SEARCH

Isnin, 6 April 2015

Merancang Percutian Ke Satun Thailand


Merancang Percutian Ke Satun Thailand
Bercuti di Satun disamping menikmati tempat tempat menarik di Wilayah Satun perlu juga dibuat persiapan. Walaupun di Wilayah Satun aman , akan tetapi persiapan perjalanan perlu di rancang dengan teliti. Bagi memastikan percutian anda mengembirakan dan berjalan lancar ada beberapa perkara yang perlu anda beri perhatian.
Jika anda Memandu Kenderaan sendiri :-
1.       Passport atau Border Pass , dibawa bersama dan disimpan dengan selamat
2.       Lesen memandu yang sah
3.       Salinan Geran atau Geran Ori
4.       Surat kebenaran dari pemilik kenderaan , jika kenderaan bukan didaftarkan atas nama pemandu
5.       Insuran kenderaan untuk memasuki Thailand
6.       Cukai Jalan yang sah
7.       Kenderaan dalam kondisi yang baik. Ini bagi mengelakkan kereta breakdown dan kos membaiki boleh menjadi mahal ( mungkin diambil kesempatan)
8.       Mengisi minyak tangki penuh kerana harga petrol di Thai 2 kali ganda harga di Malaysia
9.       Menempah tempat penginapan
10.   Mengetahui tempat yang bakal dilawati . Anda perlu tahu lokasi bagi mengelak tersesat . Bukan semua penduduk Satun bolehberbahasa Melayu dan Inggeris. ( Dapatkan pemandu perlancong jika datang dalam group )
11.   Menempah tiket jika tempat lawatan perlu dibayar yuran masuk.
12.   Berhati hati memandu dan awasi setiap persimpangan . Ini perlu diambil berat kerana rata rata pemandu Thai tiada Lesen Memandu dan memandu tanpa mengikut peraturan.
13.   Beli insuran persendirian untuk mengelak dari bayaran mahal perubatan di Thailand jika berlaku kemalangan.
14.   Menggunakan Perkhidmatan Pemandu Pelancong ,jika anda bersama group melebihi 3 kereta.
·         Menjadi pemandu arah ke destinasi perlancong
·         Menjadi orang tengah dalam berkomunikasi dengan Pengusaha Thai
·         Membantu dan menyelesaikan masalah jika berlaku kemalangan. Ini kerana , bila terjadi kemalangan masalah komunikasi menjadi halangan menyelesaikan masalah. Adakala kegiatan GENGSTER JALANRAYA berluasa di jalan jalan Thai. Besar kemungkinan anda perlu membayar ganti rugi kemalangan WALAUPUN anda di pihak yang benar.


15.   Pastikan had laju yang selamat bila memandu . Banyak kemalangan yang berlaku kerana PEMANDU MALAYSIA ghairah memandu laju kerana disini tiada had laju dan speed trap. Dari pengalaman kami, banyak kemalangan berlaku kerana kenderaan di pandu laju dan mereka telah berpengalaman berkali kali memandu di Thailand. Pengalaman memandu kenderaan di Thailand bukan tiket menentukan anda cekap kerana anda tidak faham mentaliti masyarakat di sini.
16.   Sentiasa BERINGAT bahawa anda sedang memandu di NEGARA yang undang undang sangat longgar. Kecuaian mengundang padah. Kos yang besar perlu anda tanggung walaupun anda di pihak yang benar. ( Pastikan mengguna PERKHIDMATAN PEMANDU PELANCONG bagi mengurangkan masalah komunikasi di Thailand )
17.   Sediakan Wang Yang secukupnya bila memasuki Thailand.

Keywords : Bercuti di Satun,Insuran Thailand,Memandu di Thailand,tempat tempat menarik di Satun,kemalangan di Thailand



0 comments: