Langkau ke kandungan utama

Wilayah Satun Selatan Thailand Selamat Di Lawati

Satun (Bahasa Thai: สตูล) merupakan salah satu daripada wilayah-wilayah (changwat) di selatan Thailand. Wilayah-wilayah yang berdekatan (dari hala utara ikut jam) adalah Trang, Phattalung dan Songkhla. Di bahagian selatan, Satun bersempadan dengan Malaysia.

Satun terletak di Semenanjung Malaysia dan berpantai dengan Laut Andaman.
Taman marin Ko Tarutao dan Phetra terdapat di wilayah ini. Berdekatan dengan sempadan Malaysia adalah Thale Ban, sebuah taman yang memiliki sebuah rawa air tawar yang besar.

Sehingga 1813, Satun merupakan sebuah mukim negeri Kedah Darul Aman di Malaya, dikenali sebagai Mukim Setul. Akibat perjanjian British dengan Siam pada 1909, British menyerahkan Setul kepada Siam kerana majoriti penduduknya adalah bangsa Thai. Satun pada mulanya ditadbirkan bersama Phuket dan pada 1925 disertakan dalam wilayah Nakhon Si Thammarat. Satun mula ditadbirkan secara sendirian pada 1933.

Satun merupakan salah satu daripada empat wilayah Thai yang mempunyai majoriti penduduk yang beragama Islam; 67.8% adalah Muslim dan 31.9% adalah penganutBuddha. 9.9% rakyat Satun adalah orang Melayu.

Lambang wilayah Satun memaparkan dewa Pra Samut Thewaa yang sedang duduk di atas batu dan berlatarkan laut dan matahari yang sedang membenam. Dewa Pra Samut Thewaa adalah penjaga laut dan matahari melambangkan Laut Andaman, yang terletak di sebelah barat wilayah tersebut.
Simbol-simbol yang lain termasuk pokok Thai Rosewood (Dalbergia bariensis), dan bunga Snowy Orchid Tree (Bauhinia acuminata). Slogan wilayah adalah, "Aman, Bersih dan Alam Semulajadi".

Satun terbahagi kepada 6 kawasan pentadbiran (Amphoe), dibahagikan lagi kepada 36 daerah swapraja (tambon) dan 257 buah kampung (mubaan).
Amphoe King Amphoe
Mueang Satun
Khuan Don
Khuan Kalong
Tha Phae
La-ngu
Thung Wa
Manang

Akibat konflik yang sering berlaku di Selatan Timur Thailand,seperti Narathiwat,Yala dan Pattani,Wilayah Satun kini menjadi tumpuan rakyat Malaysia mengungjunginya.Hasil kajian Lebih daripada 55 peratus daripada pelancong ke selatan Thailand adalah rakyat Malaysia.

"Jumlah ketibaan pelancong berkurangan akibat daripada konflik di selatan Thailand dan penguatkuasaan ketat oleh imigresen, polis dan tentera yang menekankan keselamatan orang ramai", kata TAT.

Hasil daripada sektor pelancongan yang telah sekian lama menyumbang kepada kelangsungan ekonomi tempatan turut menerima kesannya daripada ketibaan pelancong yang berkurangan, dengan pelancongan di selatan Thailand mencatatkan hasil 1.4 juta Baht pada 2007.

Angka tersebut mencatatkan penurunan berbanding 4.7 juta Baht pada 2003 .Bagi mengembali kerancakan sektor perlancongan di Selatan Thai,pihak berkenaan giat mempromosikan Wilayah Satun kepada penduduk Malaysia.

Antara tempat-tempat yang menarik di Wilayah Satun adalah seperti berikut :-
1.Bandar Satun dan peninggalan Sejarah Melayu Kedah
2.Pak Bara ( Taman Negara,Jeti ke pulau peranginan )
3.Manang ( Water Rafting , Gua Phu Pha Phet )
4.La-ngu ( membeli belah hasil laut dengan harga murah)
Dan banyak lagi tempat-tempat yang menarik yang tidak di popularkan.

Wilayah Satun sesuai sangat dikunjungi bersama famili kerana persekitaran penduduk dan bandar dipenuhi dengan budaya melayu dan Islam.Terdapat banyak tempat penginapan yang selesa dengan harga yang berpatutan.

Sekiranya anda berminat untuk berkunjung ke sana ,anda boleh menghubungi kami di email karlisahalim@gmail.com.
Kami berpengalaman membawa rombongan bas atau konvoi ke sini.Tetamu kami kebanyakkan terdiri dari kakitangan kerajaan ,sekolah sekolah ,universiti dan swasta.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

BORANG TM6 TM2 DAN TM3 THAILAND

TM6 THAI Borang TM6 , Borang TM2 dan Borang TM3 ke Thailand. Borang apakah itu ? Ramai yang dok keliru dengan borang ini. 1. Borang TM6 atau white card . Ada dua keratan yang perlu diisi. - keratan Arrival Card dan Departure Card, kena isi dua dua. - Arrival Card disimpan oleh Imigresen Thai. - Departure Card disimpan bersama passport atau border pass. - Departure Card MESTI diserahkan sewaktu keluar dari Thai. Disertakan bersama Passport semasa stamping. - JIKA HILANG , sila lapor ke Pejabat Imigresen atau tahan telinga kena maki ( hahaha ) Oleh itu ambil gambar passport dan TM6 simpan didalam HP sebagai bukti jika hilang. Borang TM2 dan TM3 dicopy dari  https://www.riderchris.com/ 2. TM2 adalah borang maklumat kenderaan. - Borang ini boleh didapati di Pejabat Imigresen Thai. - Diisikan dan diserah kepada Pegawai Imigresen Thai untuk mendapat pengesahan semasa stamping passport. - Serahkan semasa pulang ke malaysia kepada Pegawai Imigresen Thai semasa stampi...

LOKASI MENARIK DI PAK BARA SATUN THAILAND

Lokasi Menarik di Pak Bara Satun Thailand untuk dilawati. Persiapan untuk masuk Thailand melalu Wang Prachan, Satun menggunakan Passport ( MAY 2022 ) a. Thai Pass link https://land.tp.consular.go.th / DIMANSUHKAN SEJAK JULY 2022 b. Covid Insuran  DIMANSUHKAN SEJAK JULY 2022 b. Covid Insuran c. Insuran kenderaan ( Por Ror Bor & Voluntary ) d. Geran kenderaan e. TM6 TM2 TM3 Untuk memudahkan urusan sila klik link berikut https://wa.me/60196664087 ( Malaysia ) https://wa.me/6598505125 ( Singapura ) Border Pass  ( MAY 2022 ) a. Tempuh melawat 3h2m ( Tempuh 30 hari sejak July 2022 ) b. Tiada Thai Pass dan Insuran Covid  DIMANSUHKAN SEJAK JULY 2022 b. Covid Insuran c. Insuran kenderaan ( Por Ror Bor & Voluntary ) d. Geran kenderaan e. TM6 TM2 TM3 INSURAN KENDERAAN https://wa.me/60196664087 ( Malaysia ) https://wa.me/6598505125 ( Singapura ) 1. Wang Kelian Immigration, Customs, Quarantine and Security (ICQS) Complex +60 9-945 6328 https://maps.a...

Berapa Harga Insurans Ke Thailand

Insurans ke Thailand yang wajib di ambil adalah Compulsory Insurance atau di sebut Por Ror Bor. Ramai yang cuba samakan insurans ini sama seperti Insurans Third Party di Malaysia. Namun ianya TIDAK SAMA dan sangat berbeza. Perbezaan Insurans Thailand Dan Insurans Malaysia 1. COMPULSORY INSURANCE ( Ci ) Compulsory Insurance diwajibkan kepada setiap kenderaan di Thailand. Insurans ini TIDAK MEMBIAYAI PAMPASAN KEROSAKKAN KENDERAAN. Insurans Compulsory sekadar membiayai yuran perubatan atau kos hospital dan pampasan kematian.  Manakala Insurans Third Party Malaysia membiayai kos kerosakkan kenderaan pihak ketiga.  2. VOLUNTARY INSURANCE Oleh itu, anda disaran dan dicadangkan untuk membeli Voluntary Insurance sebagai persediaan jika kenderaan anda terlibat kemalangan dengan kenderaan Thailand dan anda didapati bersalah. Insurans ini boleh digunakan untuk membayar pampasan. Biasanya jika anda tiada memiliki Voluntary Insurance, walaupun anda dipihak yang benar, kemungkinan besar and...