SEARCH

Untuk Membaca Sila Klik Di Sini

LOKASI MENARIK DI PAK BARA

Info Lanjut Klik Disini

SNOKELING DI KOH BULONE PAK BARA SATUN THAILAND.

Follow Kami Disini

HANGPA BOLEH FOLLOW FACEBOOK KAMI.

Kisah Benar Nukilan Cikgu Joe Satun

Aku mengerti perasaan dia. Berkerja dari jam 3petang kekadang sehingga ke subuh. Mungkin dia tidak mengerti subuh itu apa. Namun dia tahu bahawa orang Islam akan bersolat ketika itu.

APA YANG MENARIK DI PAK BARA

Pak Bara, lokasinya terletak 69km dari Pos Imigresen Wang Kelian. Banyak tempat-tempat menarik disekitar Pak Bara. Ianya terletak dalam daerah Langu, Mukim Pak Nam, Wilayah Satun. Anda digalakkan berkereta atau bermotosikal ke Pak Bara. Ini kerana tiada kenderaan awam ke sana dari sempadan Wang Kelian..

Rabu, 16 Disember 2015

Logo Halal Palsu Di Thailand

Logo Halal palsu di Thailand kian berleluasa, terutama di kawasan sekitar yang dihuni oleh penduduk Islam Thai.
Kejadian yang dirakamkan oleh sebuah Pertubuhan Islam , di Hat Yai mendapati dua perniaga wanita Buddha menggunakan logo halal yang tidak sah dan memakai pakaian ala muslim.
Kejadian ini berlaku di Na Mom berhampiran Hat Yai.
Pihak dari Pertubuhan islam meminta Pihak Berkuasa Agama Islam Songkhla memantau dan mengambil tindakan tegas kepada perniaga yang tidak bertanggungjawab ini.

Dipetik dari laman web www.kinaroi.com.

Info : Pastikan logo halal yang tertera siri nombor
KFC , McD , dan sewaktu tidak halal
Makanan segera dalam 7E , cuba elakkan.
Pastikan peniaga Islam , cuba beri salam.


Booking Hotel Pak Bara
Booking tiket speedboat Pak Bara - Koh Lipe
Whatsapp +66629728939
Facebook: Karlisa Latisya
Email : karlisahalim@gmail.com



Sabtu, 12 Disember 2015

Sejarah Melayu Di Thailand

Pada masa dahulu, semenanjung Tanah Melayu turut meliputi wilayah Segenting Kra yang kini termasuk di dalam wilayah Negara Thai dan Myanmar. Penduduk di Negeri Patani bertutur dalam Bahasa Melayu dialek Kelantan (Yawi) sementara penduduk Melayu daripada wilayah Setul hinggalah ke Rundung dan Pulau Dua (Kawthoung) di dalam wilayah Myanmar pada hari ini bertutur dalam Bahasa Melayu dialek Kedah.

Penduduk Melayu di kawasan ini bukanlah pendatang, sebaliknya merupakan kaum pribumi yang telah menduduki kawasan ini sejak zaman berzaman, iaitu warisan daripada Kerajaan Srivijaya dan Langkasuka.

Binaan di Rundung (Ranong) yang menjelaskan sempadan sebenar bumi Melayu dan Siam, Selepas kejatuhan Kerajaan Siam yang berpusat di Ayuthia pada tahun 1767 akibat serangan Burma, telah bangkit satu kuasa Thai iaitu Kerajaan Thonburi di bawah pemerintahan Raja Taksin. Raja Taksin ini telah menyerang Kerajaan-kerajaan Melayu di Negeri Ligor, Cahaya, Rundung, Terang, Ghraibi, Bukit, Bedalung dan Singgora. Negeri Patani terselamat daripada serangan tersebut. Walaubagaimanapun, benteng terakhir negeri Melayu ini kemudiannya berhadapan dengan serangan demi serangan daripada pihak Thai.

