SEARCH

Rabu, 8 April 2015

Wilayah Satun


Wilayah  Satun
Wilayah Satun , dalam versi Thai . Nama asalnya adalah SETUL atau dalam loghat Kedah di sebut Setoi. Setul adalah nama sejenis buah seperti manggis tetapi kulitnya berwarna kuning bila masak dan isinya putih dan rasanya masam masam manis.
Satun adalah nama bagi sebuah Wilayah ( negeri ) atau Changwat dalam sebutan Thai. Satun juga nama bandar dan ibu wilayah Satun. Satun , nama bagi sebuah daerah.
Ramai yang keliru dengan nama Wilayah di Thailand ini . Contoh Songkhla juga nama sebuah wilayah,sebuah daerah dan nama ibu wilayah bagi Wilayah Songkhla.
Daerah Dalam Wilayah Satun
Nama Wilayah

1.      Meuang Satun
2.      Khuan Don
3.      Khuan Kalong
4.      Tha Phae
5.      Langu
6.      Tungwa
7.      Manang
Nama Asal


1.      Setul Mambang Segara
2.      Dusun
3.      Padang Kecil
4.      Rakit
5.      Laut
6.      Sungai Upe
7.      -

Lebih daripada 70% penduduk di Wilayah Satun adalah Islam. Manakala bakinya 30% adalah Buddha. Walaupun majoriti penduduk Islam tetapi Satun di perintah di bawah Gabenor beragama Buddha . Simbol Wilayah Satun juga simbol mengambarkan Dewa Pra Samut Thewaa duduk diatas batu di laut dan dibelakangnya matahari terbenam. Dipercayai dewa ini penjaga Laut Andaman.



Dari jumlah keseluruhan penduduk Satun lebih kurang 315,000 orang , 220,500 adalah umat Islam cuma 94500 orang penganut Buddha sahaja akan tetapi bila mengundi , wakil Islam tewas . Ini kerana budaya politik wang dan mentaliti umat Islam Satun sudah diresapi dengan mentaliti atau roh majusi didalam kehidupan.
Umat Islam Satun terlalu bebas bermazhab tanpa kekangan dari pemerintah. Maka timbul perbagai mazhab dan ikutan umat Islam di wilayah yang dahulunya berpegang kuat kepada Ahli Sunnah Waljamaah. Kini masyarakat berpecah belah dan tidak bersatu membuat mereka senang di perintah dan dikawal . Kekeliruan dalam fahaman Islam membuat masyarakat Islam Satun kini mudah digoyang dan menjadi pengikut yang setia pada pentadbiran kerajaan Buddha Thailand.
Keluasan Wilayah Satun 2479 KM Per Segi. Berjiran dengan Songkhla di timur. Di utara Trang dan Pattalung . Di selatan Perlis dan Langkawi.


Keywords: Wilayah Satun,Setul,Setoi,Bandar Satun,Pekan Satun,Satun

0 comments: