Langkau ke kandungan utama

Kami Antara Mangsa Yang Terselamat Tsunami 2004

Kami antara mangsa yang terselamat Tsunami 2004, cerita dari Facebook ZainalB Celestet yang dah banyak kali saya dengar dari mulut dia sendiri. Pertama ketika beliau melawat Satun,kedua di WIP 2018 dan seterusnya diprogram yang dia hadiri.

Karlisa Travel
Abg Zainal bersama Isteri ( Atm )
FB : ZainalB Celestet


We are fortunate to be alive today to tell our story. We are tsunami survivors.

Bagi yang tanya tentang cerita tsunami yang kami kena dulu, kami share sikit kejadian tu.

Pagi tu 26/12/2004 dalam jam 8.30 am, dibilik hotel di Patong, Phuket. Celeste (isteri saya) kata katil dan juga bilik bergoyang. Saya tak rasa apa-apa, dalam hati kata mungkin Celeste ni lapar kot. Lepas tu saya cuba dengar kalau-kalau ‘goyang’ tu datang dari katil di bilik sebelah tapi tak juga. Kemudian saya pandang luar tingkap dan perasan wire elektrik & telefon disepanjang jalan berhayun. Mula rasa ada benda yang tak berapa betul. Dalam hati kata mungkin gempa bumi kecil kot.

Lepas siap-siap kami pun turun sarapan dan kemudian tu ke pantai untuk lepak-lepak. Masa berdiri di pantai tu berbual lah dengan 1 couple mat salleh, terperasan anjing dan kucing berlari dari pantai arah ke jalanraya. Anak saya umur 11 tahun ditepi saya pulak cakap ‘daddy, the water is bubbling’. Saya tak hiraukan cakap dia dan sambung berbual dengan mat salleh tu. Celeste pulak macam ada 10 deria, selalu boleh rasa kalau ada benda yang tak kena. Dia tarik tangan anak saya dan berjalan hala ke jalanraya. Saya pun membebel sikit sebab tengah rilek di pantai dia pulak nak pergi.

Walau macam mana pun saya ikut juga dia. Dalam 10 langkah berjalan saya dengar suara-suara menjerit kuat dibelakang. Saya pun menoleh tapi tak sempat tengok apa-apa, air laut dah ada depan mata. Laju dan kuat ya amat, terus bantai kami dan kami pun terpelanting ke dalam air tu. Tenggelam timbul kami bertiga. Bukan kami saja, pokok, kereta, manusia lain dan macam-macam lagi hanyut sekali dengan kami.

Nasib kami agak baik sebab arus tu tolak kami masuk ke satu ruang kosong di bangunan dekat situ. Di ruang tu kami jumpa couple mat salleh yang kami sembang di pantai tadi dan juga 2 ke 3 orang warga Jepun. Kami ingatkan dah selamat dah disitu tapi malang air mula naik. Bila air dah naik sampai ke dada saya bagi tahu Celeste ‘kita kena keluar’ kalau tidak akan lemas. Tapi diluar tu air teramat laju dengan kereta, bot, pokok kelapa hanyut dalam air. Kalau pokok kelapa boleh tercabut, bayangkan apa jadi dengan orang.

Nak dijadikan cerita, datang 2 ke 3 buah mesin basuh terapung ke kami. Kami guna mesin basuh tu sebagai pelampung dan semasa nak keluar dari ruang tu, ada seorang mat salleh hulur kayu panjang (kayu payung besar) dari tingkat atas bangunan tu. Dia teriak 'grab the pole, grab the pole' suruh kami panjat kayu tu dan dia tarik dari atas. Saya pun tolak anak saya keatas dan malang nya mesin basuh yang saya dan Celeste pegang tadi di langgar arus deras. Kami hanyut ke dalam air. Anak saya nasib baik sempat ditarik naik oleh mat salleh tu.

Mesin basuh yang jadi pelampung tu pun hilang entah kemana sebab arus kuat sangat. Kami tenggelam timbul dalam air masin tu. Secara tak semena-mena 1 Mitsubishi Storm hanyut sebelah kami, jadi kami pun berpaut pada belakang Storm tu. Sampai satu peringkat, kami lepaskan pegangan sebab takut nanti kena himpit bila Storm tu langgar bangunan. Jadi kami terus hanyut jauh ke depan. Tak lama lepas tu nasib kami bertambah baik sebab bila sampai disatu tempat kami ditarik keluar dari air oleh orang ramai bila kami hanyut dekat dengan tangga disatu bangunan. Maka selamat lah kami.

Dalam 15 minit kemudian, arus air berhenti. Saya bagi tahu Celeste tunggu disitu, saya akan kedepan untuk ambil anak. Saya pun meredah air semula, air tak lagi deras tapi paras pinggang. Sebaik saya sampai di ruang kosong tu tadi, saya terdengar suara jeritan lagi sekali. Rupa-rupanya arus no 2 datang, tak laju tapi tinggi. Saya berusaha panjat bangunan tu dan mencari anak saya, alhamdulilah jumpa dia. Sikit trauma. Air laut no 2 tu pulak naik sampai ketingkat 1 bangunan kami berada. Semua yang ada disitu panik dan bergegas panjat naik ke bumbung pulak.

Masa atas bumbung tu lah nampak sana sini body terapung atas air, ada yang bergerak ada tidak. Nampak juga body yang tersepit di celah-celah bangunan kena himpit oleh kereta, dihimpit pokok dan lain-lain. Berterusan dengar suara orang melolong minta tolong, tapi malang tak ada yang pergi atau datang menolong sebab nya masa tu masing-masing takut dan tak tahu apa yang berlaku. Kenderaan, pokok dengan akar umbi, bot, jet ski berterabur sana sini. Banyak bangunan yang habis punah.

Dalam 10 ke 15 minit kemudian air surut ke laut semula. Masa itu lah kami semua yang ada di bumbung tu bertempiaran lari ke bawah bangunan. Semua nya cari dan nak pergi ke tanah tinggi, termasuk lah saya dengan anak saya. Kami lari kebelakang mengharungi air paras pinggang dan bila jumpa Celeste kami terus berlari, berlari dan berlari hala ke bukit. Masa tu semua nya kucar dan kacir. Orang langgar orang, tut-tut langgar orang dan langgar tut-tut lagi sekali dan kemudian langgar motor dan langgar lori dan macam-macam lagi. Semua panik, dah jadi macam zon perang.

Tak lama tu kami sampai di kebun getah berbukit bersama ribuan manusia yang lain. Helicopter berlegar atas kepala bagi nasihat kepada orang ramai pergi ke kawasan bukit sebab takut air datang lagi. Masa tu semua nya confuse sebab tak tahu apa yang melanda tempat tu. Kami bersyukur kami bertiga selamat.

Photo dibawah keadaan di Patong, Phuket selepas tsunami tu tapi bukan kami yang ambil. Kami pinjam.

TULISAN ASAL DARI ZAINALB CELESTET
https://www.facebook.com/zainalb.celestet






Ulasan

acid mustafa berkata…
Masyaallah. Gerun jika berlaku lagi. Acidmustafa

Catatan popular daripada blog ini

BORANG TM6 TM2 DAN TM3 THAILAND

TM6 THAI Borang TM6 , Borang TM2 dan Borang TM3 ke Thailand. Borang apakah itu ? Ramai yang dok keliru dengan borang ini. 1. Borang TM6 atau white card . Ada dua keratan yang perlu diisi. - keratan Arrival Card dan Departure Card, kena isi dua dua. - Arrival Card disimpan oleh Imigresen Thai. - Departure Card disimpan bersama passport atau border pass. - Departure Card MESTI diserahkan sewaktu keluar dari Thai. Disertakan bersama Passport semasa stamping. - JIKA HILANG , sila lapor ke Pejabat Imigresen atau tahan telinga kena maki ( hahaha ) Oleh itu ambil gambar passport dan TM6 simpan didalam HP sebagai bukti jika hilang. Borang TM2 dan TM3 dicopy dari  https://www.riderchris.com/ 2. TM2 adalah borang maklumat kenderaan. - Borang ini boleh didapati di Pejabat Imigresen Thai. - Diisikan dan diserah kepada Pegawai Imigresen Thai untuk mendapat pengesahan semasa stamping passport. - Serahkan semasa pulang ke malaysia kepada Pegawai Imigresen Thai semasa stamping P

LOKASI MENARIK DI PAK BARA SATUN THAILAND

Lokasi Menarik di Pak Bara Satun Thailand untuk dilawati. Persiapan untuk masuk Thailand melalu Wang Prachan, Satun menggunakan Passport ( MAY 2022 ) a. Thai Pass link https://land.tp.consular.go.th / DIMANSUHKAN SEJAK JULY 2022 b. Covid Insuran  DIMANSUHKAN SEJAK JULY 2022 b. Covid Insuran c. Insuran kenderaan ( Por Ror Bor & Voluntary ) d. Geran kenderaan e. TM6 TM2 TM3 Untuk memudahkan urusan sila klik link berikut https://wa.me/60196664087 ( Malaysia ) https://wa.me/6598505125 ( Singapura ) Border Pass  ( MAY 2022 ) a. Tempuh melawat 3h2m ( Tempuh 30 hari sejak July 2022 ) b. Tiada Thai Pass dan Insuran Covid  DIMANSUHKAN SEJAK JULY 2022 b. Covid Insuran c. Insuran kenderaan ( Por Ror Bor & Voluntary ) d. Geran kenderaan e. TM6 TM2 TM3 INSURAN KENDERAAN https://wa.me/60196664087 ( Malaysia ) https://wa.me/6598505125 ( Singapura ) 1. Wang Kelian Immigration, Customs, Quarantine and Security (ICQS) Complex +60 9-945 6328 https://maps.app.goo.gl/ayF7

Apa Ada Di Pak Bara Satun Thailand

Apa Ada Di Pak Bara Satun Thailand ? Macam mana nak pi kePak Bara ? Ini soalan lazim yang sering ditanya oleh pembaca. Mai aku nak cerita kat hangpa. Anda WAJIB lalu dan singgah di  CJS SATUN 406 Kedai milik Akitivis Bahasa Melayu Satun. Dikenali kalangan bikers dan rider Malaysia Singapura dan Asean. Kerana Banyak membantu mereka yang ditimpa musibah tanpa sebarang bayaran. CJS SATUN 406 1. Pos Imigresen Wang Kelian. Hangpa klik pautan ini.  Wang Kelian Ke Pak Bara 2. Pak Bara View, mercu tanda Pak Bara berlatarkan Ikan Maling dan Laut Andaman. Tempat santai seisi keluarga. Bermula jam 3.00 pm ada gerai menjual makanan. Pasar Malam pula setiap Sabtu dan Ahad adalah kemuncak pasar malam. Pautan Maps :  Pak Bara View Point Pak Bara View Point 3. Makanan Laut dan Makanan Thai yang ori. Dah enam tahun di Pak Bara dan sekitar Satun. Kedai terbaik Nava Seafood. Alasannya 100% HALAL . Arak tidak dibenarkan masuk ke Kedainya. Berbeza dengan kedai-kedai lain.TAPI ikut su