Melawat Satun Banner

Pesta Songkran Satun


Pesta Songkran Satun
Songkran akan disambut di seluruh Thailand pada 13hb April hingga 15hb April 2015. Songkran adalah pesta menyambut Tahun Baru bagi kalenda Buddha. Pesta Songkran juga dikenali sebagai Pesta Air. Secara tradisinya, masyarakat Buddha akan menyimbah air kepada ahli keluarga untuk mendapat kehidupan yang bermakna dan menunjuk rasa hormat pada Buddha.
Secara tradisinya,Pesta Songkran disambut 3 hari berturut turut. Dengan penuh kegembiraan mereka bermain air serta menyimbah kepada jiran,mereka yang lalu lalang dan juga tetamu. Kini, Songkran lebih kepada pesta menyimbah air dijalanan dan disambut oleh semua masyarakat tanpa mengira bangsa dan keturunan.
Kalau dahulunya ,acara menyimbah air dilakukan dalam bekas air seperti baldi kecil atau gayung tetapi kini ianya di mainkan dengan peralatan yang lebih moden seperti pistol air .senapang air dan pancutan air ke udara.
Larangan Di Pesta Songkran
1.      Perempuan dilarang memakai baju berwarna putih.
2.      Perempuan dilarang memakai pakaian seksi
3.      Di larang memancut air ke arah umum dengan pancutan air bantuan alat elektrik atau motor pam air.
4.      Dilarang mencabul kehormatan seperti meraba wanita, menyentuh atau memeluk wanita di khalayak ramai.
Di Bandar Satun Pesta Songkran akan diadakan di sepanjang Lebuhraya 406 selepas Jambatan terakhir ,bermula dari pintu gerbang sehinggalah di akhir simpang ke Masjid Mambang. Sepanjang 3 hari bermula dari diambang atau malam 12hb sehinggalah 15hb.
Acara pada malamnya bermula dengan memberi makan kepada Sami Buddha . Adat istiadat kegamaan dan diikuti dengan permainan bunga apai dan mercun. Selepas itu bermulalah acara Pesta Air.
Songkran adalah Acara Keagamaan Buddha
Bagi masyarakat Islam Satun, walaupun tiada kekangan dari pihak Majlis Agama Islam Satun dari menyertai Pesta Songkran tetapi pihak berkenaan menasihati masyarakat dari menyertainya. Oleh kerana 70% masyarakat adalah Islam dan ada yang bekerja di sektor kerajaan, kehadiran yang diwajibkan oleh pihak jabatan terpaksa diakui. Mereka datang membantu dan menjalankan tugas yang telah diberikan.


PERTANYAAN
Cikgu Joe Satun
Cikgu Joe Satun Cikgu Joe Satun merupakan seorang guru sukarela, aktivis masyarakat dan pengusaha pelancongan yang telah menetap di Pak Bara, Satun, Thailand selama lebih 15 tahun. Beliau dikenali sebagai individu yang aktif membantu rakyat Malaysia yang menghadapi kesulitan di Thailand, khususnya di sekitar Satun. Selain itu, beliau komited dalam bidang pendidikan dengan mengajar Fardu Ain dalam Bahasa Melayu secara percuma kepada komuniti setempat, sebagai usaha memartabatkan bahasa dan memperkukuh kefahaman agama. Cikgu Joe juga merupakan pemilik Karlisa Travel, sebuah agensi pelancongan yang menyediakan perkhidmatan mesra pelancong Malaysia dengan penekanan kepada keselamatan, pengalaman tempatan dan keperluan sebenar pelanggan. Dengan gabungan pengalaman, kepakaran dan semangat kebajikan, Cikgu Joe Satun terus memainkan peranan sebagai penghubung antara komuniti Malaysia dan Thailand.

Post a Comment for "Pesta Songkran Satun"

WhatsApp Karlisa Travel