SEARCH

Ahad, 19 April 2015

MELAYU SATUN SELEPAS 1909 SIRI 5


MELAYU SATUN SELEPAS 1909 SIRI 5
Daun Ketum atau Daun Biak
Ketum atau biak juga salah satu jenis dadah yang digunakan bagi tujuan hayal. Segengam daun ketum direbus dengan air .Bila mendidik ianya disejukkan dengan campuran ais. Adakala mereka mencampurkan dengan coca cola untuk mendapat cita rasa yang lebih dan menghayalkan. Penulis pernah bertanya, apakah kesan selepas meminum air ketum dan menghisap ganja.Jawapan, menurut  mereka badan jadi kuat untuk esoknya pergi menoreh getah.Dari pemerhatian penulis,kebanyakan yang meminum air ketum dan ganja adalah mereka yang paling malas bekerja. Bangun tidur lewat ditengahari dan kehidupan tidak terurus.Cuma yang lebih dewasa dan berumah tangga yang bekerja bila menggunakannya.
Walaupun aktiviti ini diketahui oleh masyarakat setempat, penulis pernah dilarang agar jangan menegur atau mecampuri urusan mereka dan jangan menghalang aktiviti mereka. Ini kerana golongan remaja yang berumur 15 tahun hingga 25 tahun boleh bertindak diluar batasan. Penggunaan senjata api yang dibeli atau buatan sendiri berleluasa di sini dan diselurh Thai. Walaupun ada undang undang tetapi penguat kuasaan tidak ketat dan terlalu longgar. Sepanjang 2 tahun penulis di Wilayah Satun, tak kurang dari sepuluh kejadian bunuh menggunakan senjata api berlaku disini dan berpuluh yang cedera terkena tembakan atau tikaman.
Penulis pernah berbual dengan golongan ibubapa disini mengenai sikap liar dan ganas remaja,mereka memberi alasan yang remaja akan berubah bila sudah dewasa. Mereka mengambil contoh dengan sikap liar mereka sewaktu remaja. Pada hemat penulis , mentaliti majoriti penduduk Melayu Satun 20 tahun kebelakang .
Masalah Sosial Remaja Dan Kahwin Muda
Boleh dikatakan setiap rumah disekitar tempat tnggal penulis,ada saja seorang atau lebih  anggota keluarga yang terlibat dengan masalah sosial. Antara masalah sosial remaja disini :-
1.      Hamil sebelum Nikah
2.      Pengaulan Bebas
3.      Masalah senjata api dan gengsterism
4.      Masalah Dadah
5.      Mencuri
6.      Berhenti sekolah terlalu awal
7.      Judi
8.      Arak
Masalah remaja liar dan permasalahan remaja disini berterusan  kerana kurang kekangan dari undang undang dan kawalan ibubapa yang longgar. Tiada undang undang Islam bagi masyarakat Islam di Satun walaupun penduduk Islam 70% dan ketua Wilayah adalah dari keturunan Thai Buddha.Ibubapa yang menoreh getah seawal pukul 2 pagi dan pulang 9 pagi gagal memberi perhatian kepada anak anak. Jangan hairan bila selang 10 rumah ada kedai kopi.Ini kerana bila balik menoreh mereka akan singgah minum kopi sebelum pulang mandi dan berehat sambil tidur.Budaya melepak di kedai kopi sangat sinonim bagi masyarakat melayu disini. Ini bukan kerana mereka malas bekerja tapi kebanyakkan baru pulang menoreh getah.
Oleh kerana waktu tidur yang kurang di waktu malam,ibubapa menambil kesempatan merehatkan badan disiang hari.Dalam tempuh ini,anak anak remaja yang tidak bersekolah terbiar tanpa kawalan. Berada dirumah tidak boleh bising dengan bunyian TV atau Radio.Oleh itu remaja akan melepak di tepi tepi sungai dipinggir kampung. Rakan rakan dalam kumpulan yang ramai membuat remaja jadi berani dan boleh melakukan apa saja. Di usia begini, remaja lain menimba ilmu,remaja yang terbiar, terpinga pinga mencari identiti. Oleh itu banyak aktiviti tidak sihat berlaku dalam masyarakat.
Dimasa ini, keinginan melakukan perkara yang menganggap diri sudah dewasa kian memuncak.Oleh kerana tiada penguatkuasaan undang undang melarang remaja berkhalwat atau berdua dua dalam bilik,maka dengan mudah mereka melakukan akitiviti ini tanpa pantauan.Resort atau hotel murah boleh disewa semurah THB100 untuk sejam digunakan remaja untuk membuktikan kedewasaan. Maka terjadilah hamil diusia 13 tahun. Jalan pintas penyelesaian adalah menikahkan diusia yang terlalu muda.
Perkahwinan diusia muda bukan penyelesaian kepada masalah ini sebaliknya hanya sekadar untuk menutup malu kepada masyarakat. Peceraian diusia muda banyak berlaku disini. Pasangan yang berkahwin muda masih lagi dalam saraan ibubapa. Mereka belum matang untuk memasuki alam rumah tangga. Peceraian membuat anak anak yang masih kecil hidup terbiar dibawah pengjagaan Atuk dan Nenek. Maka inilah wajah yang bakal menjadi pemimpin masa akan datang masyarakat Satun. Benar kata pepatah “ kalau hendak tengok masa depan,lihatlah remaja masa kini”.
Pusat hiburan dibuka seawal 6 ptg hingga lewat malam. Walaupun penjualan arak dan kawalan had umur remaja, tetapi penguatkuasaan sangat longgar.Maka berpeleseranlah remaja dipinggir bandar Satun menghabiskan waktu malam.
Ada juga kalangan pelajar kolej yang memncari wang saku dengan menjadi GRO atau Pelacur .Mereka ini dari golongan remaja dari wilayah lain atau mereka tinggal jauh dari tempat belajar. Maka tinggal dirumah sewa tanpa kawalan dan selian ibubapa. Akitiviti mereka bebas tanpa larangan.
BERSAMBUNG DISINI

Katakunci : Melayu Satun,PerjanjianBangkok 1909,Dasar Thesapiban,Thailand

0 comments: