SEARCH

Untuk Membaca Sila Klik Di Sini

LOKASI MENARIK DI PAK BARA

Info Lanjut Klik Disini

SNOKELING DI KOH BULONE PAK BARA SATUN THAILAND.

Follow Kami Disini

HANGPA BOLEH FOLLOW FACEBOOK KAMI.

Kisah Benar Nukilan Cikgu Joe Satun

Aku mengerti perasaan dia. Berkerja dari jam 3petang kekadang sehingga ke subuh. Mungkin dia tidak mengerti subuh itu apa. Namun dia tahu bahawa orang Islam akan bersolat ketika itu.

APA YANG MENARIK DI PAK BARA

Pak Bara, lokasinya terletak 69km dari Pos Imigresen Wang Kelian. Banyak tempat-tempat menarik disekitar Pak Bara. Ianya terletak dalam daerah Langu, Mukim Pak Nam, Wilayah Satun. Anda digalakkan berkereta atau bermotosikal ke Pak Bara. Ini kerana tiada kenderaan awam ke sana dari sempadan Wang Kelian..

Isnin, 10 Disember 2018

BOLEHKAH GUNA BORDER PASS KE KRABI

Border Pass atau pas sempadan. Maksudnya negeri yang bersempadan dengan Thai sahaja boleh memohon dan boleh digunakan untuk Wilayah Thai yang bersempadan dengan Malaysia.

Oleh itu rujuk PETA MALAYSIA, adakah anda tinggal bersempadan dengan Thailand. Wilayah di Thai yang bersempadan dengan Malaysia.
Detailnya baca disini https://satunsiam.blogspot.com/2014/12/border-pass-atau-passport-ke-thailand.html

Jika di Malaysia wilayah dikenali dengan negeri. Manakala di Thai negeri dikenali sebagai Wilayah.

Antara Wilayah di Thailand
1. Wilayah Satun - Capital City SATUN
2. Wilayah Songkhla - Capital City SONGKHLA
3. Wilayah Narathiwat - Capital City NARATHIWAT
4. Wilayah Yala - Capital City YALA
5. WIlayah Pattani - Capital City PATTANI
6. Wilayah Trang - Capital City TRANG
7. Wilayah Krabi - Capital City KRABI

Antara Sempadan Thailand/Malaysia
1. Dannok ( Wilayah Songkhla ) - Bukit Kayu Hitam ( Kedah )
2. Padang Besar ( Wilayah Songkhla ) - Padang Besar ( Perlis )
3. Wang Prachan ( Wilayah Satun ) - Wang Kelian ( Perlis )

Tempat Perlancongan Popular di Satun
1. Pasar Sempadan Wang Prachan
2. Nat Duson
3. Bandar Satun
4. Tanyong Po ( Tanjung Pauh )
5. Tammalang
6. Pak Bara
7. Koh Lipe
8. Koh Bulone
9. Wang Saithong
10. Thung Wa
Semua tempat berikut boleh guna Border Pass bagi mereka yang LAYAK memohon Border Pass.
Rujuk https://satunsiam.blogspot.com/2014/12/border-pass-atau-passport-ke-thailand.html

Pertanyaan tentang border pass rujuk Imigresen Malaysia.

Info tempat menarik di sekitar PAK BARA
https://satunsiam.blogspot.com/2018/12/tempat-menarik-di-pak-bara-satun.html

Related image
Border Pass Ke Krabi

Tempat Menarik Di Pak Bara Satun Thailand

Pak Bara, lokasinya terletak 69km dari Pos Imigresen Wang Kelian. Banyak tempat-tempat menarik disekitar Pak Bara. Ianya terletak dalam daerah Langu, Mukim Pak Nam, Wilayah Satun. Anda digalakkan berkereta atau bermotosikal ke Pak Bara. Ini kerana tiada kenderaan awam ke sana dari sempadan Wang Kelian.
Cuba link berikut https://goo.gl/maps/5T5F2rjZUeE2 .

Jika anda ingin menaiki kenderaan awam, anda naik bas ke Hatyai dari destinasi anda. Dari Stesen Bas Hatyai berhampiran Asean Night Market, anda boleh menaiki bas ke pak Bara.

Berikut antara akitiviti yang anda boleh lakukan di Pak Bara.
1. Menikmati seafood di restoran tepi pantai
2. Menikmati juadah tempatan di Pak Bara View Point bermula pukul 3.00 pm hingga 8.00 pm.
3. Pasar malam setiap hari Ahad
4. Koh Lipe
5. Koh Bulone
6. Koh Lidee
7. Koh Khao Yai
8. Mo Koh Petra National Park
9. Urai Thong Cave
10. Pantai Rawai
11. Khao Thanan
12. Thung Wa Town Of Little Penang
13. Wang Saithong
14. Abang Water Rafting ( Chet Kod Cave )
15. Phu Pha Phet Cave
16. CJS SATUN 406

Atau anda boleh cuba route berkenaan,klik link
https://goo.gl/maps/avjWwwhHHt92

pertanyaan sila Whatsapp atau klik
https://wa.me/66830948948

Pak Bara
Route Pak Bara


Khamis, 6 Disember 2018

One Day Trip Koh Lipe THB1850

Pakej sehari ke Koh Lipe kini hanya THB1850 ***. Program 3H2M ini boleh ditempah melalui KARLISA TRAVEL.

Anda boleh datang seorang atau berkumpulan. Biasanya harga one day trip Koh Lipe THB1990/pax
Harga tawaran ini tidak termasuk penginapan.
Penginapan anda boleh rujuk dibawah.

Day 1
- Check in di Pak Bara
Tempahan Hotel DISINI



1. Thamalai Resort
Jumlah Bilik
1. Bilik VIP ( 1 bilik 1 King Thb1000 )
2. Bilik Std ( 1 bilik 2 katil Thb800)
3. Bilik Std ( 5 bilik 1 King Thb800 )
4. Bilik Bajet ( 2 Bilik 1 Queen Thb500 )
Harga dari Thb500 - Thb800 semalam
Lokasi berdekatan Pak Bara View Point
Tokey Islam
Booking Whatsapp : Whatsapp : +66830 948 948
https://wa.me/66830948948


Lokasi : https://goo.gl/maps/PaSZezfHduM2

Booking Thamalai Resort ( copy/paste )
Nama :
Check In :
Check Out :
Total Room:
Remark :

===============================================
2. Langka Beach Resort
Harga : THB1000/mlm seaview
Lokasi berdekatan Pak Bara View Point
Tokey Islam
Booking Whatsapp : Whatsapp : +66830 948 948
https://wa.me/66830948948

Lokasi : https://goo.gl/maps/xxYRRWAFXir

BOOKING LANGKA BEACH RESORT ( copy/paste )
Nama :
Check In :
Check Out :
Total Room
Remark :
***semua King Size Bed

===============================================

3. Bara Resort Pak Bara
Jumlah Bilik :
1. 2 katil single ( 8 bilik Thb750 )
2. 1 katil queen ( 9 bilik Thb750 )
3. VIP Romm ( 13 bilik Thb 1200 )
Harga: dari THB750 hingga Thb1200
Lokasi berdekatan Pak Bara View Point

Booking Whatsapp : Whatsapp : +66830 948 948
https://wa.me/66830948948


Lokasi : https://goo.gl/maps/WaNkDEujB8q


BOOKING BARA RESORT ( copy/paste )
Nama :
Check In :
Check Out :
Total Room
Remark :

===============================================

4. Seaside Home Resort
Jumlah Bilik
1. 2 katil single ( 3 bilik Thb1200 )
2. 1 katil ( 2 bilik Thb900 )
3. 1 katil ( 2 bilik Thb800 )
4. 1 katil ( 3 bilik Thb600 )

Booking Whatsapp : Whatsapp : +66830 948 948
https://wa.me/66830948948

Lokasi : https://goo.gl/maps/CArRpoqn6Gx

BOOKING Sea Side Home Resort ( copy/paste )
Nama :
Check In :
Check Out :
Total Room
Remark :

DAY 2
- 9.00 pagi berkumpul di BAANPUN TRAVEL
- 9.30 Bergerak ke Koh Lipe
- lihat gambar

Day 3 
- Check Out
- Free And Easy


Update : 5hb December 2018


Isnin, 26 November 2018

Musim Terbaik Melawat Pantai Barat Thailand

Musim terbaik untuk melawat Koh Bulone, Koh Lipe, Trang, Krabi, Phang Nga dan Phuket dari November hingga May. Ini berikutan musim angin timur. Biasanya musim angin timur akan bermula musim kemarau di Pantai Barat Thailand.

Pada musim ini air laut yang jernih dan membiru. Manakala tiupan angin pula tidak seganas seperti di pantai timur. Biasanya pada musim ini, ramai pelancong barat datang bercuti.

