Langkau ke kandungan utama

Islam Di Satun


Islam Di Satun
Sejak berkurun lamanya , Islam telah bertapak di Wilayah Satun. Difahamkan Islam bertapak sejak pemerintahan Kedah Lama dan ianya kekal sebagai agama rasmi bagi majorati pendududk di Wilayah Satun. Kebanyakkan mereka berpegang kepada Ahli Sunnah Waljamaah dan mengikut Imam Shafie.
Kini masa kian berubah, masyarakat di bawah pemerintahan Budhah . Agama Islam tidak dihalang untuk dianuti tetapi tidak diberi perhatian dan bantuan untuk menjalankan aktiviti keislaman. Bahkan tiada cuti kelepasan bagi perayaan Umat Islam. Tidak seperti agama Budhah. Perayaan seperti Songkran atau pesta air dibuat besar besaran di seluruh negara Thai. Kini Songkran menjadi satu tarikan perlancong di Thailand.
Berbalik kepada agama Islam, oleh kerana pemerintah bukan Islam,maka Islam di Satun tiada Kekangan untuk bermazhab. Dalam kebanyakan yang bermahzhab Ahli Sunnah Waljamaah, tidak kurang ramai yang bermahzhab Wahabi,Gemuda atau Syiah. Di fahamkan bahawa Satun adalah pusat Syiah terbesar dirantau Asean. Terdapat banyak masjid syiah disetiap pelusuk Wilayah Satun. Begitu juga dengan Wahabi dan Gemuda. Setiap Mahzhab ada pengikut sendiri dan masjid dan surau sendiri.
Perbezaan pendapat dalam Islam tidak salah kerana ianya berlaku sejak kewafatan Baginda Rasullulah Sallallahualaiwasalam lagi. Yang menimbulkan masalah disini adalah kafir mengkafir dikalangan mereka yang berpegang kepada mazhab. Pendapat bahawa mazhab yang mereka ikut adalah benar dan mazhab yang lain dari mereka adalah kafir menjadikan Islam berpecah belah. Bila Islam berpecah belah maka, kebanyakan penduduk Melayu Satun juga turut pecah belah . Ini juga menjadi satu punca bahasa Melayu kian pupus di Satun. Mazhab selain Shafie yang diajar dalam dua bahasa ( Melayu dan Thai ) , mazhab seperti Syiah ,Gemuda dan Wahabi cuma diajar dalam Bahasa Thai. Ini menjadikan penduduk biasanya berbahasa Melayu bila menukar mazhab maka bahasa pertuturan juga di tukar dari Melayu ke Thai. Ini memudahkan mereka berkomunikasi dan menyampaikan fahaman kepada pengikut.
Dasar pelajaran di sekolah kerajaan juga berperanan meliberalkan Islam. Walaupun pada peratusan yang kecil di Wilayah Satun yang penduduk majorati Islam tetapi kesannya boleh dilihat dan dirasai jika anda bermastautin lebih setahun di Satun. Kesan ini akan ketara bila sekolah berkenaan terletak dikawasan majorati penduduk Buhdha.
Kesan dari sekolah kerajaan :-
1.       Terasa malu menggunakan nama yang berunsur Melayu dan Islam. Oelh kerana kemudahan menukar nama di Thailand boleh dibuat tanpa sekatan maka ramai umat Islam menukar nama berunsur Thai dan Budhah.
2.       Walaupun menutup aurat dibenarkan tanpa sekatan, banyak masyarakat memilih pakaian berunsur Budhah.
3.       Hidup cara Hi-So ( High Social atau Liberal ) . Hidup moden cara masyarakat Budhah.
·         ada yang makan semua makanan kedai Islam atau Budhah tetapi bukan babi dan arak.
·         ada yang makan semua termasuk arak dan babi
Kesan Dari Pengaruh TV. Ada lebih dari 100 siaran TV di Thai dan beroperasi 24 jam. Kebanyakkan berunsur hiburan,iklan dan ada sedikit unsur agama.
1.       Perjudian dan pertaruhan dari program Thai Muay,Lembu Berlaga dan bolasepak melibatkan peratusan umat Islam Satun sangat tinggi
2.       Pengaruh seks bebas dari iklan ubat peransang seks lelaki dan wanita
3.       Pengaruh agama Budhah dalam masyarakat Islam di Satun melalui rancangan TV juga ketara . Kepercayaan kepada telikan nasib dan kesan dari ceramah agama dalam TV .Program TV berbentuk dokumentari tentang agama Budhah sedikit sebanyak mempengaruhi minda masyarakat Islam.
4.       Masyarakat cenderung kepada hiburan . Apa saja hiburan mendapat sambutan besar dari majorati Masyarakat Islam Satun.

Kesan dari dasar kerajaan.
1.       Menyanjung Raja seolah olah dewa atau seorang yang memiliki makam atau kelibihan dari manusia yang lain.
2.       Sambutan hari keagamaan budhah juga disertai oleh masyarakat setempat kerana berkhidmat sebagai pegawai kerajaan .
3.       Simbol agama budhah pada logo kerajaan
4.       Keutamaan dan agama rasmi adalah budhah
Kesimpulannya, Dasar Kerajaan yang cenderung pada sesuatu agama mempengaruhi rakyatnya cenderung pada agama itu. Sebagai contoh kerajaan Malaysia cenderung pada agama Islam, maka rakyatnya sangat cenderung kepada agama Islam. Yang membezakan antara rakyat Malaysia dan Thailand, bila kerajaan Thailand memberi kemudahan kepada  agama budhah, rakyat dan pertubuhan agama terus membantu mengembangkan agama dan memperkasakan agama budhah . Di Malaysia bila kesedaran dan kemudahan agama Islam diberi kepada rakyat, rakyat yang mendapat ilmu hasil dari galakan kerajaan berusaha untuk menumbangkan kerajaan , BUKAN membantu memperbaiki sistem pemerintahan yang berlandaskan Islam.
Keywords: Islam di satun,Melayu Satun,Makanan Halal,Wahabi,Germuda,Syiah







Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

BORANG TM6 TM2 DAN TM3 THAILAND

TM6 THAI Borang TM6 , Borang TM2 dan Borang TM3 ke Thailand. Borang apakah itu ? Ramai yang dok keliru dengan borang ini. 1. Borang TM6 atau white card . Ada dua keratan yang perlu diisi. - keratan Arrival Card dan Departure Card, kena isi dua dua. - Arrival Card disimpan oleh Imigresen Thai. - Departure Card disimpan bersama passport atau border pass. - Departure Card MESTI diserahkan sewaktu keluar dari Thai. Disertakan bersama Passport semasa stamping. - JIKA HILANG , sila lapor ke Pejabat Imigresen atau tahan telinga kena maki ( hahaha ) Oleh itu ambil gambar passport dan TM6 simpan didalam HP sebagai bukti jika hilang. Borang TM2 dan TM3 dicopy dari  https://www.riderchris.com/ 2. TM2 adalah borang maklumat kenderaan. - Borang ini boleh didapati di Pejabat Imigresen Thai. - Diisikan dan diserah kepada Pegawai Imigresen Thai untuk mendapat pengesahan semasa stamping passport. - Serahkan semasa pulang ke malaysia kepada Pegawai Imigresen Thai semasa stamping P

LOKASI MENARIK DI PAK BARA SATUN THAILAND

Lokasi Menarik di Pak Bara Satun Thailand untuk dilawati. Persiapan untuk masuk Thailand melalu Wang Prachan, Satun menggunakan Passport ( MAY 2022 ) a. Thai Pass link https://land.tp.consular.go.th / DIMANSUHKAN SEJAK JULY 2022 b. Covid Insuran  DIMANSUHKAN SEJAK JULY 2022 b. Covid Insuran c. Insuran kenderaan ( Por Ror Bor & Voluntary ) d. Geran kenderaan e. TM6 TM2 TM3 Untuk memudahkan urusan sila klik link berikut https://wa.me/60196664087 ( Malaysia ) https://wa.me/6598505125 ( Singapura ) Border Pass  ( MAY 2022 ) a. Tempuh melawat 3h2m ( Tempuh 30 hari sejak July 2022 ) b. Tiada Thai Pass dan Insuran Covid  DIMANSUHKAN SEJAK JULY 2022 b. Covid Insuran c. Insuran kenderaan ( Por Ror Bor & Voluntary ) d. Geran kenderaan e. TM6 TM2 TM3 INSURAN KENDERAAN https://wa.me/60196664087 ( Malaysia ) https://wa.me/6598505125 ( Singapura ) 1. Wang Kelian Immigration, Customs, Quarantine and Security (ICQS) Complex +60 9-945 6328 https://maps.app.goo.gl/ayF7

Apa Ada Di Pak Bara Satun Thailand

Apa Ada Di Pak Bara Satun Thailand ? Macam mana nak pi kePak Bara ? Ini soalan lazim yang sering ditanya oleh pembaca. Mai aku nak cerita kat hangpa. Anda WAJIB lalu dan singgah di  CJS SATUN 406 Kedai milik Akitivis Bahasa Melayu Satun. Dikenali kalangan bikers dan rider Malaysia Singapura dan Asean. Kerana Banyak membantu mereka yang ditimpa musibah tanpa sebarang bayaran. CJS SATUN 406 1. Pos Imigresen Wang Kelian. Hangpa klik pautan ini.  Wang Kelian Ke Pak Bara 2. Pak Bara View, mercu tanda Pak Bara berlatarkan Ikan Maling dan Laut Andaman. Tempat santai seisi keluarga. Bermula jam 3.00 pm ada gerai menjual makanan. Pasar Malam pula setiap Sabtu dan Ahad adalah kemuncak pasar malam. Pautan Maps :  Pak Bara View Point Pak Bara View Point 3. Makanan Laut dan Makanan Thai yang ori. Dah enam tahun di Pak Bara dan sekitar Satun. Kedai terbaik Nava Seafood. Alasannya 100% HALAL . Arak tidak dibenarkan masuk ke Kedainya. Berbeza dengan kedai-kedai lain.TAPI ikut su