya membaca laporan yang disiarkan oleh Bangkok Post, memetik data daripada World Health Organization (WHO).

Thailand mencatat kadar kematian jalan raya 32.7 bagi setiap 100,000 penduduk — tertinggi di ASEAN dan antara yang paling tinggi di dunia.

Lebih membimbangkan, 74% kematian melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal. Punca utama yang disebut ialah penguatkuasaan lemah terhadap pemakaian helmet, tali pinggang keledar dan kesalahan memandu dalam keadaan mabuk.

Secara global pula, kemalangan jalan raya kini menjadi punca kematian utama golongan muda berumur 5 hingga 29 tahun.

Thailand Catat Kadar Kematian Jalan Raya Tertinggi ASEAN – Pesanan Buat Pelancong Malaysia



“Saya Datang Thailand Banyak Kali, Tak Pernah Nampak Kemalangan…”

Ramai pelancong Malaysia berkata begitu.

Mereka datang setahun sekali.
Trip 3 hari 2 malam.
Ambil gambar jalan cantik, sawah hijau, laut biru.

Ya, jalan raya Thailand memang banyak yang cantik dan luas. Tetapi statistik tidak menipu.

Cikgu Joe sudah menetap lebih 15 tahun di sini.
Apa yang pelancong tak nampak dalam 3 hari, saya lihat sepanjang tahun.

Kemalangan di jalan kampung.
Rider tanpa helmet.
Anak muda menunggang laju waktu malam.

Yang datang bercuti mungkin tak sempat melihat sisi itu.


Jangan Ambil Mudah Soal Insurans

Nasihat saya kepada pelancong Malaysia:

Jangan masuk Thailand tanpa perlindungan lengkap.

Sekurang-kurangnya ambil 4 perlindungan ini:

  1. Insurans kenderaan (Thailand cover note sah)

  2. Insurans kemalangan diri

  3. Insurans perubatan / travel

  4. Perlindungan liabiliti pihak ketiga tambahan (jika ada)

Jangan pilih ejen hanya kerana murah.
Pilih ejen yang kurang isu dan mudah dihubungi ketika kecemasan, antaranya yang sering disebut rider berpengalaman seperti Sakao & Gagao.

Apabila berlaku kemalangan, yang penting bukan harga insurans.
Yang penting ialah siapa yang angkat telefon ketika kita panik di tepi jalan.


Jalan Cantik Tidak Sama Dengan Jalan Selamat

Kita bukan mahu menakutkan.
Kita mahu mendidik.

Statistik WHO adalah peringatan bahawa keselamatan bukan soal persepsi, tetapi realiti.

Datanglah bercuti.
Nikmati Thailand.
Tetapi masuk dengan ilmu, disiplin dan perlindungan.

Nyawa kita bukan untuk diuji hanya kerana rasa yakin diri.


Sumber berita: Bangkok Post (berdasarkan laporan WHO Global Status Report on Road Safety)

Jika anda bercadang melancong Island Hopping di Pak Bara, Satun Thailand seperti:

  • Koh Lipe

  • Koh Bulone

  • Koh Khao Yai

  • Tempahan Hotel

  • Transport

Boleh hubungi Karlisa Travel

📲 WhatsApp: +66830948948

Biar kami bantu uruskan perjalanan anda dengan lebih tersusun, selamat dan jelas dari awal — supaya percutian indah, bukan pengalaman cemas.

Ramai Pembaca Memilih Artikel Ini Untuk Dibaca Bagi Persediaan Melawat Thailand

👍👉 Klik Disini

Thailand Catat Kadar Kematian Jalan Raya Tertinggi ASEAN – Pesanan Buat Pelancong Malaysia


Comments

Popular posts from this blog

Border Pass Atau Passport Ke Thailand

BORANG TM6 TM2 DAN TM3 THAILAND

Prosedur Bawa Kereta ke Thailand

LOKASI MENARIK DI PAK BARA SATUN THAILAND

Bagaimana Seorang Pelacur Hat Yai Di Tetapkan Harga