Oleh itu kami menasihatkan pelancong dari Malaysia yang ingin mejalankan sebarang aktiviti agar bertanyakan tentang insuran dari pihak penyedia perkhidmatan. Pihak pembekal perkhidmatan pelancongan mestilah, menyediakan :-
1. Polisi Insuran ( Nama dan No. Passport )
2. Job Order
3. Lesen Pemandu Pelancong
Baca disini Nasihat Tourism Thailand
SILA AMBIL PERHATIAN


Pakej Sehari ke Koh Bulone
Sewa sebuah bot maksima atau tidak lebih 10 penumpang
- THB10,000
Termasuk :-
Makanan ( bufet )
Minuman
Insuran
Peralatan snorkeling
Pemandu pelancong
Job Order

- Cukai Taman Negara Dbayar kepada Pegawai Bertugas
THB200/orang

- Waktu bertolak 9.00 pagi ( seharian )

- Spot Snorkeling


Bulone Pai
Bulone Don
Bulone Lay
Bulone Rang
Koh Hin Khau
Pulau Ayam
Hubungi : https://wa.me/66830948948


Ahad, 25 November 2018

Koh Bulone Musim Baru Nov Hingga May

Musim baru untuk ke Koh Bulone telah dibuka dari bulan November 2018 hingga May 2019. Pihak Jabatan National Park Thailand Wilayah Satun menasihatkan pihak agensi perlancongan mematuhi beberapa perkara yang telah ditetapkan.

Antaranya :-

  1. Insuran adalah diwajibkan kepada setiap pengunjung
  2. Job Order dari agensi perlancongan mestilah dibawa semasa membawa pelancong.
  3. Sekurang-kurang seorang pemandu pelancong yang berlesen mesti bersama pelancong.
  4. Agensi pelancongan mesti memastikan jaket keselamatan dipakai oleh pelancong semasa berada diatas bot.
  5. Cukai Taman Negara THB200/orang wajib dibayar oleh pelancong sebelum bertolak ke pulau.
  6. Memastikan pelancong tidak merosakkan hidupan laut termasuk batu karang
  7. Bekas makanan plastik dan polysterin tidak dibenarkan.
  8. Sampah sarap mestilah dibawa pulang ke tanah besar.
  9. Dilarang mengambil hidupan laut termasuk batu karang mati.
  10. Sebuah bot maksima 10 pelancong sahaja.
  11. Dilarang memancing dan menaikan dron.
  12. Jangan berada dilaut selepas pukul 7:00 malam
Pakej Sehari ke Koh Bulone
Sewa sebuah bot maksima atau tidak lebih 10 penumpang
- THB10,000
Termasuk :-
Makanan ( bufet )
Minuman
Insuran
Peralatan snorkeling
Pemandu pelancong
Job Order

- Cukai Taman Negara Dbayar kepada Pegawai Bertugas
THB200/orang

- Waktu bertolak 9.00 pagi ( seharian )

- Spot Snorkeling

  • Bulone Pai
  • Bulone Don
  • Bulone Lay
  • Bulone Rang
  • Koh Hin Khau
  • Pulau Ayam

Karlisa Travel
Koh Bulone 

Karlisa Travel
Koh Bulone 1

Karlisa Travel
Koh Bulone 2

Karlisa Travel
Koh Bulone 3

Karlisa Travel
Koh Bulone 4

Karlisa Travel
Koh Bulone 5

Karlisa Travel
Koh Bulone 6

Karlisa Travel
Koh Bulone 7

Karlisa Travel
Koh Bulone 8

Karlisa Travel
Koh Bulone 9

Karlisa Travel
Koh Bulone 10

Karlisa Travel
Koh Bulone 11



Khamis, 22 November 2018

LADANG TERNAKAN ULU YAM

Jika anda ingin mencari lembu atau kambing, untuk akikah atau kurban anda boleh melayar blog https://ltuy.blogspot.com/2018/11/ladang-ternakan-ulu-yam.html Ladang Ternakan Ulu Yam LTU.

Ladang ini beralamat di ,

Ladang Ternakan Ulu Yam atau LTU terletak di Lot 821, Batu 30,
Jalan Besar Hulu Yam,
44300 Batang Kali.
Berhampiran dengan bandar Rawang atau 45 minit perjalanan dari Kuala Lumpur.Kedudukan berhampiran simpang Ke Genting Hingland.

Ternakan :-
1.Lembu Pedaging
2.Lembu Tenusu
3.Kambing dan Biri-biri

Produk:-
1.Susu Lembu
2.Susu Kambing
3.Baka Lembu Tenusu (jantan & betina)
4.Lembu daging (akikah,korban dan majlis kenduri)

Perkhidmatan:-
1.Penyembelihan
2.Penghantaran
3.Khidmat Nasihat
4.Lawatan Sambil Belajar
5.Latihan Asas Penternakan (sijil diberikan)
6.Lawatan atau beriadah bersama keluarga

PRODUK UTAMA :- SUSU LEMBU (600kg/hari)

KELUASAN LADANG: Lebih Kurang 10 Ekar)


HUBUNGI :
Kak Cik : https://wa.me/60192195589
abg Sidek 0123770445

Ladang Ternakan Ulu Yam LTU

Khamis, 1 November 2018

Into tentang Loy Kratong Di Satun

Loy Krathong
Sedikit info mengenai Perta Loy Krathong yang di sambut pada malam ini. Bila anda Melawat Satun selain dari tempat-tempat menarik, pesta kebudayaan boleh menjadi pilihan.
Loy Krathong adalah salah satu pesta keramaian popular yang disambut kebanyakan masyarakat berketurunan Thai di seluruh dunia. Malah, ia juga dilihat sebagai satu simbol kekayaan warisan budaya masyarakat berkenaan.
Pesta Loy Krathong lazimnya disambut setahun sekali iaitu pada hari ke-15 dalam bulan 12 mengikut kalendar Lunar Thai (sekitar permulaan bulan November). Tarikh berkenaan dipilih kerana dikatakan akan berakhirnya musim hujan dan paras air sungai yang masih tinggi. Ketika itu bulan sedang mengambang penuh. 
Tentunya ada di antara anda tertanya-tanya apakah kaitan paras air sungai dengan pesta Loy Krathong ini? Sebenarnya, upacara ini berkait rapat dengan sungai sebagai nadi dan tulang belakang masyarakat Thai.
Perkataan 'Loy Krathong' membawa maksud tersendiri. 'Loy' dalam bahasa Thai bermakna hanyut, manakala 'Krathong' pula adalah bentuk bunga teratai. Jadi, dalam erti kata lain Loy Krathong bermaksud 'menghanyutkan bunga teratai'.
Titik tolak sambutan perayaan Loy Krathong adalah berasaskan kepercayaan golongan Brahmin dalam agama Hindu purba. Dikatakan pada suatu ketika, masyarakat Brahmin mengadakan upacara menghanyutkan bungai teratai sebagai tanda penghargaan kepada 'Mae Khongkha' atau Dewi Air pada malam bulan purnama.
Sejak itu, unsur keagamaan berkenaan diserap ke dalam kebudayaan masyarakat kebanyakan negara Asia Tenggara seperti negara Thai, Laos, Myanmar, Kemboja dan Vietnam. Malah warisan budaya berkenaan telah diusahakan dan diwariskan kepada generasi muda lebih daripada 700 tahun.
Sungguhpun asal-usulnya dikaitkan dengan upacara keagamaan Hindu, namun masyarakat Thai tetap percaya bahawa Loy Krathong membawa azimat kepada hidup mereka. Dengan itu, wujudlah kepercayaan baru yang mengatakan bahawa segala benda buruk akan hanyut bersama Krathong.
Justeru, di sesetengah tempat dapat dilihat juga di kalangan masyarakat yang menyambut Loy Krathong akan memotong kuku dan rambut pada hari berkenaan untuk tujuan menghanyutkan bersama bunga teratai.


Koh Bulone
Pesta Loy Kratong 1

Koh Bulone
Pesta Loy Kratong 2

Koh Bulone
Pesta Loy Kratong 3

Koh Bulone
Pesta Loy Kratong 4

Koh Bulone
Pesta Loy Kratong 5

Koh Bulone
Pesta Loy Kratong 6

Koh Bulone
Pesta Loy Kratong 7

Koh Bulone
Pesta Loy Kratong 8

Koh Bulone
Pesta Loy Kratong 9

Isnin, 29 Oktober 2018

Contoh Itinerary Program 3h2m dan 4h3m Melawat Satun

Contoh Itinerary bila anda melawat Satun, anda boleh baca dan faham program sebelum anda melawat satun, melawat koh bulone , melawat Pak bara dan melawat Wang Saitong.

PROGRAM 3H2M

Day 0
- Persiapan Masuk SIAM
- beli simkad KLIK
- kalau nak topup KLIK
- kalau nak langgan internet KLIK
- kalau nak guna Google offline KLIK
- panduan Maps App KLIK
- Persiapan Insuran dan Dokumen KLIK
- Border Pass Atau Passport KLIK
- Nak Mudah semua urusan insuran dan di border KLIK 

Day 1
- siap urusan di border dan urusan berkaitan
- Pi Tanyong Po makan ketam, lokasi KLIK
- siap pi checkin bilik KLIK
- pi makan di Pak Bara View point KLIK

- makan malam di Nava Seafood KLIK
- Balik bilik tidoq puas puas, esok kita nak snorkeling

Day 2
Pakej Baca disini KLIK

- bangun tidur minum air kosong ( sunnah )
- pi berak, gosok gigi, mandi, mandi wajib, wuduk dan solat
- relax sat
- kul 7.00 pagi (thai) pi sarapan
- pukul 9.00 get ready nak ke Jeti
- 9.30 bergerak ke koh bulone
- 5,00 petang balik
- makan malam
- tidur

Day 3
- sarapan
- check out
- boleh ke air terjun wang saithong KLIK
masuk THB200/orang
- nak suruh kami bawa, bagi duit minyak ( Thb1500 )
kos minyak kereta kami pergi dan balik. Kami pandu arah
hangpa memandu di belakang.
- Balik ke Border.

Untuk program 4H3M

Day 0
- Persiapan Masuk SIAM
- beli simkad KLIK
- kalau nak topup KLIK
- kalau nak langgan internet KLIK
- kalau nak guna Google offline KLIK
- panduan Maps App KLIK
- Persiapan Insuran dan Dokumen KLIK
- Border Pass Atau Passport KLIK
- Nak Mudah semua urusan insuran dan di border KLIK 

Day 1
- siap urusan di border dan urusan berkaitan
- Pi Tanyong Po makan ketam, lokasi KLIK
- siap pi checkin bilik KLIK
- pi makan di Pak Bara View point KLIK

- makan malam di Nava Seafood KLIK
- Balik bilik tidoq puas puas, esok kita nak snorkeling

Day 2
Pakej Baca disini KLIK

- bangun tidur minum air kosong ( sunnah )
- pi berak, gosok gigi, mandi, mandi wajib, wuduk dan solat
- relax sat
- kul 7.00 pagi (thai) pi sarapan
- pukul 9.00 get ready nak ke Jeti
- 9.30 bergerak ke koh bulone
- 5,00 petang balik
- makan malam
- tidur

Day 3

Pakej Baca disini KLIK

- bangun tidur minum air kosong ( sunnah )
- pi berak, gosok gigi, mandi, mandi wajib, wuduk dan solat
- relax sat
- kul 7.00 pagi (thai) pi sarapan
- pukul 9.00 get ready nak ke KAYAK
- 9.30 bergerak ke KAYAK
- makan malam
- tidur

Day 4
- sarapan
- check out
- shopping di border

HUBUNGI KAMI KLIK
TAMBAHAN : Bulan January hingga awal Mac KLIK


Wang Saithong

Jumaat, 26 Oktober 2018

Masjid Khutbah Berbahasa Melayu Di Satun

Bila Melawat Satun, ada yang cari masjid yang masih berkhutbah Bahasa Melayu di sekitar Satun. Ada juga yang berhajat nak buat program ramadhan bersama orang-orang kampung dan mencari yang mudah berbicara.

Disini saya nak kongsikan tempat-tempat dan lokasi untuk tatapan anda sekalian. Di Pak Bara agak sukar atau tiada langsung. Cuma kawasan berhampiran dengan bandar Satun saja yang ada.

Kekadang ada kalangan kawan-kawan suka buat kenduri disini. Namun bahasa perbualan terbatas. Saya banyak bagi cadangan untuk mereka buat pilihan.

1. Masjid Misbahuddin Kampung Guar Ban Khuan
Lokasinya : https://goo.gl/maps/kHhGAbKTNj82
Boleh kata 99% mereka bertutur melayu disini.

2. Masjid Darul Jannah Chalung atau ( kampung cina)
Lokasinya : https://goo.gl/maps/gAxX3CPKkYN2
Boleh kata 80% berbahasa melayu,kekadang Khutbah dalam bahasa Siam,ikut imam jemputan.

3. Masjid Sungai Mati
Lokasi : https://goo.gl/maps/PQeyVTrbfS92
90% berbahasa melayu

4. Masjid Che Bilang
Lokasi : https://goo.gl/maps/iGtpDHDDNXq

5. Masjid Tanyong Po
Lokasi : https://goo.gl/maps/yhH8wCZmccv

6. Masjid Bagan Belacan Tanyongpo
Lokasi: https://goo.gl/maps/5rVwRQihRSJ2

7. Masjid Tammalang
Lokasi : https://goo.gl/maps/fEtm1bxzCy92

Kebanyakkan Masjid yang saya kongsi, ada buat solat Jumaat dan rata rata jemaah boleh berbahasa Melayu.

Karlisa Travel
Masjid Misbahuddin Ban Khuan

Untuk Info : Pak Bara, Koh BuloneKarlisa Travel
CJS Satun 406,
No. 678/4, 4052, Tambon Pak Nam ,
Amphore Langu,
Changwat Satun, Thailand 91110



Talian :
Nombor Telefon :+66830 948 948 ( 0830 948 948 )

Whatsapp : +66830 948 948

https://wa.me/66830948948



Whatsapp : +6688 755 3209

https://wa.me/66887553209


Email : karlisahalim@gmail.com


Khamis, 25 Oktober 2018

Lokasi Pasar Malam Di Sekitar Satun

Bila melawat Satun, ramai yang bertanya dimana dan bila pasar malam. Mereka ini kebanyakan pengemar masakan thai versi Satun.

Jenis juadah makan yang popular terdiri dari :-

  • kengsom dan tomyam orang kampung
  • kari hijau dan gulai tumis
  • kuih tradisional
  • buah-buahan
  • minuman
  • belacan

Karlisa Travel
Nat Duson Khuan Don

Lokasi Pasar Malam atau Nat 

1. Nat Duson, Khuan Don
Hari : Sabtu dan Ahah
Waktu : 3.00pm - 9.30pm

2. Saturday Night Market ( Masjid Mambang )
Hari : Sabtu
Waktu : 5.00pm - 9.30pm

Karlisa Travel
Nat Pak Bara View Point

3. Pak Bara View Point
Hari : Sabtu ( makanan saja )
Hari : Ahad ( kemuncak )
Waktu : 3.00pm - 10.00pm

Untuk Info Perlancongan Satun, Info ke :-

Karlisa Travel
CJS Satun 406,
No. 678/4, 4052, Tambon Pak Nam ,
Amphore Langu,
Changwat Satun, Thailand 91110

Talian :

Nombor Telefon :+66830 948 948 ( 0830 948 948 )

Whatsapp : +66830 948 948

https://wa.me/66830948948



Whatsapp : +6688 755 3209

https://wa.me/66887553209


Email : karlisahalim@gmail.com




Kami Antara Mangsa Yang Terselamat Tsunami 2004

Kami antara mangsa yang terselamat Tsunami 2004, cerita dari Facebook ZainalB Celestet yang dah banyak kali saya dengar dari mulut dia sendiri. Pertama ketika beliau melawat Satun,kedua di WIP 2018 dan seterusnya diprogram yang dia hadiri.

Karlisa Travel
Abg Zainal bersama Isteri ( Atm )
FB : ZainalB Celestet


We are fortunate to be alive today to tell our story. We are tsunami survivors.

Bagi yang tanya tentang cerita tsunami yang kami kena dulu, kami share sikit kejadian tu.

Pagi tu 26/12/2004 dalam jam 8.30 am, dibilik hotel di Patong, Phuket. Celeste (isteri saya) kata katil dan juga bilik bergoyang. Saya tak rasa apa-apa, dalam hati kata mungkin Celeste ni lapar kot. Lepas tu saya cuba dengar kalau-kalau ‘goyang’ tu datang dari katil di bilik sebelah tapi tak juga. Kemudian saya pandang luar tingkap dan perasan wire elektrik & telefon disepanjang jalan berhayun. Mula rasa ada benda yang tak berapa betul. Dalam hati kata mungkin gempa bumi kecil kot.

Lepas siap-siap kami pun turun sarapan dan kemudian tu ke pantai untuk lepak-lepak. Masa berdiri di pantai tu berbual lah dengan 1 couple mat salleh, terperasan anjing dan kucing berlari dari pantai arah ke jalanraya. Anak saya umur 11 tahun ditepi saya pulak cakap ‘daddy, the water is bubbling’. Saya tak hiraukan cakap dia dan sambung berbual dengan mat salleh tu. Celeste pulak macam ada 10 deria, selalu boleh rasa kalau ada benda yang tak kena. Dia tarik tangan anak saya dan berjalan hala ke jalanraya. Saya pun membebel sikit sebab tengah rilek di pantai dia pulak nak pergi.

Walau macam mana pun saya ikut juga dia. Dalam 10 langkah berjalan saya dengar suara-suara menjerit kuat dibelakang. Saya pun menoleh tapi tak sempat tengok apa-apa, air laut dah ada depan mata. Laju dan kuat ya amat, terus bantai kami dan kami pun terpelanting ke dalam air tu. Tenggelam timbul kami bertiga. Bukan kami saja, pokok, kereta, manusia lain dan macam-macam lagi hanyut sekali dengan kami.

Nasib kami agak baik sebab arus tu tolak kami masuk ke satu ruang kosong di bangunan dekat situ. Di ruang tu kami jumpa couple mat salleh yang kami sembang di pantai tadi dan juga 2 ke 3 orang warga Jepun. Kami ingatkan dah selamat dah disitu tapi malang air mula naik. Bila air dah naik sampai ke dada saya bagi tahu Celeste ‘kita kena keluar’ kalau tidak akan lemas. Tapi diluar tu air teramat laju dengan kereta, bot, pokok kelapa hanyut dalam air. Kalau pokok kelapa boleh tercabut, bayangkan apa jadi dengan orang.

Nak dijadikan cerita, datang 2 ke 3 buah mesin basuh terapung ke kami. Kami guna mesin basuh tu sebagai pelampung dan semasa nak keluar dari ruang tu, ada seorang mat salleh hulur kayu panjang (kayu payung besar) dari tingkat atas bangunan tu. Dia teriak 'grab the pole, grab the pole' suruh kami panjat kayu tu dan dia tarik dari atas. Saya pun tolak anak saya keatas dan malang nya mesin basuh yang saya dan Celeste pegang tadi di langgar arus deras. Kami hanyut ke dalam air. Anak saya nasib baik sempat ditarik naik oleh mat salleh tu.

Mesin basuh yang jadi pelampung tu pun hilang entah kemana sebab arus kuat sangat. Kami tenggelam timbul dalam air masin tu. Secara tak semena-mena 1 Mitsubishi Storm hanyut sebelah kami, jadi kami pun berpaut pada belakang Storm tu. Sampai satu peringkat, kami lepaskan pegangan sebab takut nanti kena himpit bila Storm tu langgar bangunan. Jadi kami terus hanyut jauh ke depan. Tak lama lepas tu nasib kami bertambah baik sebab bila sampai disatu tempat kami ditarik keluar dari air oleh orang ramai bila kami hanyut dekat dengan tangga disatu bangunan. Maka selamat lah kami.

Dalam 15 minit kemudian, arus air berhenti. Saya bagi tahu Celeste tunggu disitu, saya akan kedepan untuk ambil anak. Saya pun meredah air semula, air tak lagi deras tapi paras pinggang. Sebaik saya sampai di ruang kosong tu tadi, saya terdengar suara jeritan lagi sekali. Rupa-rupanya arus no 2 datang, tak laju tapi tinggi. Saya berusaha panjat bangunan tu dan mencari anak saya, alhamdulilah jumpa dia. Sikit trauma. Air laut no 2 tu pulak naik sampai ketingkat 1 bangunan kami berada. Semua yang ada disitu panik dan bergegas panjat naik ke bumbung pulak.

Masa atas bumbung tu lah nampak sana sini body terapung atas air, ada yang bergerak ada tidak. Nampak juga body yang tersepit di celah-celah bangunan kena himpit oleh kereta, dihimpit pokok dan lain-lain. Berterusan dengar suara orang melolong minta tolong, tapi malang tak ada yang pergi atau datang menolong sebab nya masa tu masing-masing takut dan tak tahu apa yang berlaku. Kenderaan, pokok dengan akar umbi, bot, jet ski berterabur sana sini. Banyak bangunan yang habis punah.

Dalam 10 ke 15 minit kemudian air surut ke laut semula. Masa itu lah kami semua yang ada di bumbung tu bertempiaran lari ke bawah bangunan. Semua nya cari dan nak pergi ke tanah tinggi, termasuk lah saya dengan anak saya. Kami lari kebelakang mengharungi air paras pinggang dan bila jumpa Celeste kami terus berlari, berlari dan berlari hala ke bukit. Masa tu semua nya kucar dan kacir. Orang langgar orang, tut-tut langgar orang dan langgar tut-tut lagi sekali dan kemudian langgar motor dan langgar lori dan macam-macam lagi. Semua panik, dah jadi macam zon perang.

Tak lama tu kami sampai di kebun getah berbukit bersama ribuan manusia yang lain. Helicopter berlegar atas kepala bagi nasihat kepada orang ramai pergi ke kawasan bukit sebab takut air datang lagi. Masa tu semua nya confuse sebab tak tahu apa yang melanda tempat tu. Kami bersyukur kami bertiga selamat.

Photo dibawah keadaan di Patong, Phuket selepas tsunami tu tapi bukan kami yang ambil. Kami pinjam.

TULISAN ASAL DARI ZAINALB CELESTET
https://www.facebook.com/zainalb.celestet






Sepintas AtM Mega Gathering 2018

Jumaat 19hb Oktober 2018 di Stadium Kuala Selangor dianjurkan Atm Mega Gathering . Program ini dianjurkan oleh sebuah kumpulan alam maya yang bertapak di Facebook Group. Adventure Touring Malaysia ( AtM ) bersama Majlis Daerah Kuala Selangor menjadi rakan penganjur.

Objektif penganjuran, adalah untuk mengumpul para kembara dari Malaysia yang mana mereka mengembara menggunakan motosikal, kereta, pacuan empat roda, basikal dan bekpekers. Disamping itu, Kuala Selangor diketengahkan sebagai lokasi persinggahan pelancong jika bertandang ke negeri Selangor.

Pihak penganjur menjemput antara mereka yang berpengalaman dalam pengembaraan ke luar negara. Para jemputan terdiri daripada:-

  1. Alfishahrin dan isteri 
  2. Abang Zainalb Celestet dan Isteri  ( Baca cerita beliau DISINI )
  3. Angah BMI dan isteri
  4. Mat Pengembara Miskin
  5. Pak Mid Yellow Cruiser Abdul Hamid Sulaiman
  6. CJS Cikgu Joe Satun
Program AtM Mega Gathering sangat berbeza dengan program motor motor yang lain kerana :-

  • Para peserta bertemu dan bermesra
  • Peserta boleh dikatakan kenal antara satu sama lain melalui media sosial Facebook ( Adventure Touring Malaysia ) cuma mereka tidak pernah bersua.
  • Perkhemahan kalangan peserta mengeratkan lagi hubungan sesama peserta.
  • Program Bual Bicara para jemputan memberi ilmu untuk dikongsikan bersama.
Turut menghadirkan diri, antaranya :-
  1. Kak Nita Anita Yusof
  2. Dato Captain Nik Huslan
  3. Hezeri Samsuri ( Careta )
  4. Abang Din Burn Jr
  5. Group NVOG 
  6. Abang Kassim Selamat
  7. Rial Hamzah ( Indonesia )
  8. Tyan Nuswantoro ( Indonesia )
  9. Roslin Kummin dan group ( Singapura )
  10. Karya Lina dan Isteri ( Singapura )
  11. Atok Wahid Roda Roda
  12. dan ramai lagi nama nama hebat yang sukar dinyatakan jika anda tidak bersama.
Selepas program ini, komen kalangan peserta sangat positif. Mereka mahu jadikan ini sebagai acara tahunan. Malah mereka berpendapat hubungan lebih akrab selepas menghadiri program ini.

Acara bual bicara menjadi kemuncak program namun jika ada yang nak lebih pengalaman, mereka boleh berbual secara kumpulan dan boleh bertentang mata mendengar perkongsian.

Terima Kasih pihak penganjur yang nama mereka minta di rahsiakan

Kepada yang masih kekal dalam group Wasap Sahabat AtM1 dan Sahabat AtM2 terima kasih. Semoga ukhwah kita diberkati. Yang nak berniaga, join group wasap AtM niaga.

KAMI TAK MABUK
TAPI KAMI ENJOY
syukur alhamdulillah

Cikg Joe Satun
AtM Adventure Touring Malaysia 1

Cikg Joe Satun
AtM Adventure Touring Malaysia 2

Cikg Joe Satun
AtM Adventure Touring Malaysia 3

Cikg Joe Satun
AtM Adventure Touring Malaysia 4

Cikg Joe Satun
AtM Adventure Touring Malaysia 5

Cikg Joe Satun
AtM Adventure Touring Malaysia 6

Cikg Joe Satun
AtM Adventure Touring Malaysia 7

Cikg Joe Satun
AtM Adventure Touring Malaysia 8

Cikg Joe Satun
AtM Adventure Touring Malaysia 9

Cikg Joe Satun
AtM Adventure Touring Malaysia 10

AtM Adventure Touring Malaysia 11

AtM Adventure Touring Malaysia 12

AtM Adventure Touring Malaysia 13

AtM Adventure Touring Malaysia 14

AtM Adventure Touring Malaysia 16

AtM Adventure Touring Malaysia 17

AtM Adventure Touring Malaysia 18

AtM Adventure Touring Malaysia 19

AtM Adventure Touring Malaysia 20


AtM Adventure Touring Malaysia 21

INFO : Contact

Kredit : Admin AtM dan Ajk Program