SEARCH

Sabtu, 18 April 2015

MELAYU SATUN SELEPAS 1909 SIRI 4


SATUN SELEPAS 1909 SIRI 4
Judi Dan Ramalan Nombor
Judi ditempat terbuka tanpa lesen menjadi kesalahan tetapi bukanlah kesalahan yang serius disini. Ramalan Nombor amat popular bagi masyarakat Melayu Satun. Setiap hari kecuali hari cuti umum ditutup sehari, Ramalan Nombor 2 angka dari 1-99 menjadi kegilaan. Sekali beli THB10 dan jika menang di bayar THB300. Pagi dibuka sekali dan petang sekali. Ini bermakna sehari 2 kali dibuka untuk pertaruhan.Setiap pertaruhan cuma 1 nombor sahaja yang diumum pemenang. Peratusan untuk menang sekadar 1% tetapi sangat digilai oleh masyarakat Melayu Satun. Sehinggakan ada pakar dalam membuat ramalan dan tafsiran nombor yang bakal diumum sebagai pemenang pertaruhan. Setiap nombor dari 1-99 mewakili satu lambang. Contoh nombor 1 mewakili lambang ular dan jika malam bermimpi ular maka esoknya nombor 1 jadi pertaruhan. Ada yang menggunakan khidmat Bomoh untuk menang pertaruhan.Rata rata “penggila” judi ramalan nombor mereka adalah golongan 35 tahun keatas dan tak kurang juga dari golongan belia dan remaja. Judi ini dimainkan oleh majoriti Lelaki Melayu dan ada juga wanita Melayu tetapi amat kurang.
Judi “poker” juga diminati oleh masyarakat disini. Di pondok pondok di tepi sungai atau dibelakang kedai kopi menjadi pusat kepada penjudi. Penulis pernah terserempak dengan satu kumpulan penjudi di belakang sebuah pondok di tepi sungai berhampiran dengan penempatan penduduk. Kumpulan 5 wanita Melayu Islam dan seorang lelaki melayu Islam sedang berjudi. Mereka selamba bermain tanpa segan silu.Berhampiran mereka anak anak kecil sedang bermain sesama sendiri.Tiada kekangan dari Majlis Agama kerana tiada kesalahan dari undang undang agama. Majlis Agama disini hanya bertindak sebagai badan memantau upacara agama dan menentukan tarikh perayaan dalam Islam.
DADAH
Kebanyakan masyarakat yang merokok menghisap rokok daun. Rokok daun bebas dibeli disemua kedai runcit di kampung.Pada bungkusan tembakau berharga THB5 tertera Amaran Merokok Merbahayakan Kesihatan. Walaupun ada had umur untuk penjualan tapi penguatkuasaan amat longgar.
Ganja adalah dadah yang paling popular.Hampir 70% remaja menghisap ganja.Ganja walaupun salah dari segi undang undang tetapi amat mudah diperolehi.Dari 10 rumahpenduduk,hampir 9 rumah ada seorang keluarga terlibat dengan ganja atau dadah yang lain. Di kampung tempat tinggal penulis terdapat 2 orang yang menjadi gila sebab terlalu banyak menghisap ganja.Ada yang telah meninggal dunia kesan dari terlalu banyak menghisap ganja.
Kaedah dan cara menghisap ganja disini masih lagi mengguna kaedah tradisional. Buluh adalah alat yang digunakan untuk menghisapa ganja.Buluh di tebuk lubang dan dipasang corong untung memasukan ganja bercampur tembakau. Air dimasukkan kedalam buluh . Disisi batang buluh di tebuk lubang bagi tujuan penyedutan.Selalunya mereka melakukan aktiviti ini di bawah rimbuhan pohon buluh ditepi sungai. Ganja biasanya ditanah di kawasan kebun getah,  yang terletak jauh di atas bukit dipinggir penempatan penduduk.Kebanyakan masyarakat adalah penoreh getah. Golongan yang menghisap ganja dari umur 15 tahun hingga 60 tahun.
Ubat Batuk Dan Coca Cola
Kaedah yang lebih moden dan popular adalah campuran ubat batuk dan coca cola. Sebotol atau dua botol ubat batuk dicampur dengan sebotal besar coca cola diminum bagi tujuan untuk berhayal.Kaedah ini kebanyakkan digunakan oleh golongan remaja.
BERSAMPUNG DISINI
Katakunci : Melayu Satun,PerjanjianBangkok 1909,Dasar Thesapiban,Thailand

0 comments: