Musim baru untuk ke Koh Bulone telah dibuka dari bulan November 2018 hingga May 2019. Pihak Jabatan National Park Thailand Wilayah Satun menasihatkan pihak agensi perlancongan mematuhi beberapa perkara yang telah ditetapkan.
Antaranya :-
- Insuran adalah diwajibkan kepada setiap pengunjung
- Job Order dari agensi perlancongan mestilah dibawa semasa membawa pelancong.
- Sekurang-kurang seorang pemandu pelancong yang berlesen mesti bersama pelancong.
- Agensi pelancongan mesti memastikan jaket keselamatan dipakai oleh pelancong semasa berada diatas bot.
- Cukai Taman Negara THB200/orang wajib dibayar oleh pelancong sebelum bertolak ke pulau.
- Memastikan pelancong tidak merosakkan hidupan laut termasuk batu karang
- Bekas makanan plastik dan polysterin tidak dibenarkan.
- Sampah sarap mestilah dibawa pulang ke tanah besar.
- Dilarang mengambil hidupan laut termasuk batu karang mati.
- Sebuah bot maksima 10 pelancong sahaja.
- Dilarang memancing dan menaikan dron.
- Jangan berada dilaut selepas pukul 7:00 malam
Pakej Sehari ke Koh Bulone
Sewa sebuah bot maksima atau tidak lebih 10 penumpang
- THB10,000
Termasuk :-
Makanan ( bufet )
Minuman
Insuran
Peralatan snorkeling
Pemandu pelancong
Job Order
- Cukai Taman Negara Dbayar kepada Pegawai Bertugas
THB200/orang
- Waktu bertolak 9.00 pagi ( seharian )
- Spot Snorkeling
- Bulone Pai
- Bulone Don
- Bulone Lay
- Bulone Rang
- Koh Hin Khau
- Pulau Ayam
 |
| Koh Bulone |
 |
| Koh Bulone 1 |
 |
| Koh Bulone 2 |
 |
| Koh Bulone 3 |
 |
| Koh Bulone 4 |
 |
| Koh Bulone 5 |
 |
| Koh Bulone 6 |
 |
| Koh Bulone 7 |
 |
| Koh Bulone 8 |
 |
| Koh Bulone 9 |
 |
| Koh Bulone 10 |
 |
| Koh Bulone 11 |
Location:
678/4 4052, Tambon Pak Nam, Amphoe La-ngu, Chang Wat Satun 91110, Thailand
Cikgu Joe Satun
Cikgu Joe Satun merupakan seorang guru sukarela, aktivis masyarakat dan pengusaha pelancongan yang telah menetap di Pak Bara, Satun, Thailand selama lebih 15 tahun. Beliau dikenali sebagai individu yang aktif membantu rakyat Malaysia yang menghadapi kesulitan di Thailand, khususnya di sekitar Satun. Selain itu, beliau komited dalam bidang pendidikan dengan mengajar Fardu Ain dalam Bahasa Melayu secara percuma kepada komuniti setempat, sebagai usaha memartabatkan bahasa dan memperkukuh kefahaman agama. Cikgu Joe juga merupakan pemilik Karlisa Travel, sebuah agensi pelancongan yang menyediakan perkhidmatan mesra pelancong Malaysia dengan penekanan kepada keselamatan, pengalaman tempatan dan keperluan sebenar pelanggan. Dengan gabungan pengalaman, kepakaran dan semangat kebajikan, Cikgu Joe Satun terus memainkan peranan sebagai penghubung antara komuniti Malaysia dan Thailand.
1 comment for "Koh Bulone Musim Baru Nov Hingga May"