Kedai Makan Di Pak Bara Buka Pada Hari Raya – Ini Sebabnya

Setiap kali hampir Hari Raya, soalan ini pasti muncul:

“Cikgu, betul ke kedai makan di Pak Bara buka masa raya?”

Saya jawab dengan yakin — ya, kebanyakannya buka.

Kenapa saya berani cakap begitu?

Kerana saya berpengalaman tinggal dan menetap di Pak Bara hampir 15 tahun.
Bukan sekadar datang melancong. Saya hidup di situ. Saya faham rentaknya.

Kedai Makan Di Pak Bara Buka Pada Hari Raya – Ini Sebabnya



Thailand: Raya Bukan Cuti Awam Nasional

Ramai orang Malaysia tak tahu.

Di Thailand, Hari Raya bukan cuti awam rasmi negara.
Cuti biasanya atas ehsan majikan atau pentadbiran tempatan — sekitar 1 hingga 2 hari sahaja.

Jadi ekonomi tetap berjalan.

Tambahan pula Pak Bara ialah kawasan pelancongan.
Ramai pelancong Thai dan luar negara datang untuk ke pulau.

Itulah sebabnya kedai makan sukar untuk tutup lama.
Ada peluang menjana pendapatan — mereka akan buka.

Kedai Makan Di Pak Bara Buka Pada Hari Raya – Ini Sebabnya



Budaya Raya Di Thailand Berbeza

Budaya raya di selatan Thailand sangat menarik.

Hari Raya pertama memang diraikan, tetapi suasananya sederhana.

Selepas solat raya, ramai akan:

  • Bawa sanak saudara berkelah di tepi pantai

  • Makan bersama keluarga

  • Luangkan masa santai

Majoriti mereka tinggal berhampiran rumah ibu bapa dan saudara mara.

Sepupu tinggal sekampung.
Pakcik makcik rumah sebelah.
Hubungan sangat akrab kerana kerap bertemu, bukan hanya setahun sekali.

Kedai Makan Di Pak Bara Buka Pada Hari Raya – Ini Sebabnya



Berbeza Dengan Budaya Malaysia

Di Malaysia, balik kampung itu seakan satu kewajipan sosial.

Wajib ziarah ibu bapa.
Wajib jumpa adik-beradik.

Kecuali mereka yang sudah kehilangan ibu bapa, atau ada krisis keluarga seperti isu pembahagian harta pusaka — barulah ada yang tidak pulang.

Sebab itu di Malaysia, raya boleh jadi besar dan panjang.
Sampai 30 hari suasana raya terasa.

Di Thailand, raya lebih ringkas.
Lebih tenang.
Dan kehidupan kembali normal dengan cepat.


Jadi… Kedai Makan Buka Atau Tidak?

Berdasarkan pengalaman saya tinggal 15 tahun di Pak Bara:

✔ Kebanyakannya buka
✔ Jika tutup pun hanya sekejap
✔ Petang raya pertama sudah ramai berniaga semula

Jadi kepada pelancong Malaysia, jangan terlalu risau.

Pak Bara bukan seperti kampung di Malaysia yang sunyi seminggu.

Di sana, raya tetap diraikan.
Tetapi ekonomi tetap berjalan.

Untuk Pertanyaan sila komen disini 🔎

RAMAI YANG MEMILIH DISINI 👇

  1. Pak Bara Thailand 2026 – Jadual Bot Ke Koh Lipe, Harga Tiket, Parking & Panduan Lengkap
  2. TM2 & TM3 – Ringkas & Padat 
  3. Lokasi Menarik di Pak Bara Satun Thailand untuk dilawati
  4. Island Hopping Pak Bara Koh Bulone 3H2M

Comments

Popular posts from this blog

Border Pass Atau Passport Ke Thailand

BORANG TM6 TM2 DAN TM3 THAILAND

Prosedur Bawa Kereta ke Thailand

LOKASI MENARIK DI PAK BARA SATUN THAILAND

Bagaimana Seorang Pelacur Hat Yai Di Tetapkan Harga