SEARCH

Khamis, 16 April 2015

MELAYU SATUN SELEPAS 1909 Siri 2



SATUN SELEPAS 1909 Siri 2
Dasar Thesapiban Dalam Pelajaran
Dari tahun 1939 hingga kini murid murid berumur dari 5 tahun diwajibkan mengikuti pelajaran Pra Sekolah atau Tadika. Walaupun Pra-Sekolah beraliran Islam tapi bahasa pengantar diajar dalam Bahasa Thai. Cuma Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sebagai matapelajran pilihan bagi sekolah untuk di ajar pada murid berikutan penubuhan Asean Economic Commitee (AEC)
Hasil pengalaman sendiri penulis yang mengajar di sebuah sekolah aliran Islam dan Sekolah Tadika Kelas bahasa Melayu, didapati guru guru yang mengajar tidak mahir menggunakan bahasa Melayu Baku samada Bahasa Melayu Malaysia atau Indonesia. Mereka sekadar boleh membaca tetapi ada perkataan Melayu Baku mereka tidak faham. Sebutan antara E Pepet dan E taling menjadi masalah besar bagi mereka mengucapkan perkataan yang dieja.
Buku bahasa Melayu yang ditulis oleh Penulis dari Thai , lebih tepat tidak dirujuk atau disemak oleh mereka yang arif dengan bahasa Melayu atau dari Badan Bahasa dari Malaysia atau Indonesia.
Gaya bahasa yang terikut dengan gaya bahasa Thai dan gaya penulisan Thai yang tiada “koma” atau noktah setiap ayat. Ayat yang ditulis tanpa menggunakan tatabahasa yang betul.
Sistem Petadbiran
Di lihat dari skop yang lebih kecil dalam pentadbiran Thai, di setiap Mukim dilantik seorang Penghulu (Kamnan) yang dulu dipilih secara undi setiap 5 tahun dan kini dipilih dari undi tapi kekal sehingga usia bersara 60 tahun. Setiap kampung dalam mukim,dilantik seorang Ketua Kampung yang dikenali sebagai Puyai Ban atau ( Tok Neban dalam loghat melayu ) dipilih 5 tahun sekali.
Dalam Mukim ada seorang Wakil Rakyat atau “SOCO” yang memwakili rakyat dalam Dewan Negeri. Ada seorang Wakil dalam Dewan Negara dan Wakil Parlimen. Mereka ini dipilih dalam tempuh 5 tahun sekali.
Penghulu dan Tok Neban mengendali hal ehwal sosial masyarakat mukim dan kampung.Segala dasar dasar kerajaan disalurkan melalui penghulu. Walaupun Mukim berkenaan dihuni oleh 90% Melayu Islam,penghulu tidak semestinya Melayu . Setiap aktiviti walaupun dalam masyarak1at Melayu,ucapan dasarnya diwajibkan dalam Bahasa Thai.Dalam acara rasmi kerajaa0n , bahasa Melayu menjadi bahasa kedua atau tidak diguna langsung oleh  kebanyakan kampung di Satun.
Kalau zaman dahulu ungkapan “siapa kuat dialah raja” masih segar diguna pakai di Satun dan Thailand keseluruhannya. Cuma dalam versi semasa, “siapa kaya dialah berkuasa” . Pilahanraya dari dari ketua puak,ketua kampung ,Penghulu , AJK Majlis Pentadbiran Mukim dan Pengerusi Mukim hinggalag ke peringkat nasioanal semuanya menggunakan kaedah bergini. Ibaratkata, kuasa wang bermula dari janin hingga ke mayat.
Nama Daerah Dalam Wilayah Satun
Nama Daerah                                       Nama Asal
1.      Meuang Satun                      Setul Mambang Segara
2.      Khuan Don                          Dusun
3.      Khuan Kalong                     Sungai Kecil
4.      Tha Phae                             Berakit  
5.      Langu                                  Laut
6.      Tungwa                                  Sungai Upe
7.      Manang
Jumlah Mukim dalam Wilayah Satun 36 buah ( Tambon ) . Sejumlah 277 buah kampung ( Muban ) dan 5 buah pekan kecil mukim (Thesaban Tambon ). Dari 277 buah kampung hanya lebih kurang tinggal 12 kampung (muban) yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pertuturan.
BERSAMBUNG DISINI
Katakunci
: Melayu Satun,PerjanjianBangkok 1909,Dasar Thesapiban,Thailand



0 comments: