Harga Insurans CI & VI Thailand Untuk Motosikal 125cc – 250cc (2026)

Ramai rider Malaysia yang masuk Thailand masih belum jelas tentang struktur insurans sebenar di sana. Artikel ini khusus untuk motosikal 125cc ke atas hingga 250cc ke bawah. Jika beli pakej siap di Malaysia, kebiasaannya harga sekitar RM490 (CI + VI). Tetapi jika dibeli terus di Thailand, jumlahnya lebih rendah.

Harga Insurans CI & VI Thailand Untuk Motosikal 125cc – 250cc (2026)



1. CI – Compulsory Insurance (Insurans Wajib)

CI atau Por Ror Bor adalah insurans wajib untuk semua kenderaan asing.

Untuk motosikal 125cc – 250cc:

  • CI setahun: 645.21 Baht
  • Anggaran tukaran ±RM0.13: sekitar RM90

Tanpa CI, kenderaan tidak dibenarkan masuk Thailand.

Harga Insurans CI & VI Thailand Untuk Motosikal 125cc – 250cc (2026)



2. VI – Voluntary Insurance (Insurans Tambahan)

VI adalah perlindungan tambahan (liabiliti pihak ketiga).

Untuk kategori 125cc – 250cc:

  • VI setahun: 2,126.36 Baht
  • Anggaran dalam Ringgit: sekitar RM280
Harga Insurans CI & VI Thailand Untuk Motosikal 125cc – 250cc (2026)



Jumlah Jika Beli di Thailand

CI + VI ≈ RM370

Bandingkan dengan pakej di Malaysia: RM490

> Penjimatan sekitar RM120 – RM130 ( Nilai Pertukaran matawang )


Strategi Rider Berjimat

Beli CI minimum di Malaysia (9 hari / 30 hari) untuk lepasi sempadan.
Selepas masuk Thailand, sambung CI setahun di Thailand.
VI beli terus di Thailand selepas imigresen.

Sesuai untuk rider ulang-alik Wang Kelian, Bukit Kayu Hitam, Satun dan Hat Yai.

Baca cara beli di Thailand ( KLIK )


Bahagian Khas Ikut Kapasiti Enjin

Motosikal Bawah 125cc

Premium biasanya lebih rendah.
Perlu semak kadar semasa dengan ejen.

125cc – 250cc

Kategori paling ramai rider Malaysia.
Harga dalam artikel ini adalah untuk kategori ini.

 250cc ke atas

Premium lebih tinggi bergantung kapasiti dan nilai motosikal.


Jika Berlaku Kemalangan di Thailand

Jika berlaku kemalangan:

  1. Utamakan keselamatan diri.
  2. Ambil gambar tempat kejadian.
  3. Jangan tandatangan dokumen tanpa membaca.
  4. Hubungi talian rasmi berikut:

📞 TAC Hotline: 1672 ( Bahasa Inggeris )
(Thailand Accident Call Center)

📞 TOURIST POLICE Hotline: 1155 ( Bahasa Inggeris )

Polis Pelancong Thailand – boleh berbahasa Inggeris

📞 Konsulat Malaysia di Songkhla: +66819901930
(Hubungi dalam kes serius termasuk kematian atau bantuan konsular)

Simpan nombor ini sebelum masuk Thailand.


 Amaran: Dakwaan “Perkhidmatan Selepas Jualan”

Ada agensi di Malaysia mendakwa harga lebih tinggi kerana menyediakan Perkhidmatan Selepas Jualan  jika berlaku kemalangan.

Namun terdapat aduan di media sosial mengenai:

  • Wang pendahuluan RM500 hanya untuk bertanya harga towing
  • Wang hangus jika tidak jadi ambil servis
  • Caj tambahan tidak munasabah
  • Pelanggan dipaksa tandatangan borang dan bayar pada malam kejadian
  • Jika tidak bayar, servis tidak diberi

Dalam keadaan mangsa masih trauma, keputusan sering dibuat dalam keadaan tertekan.

Selepas semuanya selesai, barulah ada yang menyedari mereka dikenakan kos yang tidak sepatutnya.


Cara Elak Dieksploitasi

Jangan bayar wang tanpa resit rasmi
Jangan tandatangan tanpa faham isi kandungan
Gunakan nombor hotline rasmi Thailand
Simpan semua bukti komunikasi
Jangan mudah percaya janji manis tanpa hitam putih

✔ Jika terpaksa bayar Jangan bayar nilai penuh.

Ilmu lebih penting daripada panik.


Penutup

Masuk Thailand bukan sekadar isi minyak dan beli insurans.

Kita bawa nyawa.
Kita bawa keluarga.

Beza RM120 mungkin kecil bagi sesetengah orang.

Tetapi bagi rider yang kerap ulang-alik, itu satu penjimatan yang bermakna.

Rancang dengan ilmu.
Masuk dengan dokumen lengkap.
Balik dengan selamat.

Comments

Popular posts from this blog

Border Pass Atau Passport Ke Thailand

BORANG TM6 TM2 DAN TM3 THAILAND

Prosedur Bawa Kereta ke Thailand

LOKASI MENARIK DI PAK BARA SATUN THAILAND

Bagaimana Seorang Pelacur Hat Yai Di Tetapkan Harga