Melawat Satun Banner

Melancong Dan Berbakti Di Satun

Melancong ke Satun sambil berbakti membantu kami mempertahankan Bahasa Melayu dari pupus di Satun Thailand.

Satun dahulunya 100% berbahasa Melayu . Kini cuma tinggal 10% sahaja penduduk boleh berbahasa Melayu.

Atas kesedaran ini kami kini giat membantu masyarakat di sini terutama di Ban Khuan Satun. Kini kami mendidik lebih dari 200 pelajar belajar Bahasa Melayu. Mereka terdiri dari seawal usia 5 tahun hingga 12 tahun.

Kami mengajar secara percuma. Kami mendapat sokongan daripada masyarakat setempat. Kini kami sedang siapkan buku buku bahasa melayu dalam versi murid berlidah Thai. Dari tahap tadika hingga ke darjah 6. Semua buku buku di fotostat dan diberi kepada murid kerana kami tidak ada dana untuk mencetak.

Disamping itu kami sedang menyiapkan sebuah banggunan 3 tingkat yang telah siap 70% pembinaan dan telah pun diguna walaupun tiada kemudahan letrik , pintu dan tingkap.

Anda bersama kami menyelamatkan bahasa melayu dan memberi pelajaran fardu ain kepada pelajar disini .

Anda sekadar menempah perkhimatan perlancongan kami seperti :-
1. Menempah hotel
2. Tiket ferry ke Koh Lipe
3. Pemandu pelancong
4. Tempahan makanan
5, lain lain perkhidmatan berkaitan perlancongan.

Sebahagian keuntungan kami akan gunakan dalam mempertahankan bahasa melayu dan pelajaran fardu ain di Tadika Misbahuddin , Masjid Misbahuddin , Ban Khuan , Satun Thailand.
Hubungi kami di Whatsapp +66629728939
Email: karlisahalim@gmail.com
Facebook : Karlisa Latisya
visitsatun.blogspot.com

PERTANYAAN
Cikgu Joe Satun
Cikgu Joe Satun Cikgu Joe Satun merupakan seorang guru sukarela, aktivis masyarakat dan pengusaha pelancongan yang telah menetap di Pak Bara, Satun, Thailand selama lebih 15 tahun. Beliau dikenali sebagai individu yang aktif membantu rakyat Malaysia yang menghadapi kesulitan di Thailand, khususnya di sekitar Satun. Selain itu, beliau komited dalam bidang pendidikan dengan mengajar Fardu Ain dalam Bahasa Melayu secara percuma kepada komuniti setempat, sebagai usaha memartabatkan bahasa dan memperkukuh kefahaman agama. Cikgu Joe juga merupakan pemilik Karlisa Travel, sebuah agensi pelancongan yang menyediakan perkhidmatan mesra pelancong Malaysia dengan penekanan kepada keselamatan, pengalaman tempatan dan keperluan sebenar pelanggan. Dengan gabungan pengalaman, kepakaran dan semangat kebajikan, Cikgu Joe Satun terus memainkan peranan sebagai penghubung antara komuniti Malaysia dan Thailand.

Post a Comment for "Melancong Dan Berbakti Di Satun"