Anglo-Siamese Treaty, 1909, yang dibuat antara British dengan pihak Thailand telah memisahkan sama sekali semenanjung Tanah Melayu kepada dua bahagian. Perjanjian ini dibuat tanpa melibatkan perbincangan dengan Raja-raja Melayu di negeri-negeri yang berkenaan. Wilayah-wilayah milik Melayu daripada Patani, Singgora, Setul hinggalah ke segenting Kra telah diakui British sebagai hak milik Thai.

nama-nama tempat yang berbaur Melayu di kawasan segenting Kra juga telah diubah kepada sebutan dalam Bahasa Thai. Di bawah ini dinyatakan kembali nama sebenar antara sebahagian kawasan-kawasan di bahagian selatan Siam dalam Bahasa Melayu yang telah di’Thai’kan untuk peringatan dan rujukan kita semua serta generasi akan datang khasnya.

Phuket (Bukit). Nama lain ialah Tongkah.
Thalang (Tanjung Salang)

Yala (Jala)
Betong (Betung)
Bannang Sata (Benang Setar)
Raman (Reman)
Kabang (Kabae / Kabe)
Krong Pinang (Kampung Pinang)

Narathiwat (Menara)
Tak Bai (Tabal)
Rueso (Rusa)
Su-ngai Kolok (Sungai Golok)
Su-ngai Padi (Sungai Padi)
Tanyongmat (Tanjung Mas)
Buketa (Bukit Tar)



Pattani (Pantai Ini)
Sai Buri (Selindung Bayu @ Teluban)
Yaring (Jaring)
Krue Sae (Gersik)
Panare (Penarik)
Yarang (Jarang @ Binjai Lima)

Songkhla (Singgora) bermaksud ‘Bandar Singa’
Chana (Chenok)
Na Thawi (Nawi)
Thepha (Tiba)
Saba Yoi (Sebayu)
Ranot (Renut)
Sadao (Sendawa)
Samila Beach (Pantai Bismillah)

Satun (Setul)
Khuan Don (Dusun)

Phang Nga (Pungah). Ada sumber lain mengatakan daripada nama 'Kuala Bunga'.
Ko Similan (Pulau Sembilan)
Ko Panyee (Pulau Panji)
Ko Phi Phi (Pulau Pi Ah Pi)
Takua Pa (Kupa)

Phattalung (Bedalong / Merdelong)

Trang (Terang)

Ranong (Rundung)

Krabi (Ghraibi)

Chaiya (Cahaya)

Nakhon Si Thammarat (Nagara Sri Dharmaraja / Bandar Sri Raja Dharma). Nama lama bagi negeri ini ialah ‘Tambralingga / Ligor’.

Tenasserim (Tanah Seri). Di dalam wilayah negara Myanmar (Burma) pada hari ini. Malaysia pada hari ini sebenarnya hanya mewarisi separuh daripada wilayah asal semenanjung Tanah Melayu.

Credit Patani Peace สันติภาพปาตานี ﻓﺭدﺍﻣﺎﻳﻦ فطاني

Book Hotel Di Pak Bara Satun
Book tiket speedboat Pak Bara ke Koh Lipe
WhatsApp +66629728939



Selasa, 8 Disember 2015

Nikah Di Thailand Wajar atau Tidak

Bernikah Di Satun Untuk Halalkan Hubungan.
Kami pernah membantu ramai pasangan Malaysia mohon bantuan untuk bernikah di Satun Thailand.
Alasan mereka :      Menghalalkan Yang Haram

Kenapa datang ke Satun
- Masih student, family tak setuju lagi.
- tapi kami selalu dating dan takut terlanjur.

Adakah anda ingin bernikah semula di Malaysia ?
Ya, bila tamat belajar.
Memang betul mereka bernikah semula di Malaysia, kerana kami menerima undangan perkahwinan.

Kami pun terfikir , betul juga mereka ini. Daripada buat dosa , lebih baik buat pahala.
- dating tak dosa
- berpimpin tangan tak dosa
- naik motor berpelukan pun tak dosa.

Kami pun bantu mereka atas niat mencegah mungkar.
Amal makruf Nahi Mungkar.

Syarat-syatatnya mudah.
1. Passport pasangan
2. Mykad pasangan
3. Mas Kahwin
4. Yuran nikah THB3000
RM360

upah kami ikut ikhlas.

Risikonya :-
1. Perempuan berkahwin dengan lelaki lain selepas tamat belajar tanpa lafas talak dari suaminya.
2. Tidak datang melapurkan bila bercerai.

Oleh itu , jika anda berhajat untuk bernikah bagi menghalalkan yang haram, anda juga perlu bersedia menghadapi sebarang kemungkinan di masa hadapan.
Jika ingin bercerai, sila datang  buat laporan.
Bagi perempuan , pastikan anda dah bercerai dan baru bernikah dengan lelaki lain.
Itu sahaja nasihat kami.

Rancang Cuti Jimat Kos di Koh Lipe

Bercuti di Koh Lipe , Pak Bara Satun Thailand boleh di jimatkan jika anda merancang awal.
Lihat kalender berikut dan anda boleh rancang percutian yang boleh menjimatkan bajet.
Pertama
Anda book bilik melalui Agoda sebulan atau lebih sebelum bercuti.
Kedua
Book transport dari Perlis hingga Jeti Pak Bara jika anda tiada transport untuk ke sini.
Untuk menjimatkan kos.
Anda rancang berkumpulan.
4 orang anda book kereta pergi balik.
10 orang anda book van pergi balik.
31-40 orang anda book bas pergi balik.
Untuk Book Kenderaan
sila WhatsApp +66629728939
Ketiga 
Book tiket speedboat dari Pak Bara - Lipe Pergi Balik
Tambang Dewasa : THB1200
Kanak² ( 5-10th ): THB900
rujuk jadual
9.30am
11.30am
01:30 pm
03.30 pm
waktu Thai
Untuk book tiket speedboat
sila WhatsApp +66629728939
Keempat
Jika anda memandu sendiri
pastikan
1. Passport
2.Geran kereta ori atau copy
3. Insuran masuk Thai. Beli di Changloon. Harga dari RM15-RM18 / 9 hari
4. *** surat dari penama geran, jika geran bukan nama pemandu atau pemilik tidak bersama.

Info Lanjut
WhatsApp +66 62972 8939

Jumaat, 4 Disember 2015

10 Perkara Tentang Koh Lipe Satun Thailand

10 perkara yang anda perlu tahu tentang Koh Lipe Satun Thailand.

PERKARA PERTAMA

Koh Lipe terletak dalam Wilayah Satun , di selatan pantai barat.
Wilayah Satun atau Changwat Satun atau Satun Province adalah sebuah negeri ( wilayah ),
Satun juga sebuah daerah .
Satun sebuah bandar dan ibukota bagi Wilayah Satun.

Seperti juga Songkhla, sebuah Wilayah.
Songkhla juga sebuah daerah
Singkhla sebuah bandar dan ibukota bagi Wilayah Songkgla.
Dannok, Sadao, Hatyai terletak dalam Wilayah Songkhla.

PERKARA KEDUA

Wilayah Satun bersempadan dengan Perlis, Langkawi Kedah , Songkhla , Trang dan Phattalung.
Koh Lipe ke Langkawi sekadar 30km
akan tetapi tambang speedboat 50% mahal dari tambang Pak Bara ke Koh Lipe yang jaraknya 67km.

PERKARA KETIGA

Anda boleh memandu ke Wilayah Satun melalui jalan paling dekat adalah dari pintu border Wang Kelian Perlis. ( cara bawa kenderaan ke Thailand Baca Disini )

Menggunakan KTM atau ETS secara kumpulan 10 orang ke Arau ( booking van whatsapp +66628728939 )
*** jika berempat boleh sewa kereta dari Arau ke Pak Bara.

Jika solo atau berdua , KTM atau Bas terus ke Hatyai.Setiba di Hatyai , ambil tuk tuk dan minta di hantar ke stesen minibus ke Pak Bara Satun. Tambang tuk tuk Thb50-80.
Tambang minibus ke Pak Bara THB150-180 sehala. ( masalah komunikasi dengan drebar tuk tuk kol +66629728939 )
Tiket speedboat book di Whatsapp +66628728939 Melayu dan English

PERKARA KEEMPAT

Jika berkereta anda bokeh pakir dengan selamat.THB100/sehari

PERKARA KELIMA

Cukai jetty Pak Bara THB20/dewasa
Cukai taman negara thb200

PERKARA KEENAM

Jarak dari Wang Kelian ke Jetty Pak Bara lebih kurang 76km.
Jarak Hatyai ke Pak Bara 150km
Jarak Pak Bara ke Koh Lipe 67km
atau 1½jam.
Tambang speedboat dua hala THB1200/dewasa
Booking Whatsapp +66629728939

PERKARA KETUJUH

Tiada jeti di pantai Koh Lipe kerana memelihara batu karang.
Jeti di tengah laut. Anda kena menaiki bot panjang dengan kadar thb50/seorang .
Pilih bilik penginapan yang dekat dengan Walking Street. Seperti Pattaya Beach dan Sunrise Beack.
Sunset Beach agak jauh dalam 20-30 minit berjalan kaki.
sewa tuk tuk dari thb50-150 bergantung pada nasib.

PERKARA KELAPAN

Musim terbaik untuk melawat Koh Lipe dari Nov - Apr . Highseason tetapi kos agak tinggi sedikit.
Anda dinasihatkan
- book bilik ( agoda atau hotel.com )
ini untuk mengelak dari cas yang melampau.
Pilih bilik yang berhampiran dengan Walking Street seperti Pattaya Beach atau Sunrise Beach. Mudah untuk mencari makanan halal.
bawa makanan ringan seperti maggi cup , snack , roti dan air minuman.
bawa 3in1 kopi atau milo.
kalau ada flash panas , bawa bersama.
beli makan ringan dan minuman di 7E jeti Pak Bara.
Harga makanan di Koh Lipe adalah harga makanan pulau peranginan.
- book tiket speedboat ( whatsapp +66629728939 )

Musim Jimat June - October , hotel diskaun 50% - 70%. walk in pun boleh.
TETAPI
Tiket speedboat kena book kerana dari June - October jadual ferry cuma sekali.( 11.30am)

PERKARA KESEMBILAN

Terdapat 50% makanan halal.
Terdapat sebuah masjid.
Jemaah masjid ramai yang boleh berbahasa melayu.
Terdapat ATM dan 7E.
*** Pemegang Border Pass biru diterima.

PERKARA KESEPULUH

Koh Lipe dikenali sebagai Thailand Maldive .
Terdapat batu karang 7 warna yang sangat menakjubkan.
Air sejernih kristal.
Pulau yang terpelihara alam sekitar dengan begitu rapi dan belum dikenali. Cuma mereka yang pernah datang akan kembali.

Aktiviti snorkeling
- kalau group 10 orang sewa sebuah longtail ( thb1500-2000 sebuah )
sewa set snorkeling atau bawa sendiri utk jimat.
Kalau solo atau berdua , pakej thb550-600/seorang termasuk snorkeling set, bot, lunch.
Sewa kayak di sunrise beach thb150/orang

BOOKING TIKET SPEEDBOAT DAN INFO WHATSAPP +66629728939
FACEBOOK: KARLISA LATISYA
EMAIL: karlisahalim@gmail.com
atau layari juga
visitsatun.blogspot.com






Rabu, 2 Disember 2015

Info Cuaca Di Koh Lipe dan Satun

Info cuaca di Koh Lipe dan Satun , bermula hari ini 2hb Dec 2015 hingga 8hb Jan 2016.
Kelembapan dari 60% akan turun berperingkat peringkat hingga ke 10% pada 8hb Jan 2016
Ini bererti cuaca dari 9hb Jan 2016 hingga April 2016 adalah panas sepanjang hari. Bermulanya musim kemarau.
Aktiviti snorkeling dan pantai sangat sesuai. Cuaca yg panas dan laut yang jernih memudahkan aktiviti snorkling.
Laut juga tidak berombak, suasana sangat tenang.
Monsun timur laut yang membawa hujan di pantai timur seperti Koh Samui , Songkla atau Kelantan dan Trengganu.
Ini bermaksud percutian terbaik dari December 2015 hingga April 2016,adalah Koh Lipe dan sekitar Satun dan kawasan sewaktu dengannya.
Jika anda merancang percutian ke Koh Lipe pastikan
1. Book bilik dari Agoda
2. Tiket ferry Pak Bara - Lipe +66629728939 whatsapp
3. Van dari KTM Arau Perlis ke Pak Bara + 66629728939 whatsapp
Untuk tempahan bilik di Pak Bara sila Whatsapp + 66629728939
Panduan membawa kereta
Baca disini
Panduan ke Koh Lipe
Baca Disini

Rabu, 25 November 2015

Rombongan ETS KTM Ke Perlis Satun

ETS KTM perkhidmatan yang baru di perkenalkan. Anda yang dari selatan ingin menjelajah ke utara , Perlis dan bercadang melawat sempadan Wang Kelian, Padang Besar atau day trip ke Bandar Satun. Shopping barang murah di Makro Satun , Tesco Lotus Satun atau Big C Satun anda boleh hubungi kami di Whatsapp +66629728939
Atau anda plan untuk bermalam semalam di Tok Mek Motel dan semalam di Pak Bara.
Contoh Program :-
KTM Ekspress Penisular

Day 1
- pagi sampai di Arau
- Van ke Border Wang Kelian
- shopping di Makro Satun, Tesco atau Big C
- Lunch di TanyoPo atau Tanjung Pauh
- Bergerak ke Pak Bara
- check in
- petang makan ais krim kelapa tepi Pantai Pak Bara. Ronda Pasar Malam jika Sabtu dan Ahad.
- Dinner di Pantai Pak Bara
- Free and easy.

Day 2

- Check out
- Breakefast pulut ayam disekitar gerai di pantai Pak Bara
- on the way balik singgah Tesco
- bergerak balik dan lunch di tepian jalanan. Menikmati masakan kampung Melayu Thai
- Singah di Pasar Border Thai - Malay
- selesai urusan passport
- ke Gua Kelam dan berkelah di air terjun
- balik ke Tok Mek Motel
- dinner di Tok Mek
- free and easy

Day 3
- selepas breakfast di Restoran Tok Mek check out
- shopping di Padang Besar
- lunch
- Padang Besar Free Duty Complex
- ke stesen KTM untuk menaiki Ets dan pulang ke destinasi.

Berikut adalah contoh program yang boleh anda ikuti.
Anda boleh memberi idea dan program anda sendiri.

Contoh :
Ke Koh Lipe di Satun
Ke Krabi
Ke Koh Mook di Trang
Shopping di Hat Yai

Rombongan :
10 orang per group sebuah van
40 orang per group sebuah Bas

Hubungi Kami :
HP : +66628728939
FB : Karlisa Latisya

Kami bekerjasama dengan Tok Mek Motel dan Restoran
Alamat : KM 17 Jalan Kaki Bukit Berseri
Perlis.

Sabtu, 21 November 2015

Keunikan Thailand

Thailand sebuah negara yang unik.Kepesatan kemodenan hanya tertumpu di Bandaraya Bangkok.

Wilayah Satun , sebuah wilayah paling selatan di Pantai Barat Thailand. Bersempadan dengan negeri Perlis di utara Malaysia.

Pintu masuk utama adalah Wang Kelian. Selain dari itu ferry dari Langkawi atau melalui Hatyai.

Kali ini saya ingin memaparkan keunikkan kenderaan di Thailand yang mungkin anda tidak jumpa di Malaysia.

Pickup adalah kenderaan utama di Wilayah Satun. Ini kerana penjimatan dari segi bahanapi. Bahanapi diesel lebih murah berbanding dengan petrol.

Selain dari itu pickup mudah digunakan untuk perladangan seperti mengangkut baja dan hasil ladang atau dusun.

Pickup juga digunakan sebagai kenderaan penumpang. Tidak menjadi kesalahan jika menaiki pickup dan duduk beramai ramai di belakang.
Anda lihat sendiri gambar lampiran.

Motor Roda Tiga
Motor roda tiga atau dikenali dengan panggilan cholay. Nama cholay ini diambil dari sebuah filem hindi , Sholay. Pengaruh filem hindi di tahun 60an dan sungguh kuat pada masyarakat melayu Satun yang ketika itu cuma bergantung pada TV dan Radio Malaysia.
Cholay digunakan untuk mengangkut hasil kebun getah , kelapa sawit, padi atau dusun buahan.
Cholay juga digunakan untuk mrmbawa family bersiar siar atau shopping. 
Sila lihat gambar lampiran.

Jika anda ingin melawat Satun 3H2M
anda boleh menghubungi kami.
Kami akan mengatur program seperti
Berkayak arus deras
Memberi makan helang
One day snorkeling
Bersiar siar di kampung melayu Satun
Makan Seafood segar

Sila Whatsapp +66629728939
Facebook : Karlisa Latisya

.....KTM dari KL Sentral ke Arau
Dijemput Van dari Arau ke Satun
Kami memberi bajet yang paling minima untuk anda menikmati percutian yg damai, seolah olah anda berada di tahun 70-an Malaysia

Rabu, 18 November 2015

KTM KL ARAU PAK BARA KOH LIPE

Bajet ke Koh Lipe menggunakan Perkhidmatan KTM dan ETS ke Arau . Menaiki van ke Pak Bara Satun Thailand dan menaiki speedboat ke Koh Lipe.
Group 10 orang
Muat sebuah van
3H2M
Jarak : Arau - Wang Kelian 42 km
              Wang Kelian - Pak Bara 76 km
Urusan Passport : 1 jam
***************
Bajet Pertama
KTM Ekspress Penisular kelas kedua tempat tidur. RM53
Jam : 12:30 lewat malam
Dijangka sampai Arau
Jam:9:45 pagi
Balik KL
Bertolak 17:25
Sampai 4.25
RM53/seorang
Sewa Van Sebuah ( 10 orang )
RM600/10 org / pergi balik
Arau - Pak Bara - Arau
Seorang RM60
Speed Boat
Tiket berharga THB1200 @ RM1500 rate semasa. Pergi dan balik seorang.
Masa rujuk jadual atau pukul
1.30 pm thai atau 2.30 pm malaysia
Bilik Di Koh Lipe
The Reef Hotel
Baan Kasirin 2
Blue Triber Garden Beach Resort
Gecko Lipe Resort
Gippsy 2 Bungalow
Corner Resort
Harga dari RM80++ - RM160++
Boleh login Agoda utk booking
So Bajet 2 malam berkongsi 2 orang
RM160/ seorang/2mlm
Bajet seorang keseluruhan ( group 10 orang )
RM476.00 / seorang
*************
Bajet Kedua
KTM KL - Arau
RM53/seorang
Kelas kedua tempat tidur
Bertolak :12.30 am
Sampai  : 9.45 am
Balik KL
ETS
Bertolak 4.30 pm
Sampai  9.50
Tambang RM76/seorang
Van Arau - Pak Bara ( group 10/RM600)
Seorang RM60/pergi balik
Speedboat Pak Bara - Koh Lipe
THB1200 @ RM1500 rate semasa
Seorang pergi balik
Masa rujuk jadual atau pukul
1.30 pm thai atau 2.30 pm malaysia
Bilik
The Reef Hotel
Baan Kasirin 2
Blue Triber Garden Beach Resort
Gecko Lipe Resort1
Gippsy 2 Bungalow
Corner Resort
Harga dari RM80++ - RM160++
Boleh login Agoda utk booking
Dua malam berkongsi dua orang
Seorang RM160/2mlm
Jumlah Bajet seorang
RM499
*************
Bajet Ketiga ( Backpackers )
KTM
RM 46 / seorang pergi balik
Bertolak : 12.30
Sampai  : 9.45
Balik KL
Bertolak : 19:25 pm
Sampai : 4.25 am
Van Arau - Pak Bara ( group 10/RM600)
Seorang RM60/pergi balik
Speedboat Pak Bara - Koh Lipe
THB1200 @ RM1500 rate semasa
Seorang pergi balik
Masa rujuk jadual atau pukul
1.30 pm thai atau 2.30 pm malaysia
Bilik
The Reef Hotel
Baan Kasirin 2
Blue Triber Garden Beach Resort
Gecko Lipe Resort1
Gippsy 2 Bungalow
Corner Resort
Harga dari RM80++ - RM160++
Boleh login Agoda utk booking
Bilik Koh Lipe
2 malam 2 org
RM88 / seorang berkipas
Jumlah Bajet  seorang
RM344/seorang 3H2M
**************
Aktivi Snorkeling
Pakej pertama THB550/seorang
@ RM68 rate semasa
Pakej kedua THB650/seorang
@ RM81 rate semasa
Semua pakej termasuk
Longtail boat
Lunch
Snorkeling
Atau anda sewa longtail
Harga sebuah dari THB1500-THB2000 @ RM188 - RM250
Muatan 10 orang
Sewa set snorkeling RM13 - RM25
Makan bawa sendiri.
******************
Untuk Booking Tiket Speedboat dan Van di Arau sila 
WHatsApp +66629728939
FB : Karlisa Latisya
Rujuk Gambar Jadual
KTM
Speedboat

Isnin, 16 November 2015

Mercu Tanda Baru Di Tammalang

Tammalang atau Tammalang Port terletak cuma 8km dari Bandar Satun.
Apa yang menarik dan aktiviti yang boleh di lakukan di sana seharian.
1. Sewa bot panjang ke :-
Pulau Panjang Koh Yao
2. Menjelajah gua laut di Lot Puyu
3.Memerhati helang sambil memberi makan kepada ratusan helang
4. Bergambar di Replika Ketam Batu yang sangat besar
5. Meninjau permandangan di Taman Paya Bakau dan mendaki Menara Tinjauan.
6. Melawat perkampungan nelayan melayu dan menjamu selera makanan laut.
Bahasa Melayu boleh digunakan. Sangat mudah dan mesra.

Info boleh WhatsApp +66629728939

Aktiviti 8-10 orang per group sangat menjimatkan.

Jumaat, 13 November 2015

Dari Wang Kelian Ke Rim Khao Resort

Dari Wang Kelian ke Wang Prachan Border ke Rim Khao Resort Pak Bara.
Sila ikut arahan dari Google Map ini.

Untuk tempahan bilik :
1. Bilik Besar Thb750/night
2. Bilik sederhana Thb650

WhatsApp +66629728939

Shared route From Wang Prachan Border to Rim Khao Resort via Route 4184 and ทางหลวงชนบท อำเภอ ละงู 416. 1 hr 5 min (70 km) 1. Head north toward Route 4184
2. Turn left onto Route 4184
3. Turn left onto Route 406
4. Turn right onto ทางหลวงชนบท อำเภอ ละงู 416
5. Turn left onto Route 5080
6. Continue onto Route 3003
7. Continue onto Route 5080
8. Continue onto Route 3003
9. Continue onto Route 5080
10. Turn right onto Route 2006

Continued... For the best route in current traffic visit
http://maps.google.com/maps?saddr=Wang%20Prachan%20Border&daddr=Rim%20Khao%20Resort&geocode=FYEuZgAdQ5j4BSmFxStdj-tMMDHk8x2CgkkMlQ%3D%3D%3BFSaLaAAdiEXyBSnjPiKYWVBMMDHQJYRP5SFWaA%3D%3D&dirflg=d

Khamis, 12 November 2015

JADUAL FERI DARI PAK BARA KE KOH LIPE

Berikut adalah jadual feri daripada Jeti Pak Bara ke Koh Lipe.
Lokasi : Jetty Pak Bara atau Pak Bara Pier, Satun Thailand.

Tiket feri speedboat dari Pak Bara ke Koh Lipe dengan wahatsapp +66629728939.
Sertakan Detail
Nama Penuh ( passport ) :
No HP WhatsApp :
Dewasa : 
Kanak² (5th - 10th) :
Tarikh Pak Bara:
Masa Pak Bara:
Tarikh Koh Lipe:
Masa Koh Lipe 
( rujuk jadual )
**salinan passport utk bukti confirmation dan sebagai  pendahuluan.
Harga :
Dewasa THB1200/2 way
Kanak² ( 5th - 10th ) THB900/way
Detail confirmation akan dihantar melalui Whatsapp.
Pembayaran boleh dibuat di office semasa mengambil tiket.

**** PEMBATALAN TEMPAHAN ****
SATU MINGGU ATAU 7 HARI SEBELUM TARIKH BERTOLAK. JIKA TERLEWAT SILA BAYAR MINAMA THB2500 SETIAP TEMPAHAN.


Semua jadual dalam waktu Thai
Harga dalam Thai Baht.
Anda perlu membuat tempahan awal.
sila hubungi :-

anda boleh Email atau pm FB


Selasa, 10 November 2015

Melancong Dan Berbakti Di Satun

Melancong ke Satun sambil berbakti membantu kami mempertahankan Bahasa Melayu dari pupus di Satun Thailand.

Satun dahulunya 100% berbahasa Melayu . Kini cuma tinggal 10% sahaja penduduk boleh berbahasa Melayu.

Atas kesedaran ini kami kini giat membantu masyarakat di sini terutama di Ban Khuan Satun. Kini kami mendidik lebih dari 200 pelajar belajar Bahasa Melayu. Mereka terdiri dari seawal usia 5 tahun hingga 12 tahun.

Kami mengajar secara percuma. Kami mendapat sokongan daripada masyarakat setempat. Kini kami sedang siapkan buku buku bahasa melayu dalam versi murid berlidah Thai. Dari tahap tadika hingga ke darjah 6. Semua buku buku di fotostat dan diberi kepada murid kerana kami tidak ada dana untuk mencetak.

Disamping itu kami sedang menyiapkan sebuah banggunan 3 tingkat yang telah siap 70% pembinaan dan telah pun diguna walaupun tiada kemudahan letrik , pintu dan tingkap.

Anda bersama kami menyelamatkan bahasa melayu dan memberi pelajaran fardu ain kepada pelajar disini .

Anda sekadar menempah perkhimatan perlancongan kami seperti :-
1. Menempah hotel
2. Tiket ferry ke Koh Lipe
3. Pemandu pelancong
4. Tempahan makanan
5, lain lain perkhidmatan berkaitan perlancongan.

Sebahagian keuntungan kami akan gunakan dalam mempertahankan bahasa melayu dan pelajaran fardu ain di Tadika Misbahuddin , Masjid Misbahuddin , Ban Khuan , Satun Thailand.
Hubungi kami di Whatsapp +66629728939
Email: karlisahalim@gmail.com
Facebook : Karlisa Latisya
visitsatun.blogspot.com

Isnin, 9 November 2015

Tiket Speedboat Feri Ke Koh Lipe

Tiket speedboat feri ke Koh Lipe boleh di beli di Pak Bara Pier. Akan tetapi sekarang Highseason( Nov - Mac), maka perkhidmatan feri gagal menampung permintaan.
Tempahan : whatsapp +66629728939
Sertakan : Nama Penuh ( pembeli shj)
No. My kad :
Salinan Passport yang di capture
Gambar dan butiran peribadi.
Tarikh bertolak
Masa bertolak ( rujuk jadual )

Berikut adalah Harga Tambang Speedboat Feri ke Koh Lipe

Dewasa sehala seorang      Thb650
Dewasa dua hala seorang  Thb1200
Pergi dan Balik

Kanak Kanak ( 3th - 10 th )
Sehala Thb500
Dua hala Thb900
Pergi dan Balik

Cukai Taman Negara
1. Dipintu masuk Jeti Pak Bara
Thb20/dewasa shj.

2. Taman Negara Koh Lipe
THB200/dewasa

Langka Beach Resort Pak Bara Satun

Mencari tempat penginapan , hotel dan resort di Pak Bara , Satun Thailand. Langka Resort Pak Bara menyajikan penginapan resort berpandangan laut yang sangat tenang dan menarik.
Terletak di Highway 4052 Pak Nam Pak Bara Langu Satun Thailand. Highway ke jeti Pak Bara atau Bara Pier.

Pelan Lokasi

Langka Beach Resort WhatsApp +666 2972 8939



Testimonia dari
 https://www.facebook.com/hisham.tajuddin.7




Saya sekeluarga dah menginap di sini. Bilik luas , berhawa dingin, ada hot shower serta peti ais kecik. Yang penting chalet & persekitaran memang bersih, blanket & sarung bantal berbau wangi serta segar, kredit utk para staff yang senriasa dilihat membersihkan kawasan. Owner juga peramah, faham sedikit Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris tetapi itu tidak menjadi masalah utk berkomikasi.InsyaAllah kami akan datang kembali menginap di sini nanti. Saya kasi 5 bintang !

Langka Beach Resort , Pak Bara Beach Satun Thailand
Seaview Room : THB1000
Other : Thb800
Breakfast : THB110/Head
Info : whatsapp +66887553209   +66629728939
Total Room : 15


Pandangan Depan Bilik Mengadap Laut
Langka Beach Resort WhatsApp +666 2972 8939

Suasana Tempat Tidur
Langka Beach Resort WhatsApp +666 2972 8939

Mengadap Laut
Langka Beach Resort WhatsApp +666 2972 8939

Depan Bilik
Langka Beach Resort WhatsApp +666 2972 8939

Suasana Bilik
Langka Beach Resort WhatsApp +666 2972 8939



Langka Beach Resort WhatsApp +666 2972 8939

Langka Beach Resort WhatsApp +666 2972 8939