SEARCH

Jumaat, 17 April 2015

MELAYU SATUN SELEPAS 1909 SIRI 3


MELAYU SATUN SELEPAS 1909 SIRI 3
Majlis Pentadbiran Mukim  (tambon administrative organizations (TAO).)
Majlis Pentadbiran Mukim pula diketua oleh Pengurusi Majlis (Nayok) dan sebilangan AJK mengikut bilangan kampung dalam Mukim berkenaan. Pengerusi dan AJK dipilih dalam Pilihanraya Kecil. Ia berlangsung setiap 5 tahun sekali.Sesiapa sahaja boleh bertanding, yang pasti ada yang menyokong dan pengikut.
Setiap Piliharaya perbagai kaedah digunakan untuk memenangi jawatan yang ditandingi. Bomoh dan wang yang banyak digunakan sebagai alat untuk memancing undi.Kebanyakan yang menang adalah mereka yang sanggup berhabisan. Imbuhanya pangkat dan kelebihan mendapat projek daripada kerajaan bagi membangunkan mukim mudah diperolehi.
Inilah pengaruh budaya Siam Buddha yang telah meresap sebati kedalam kehidupan penduduk Satun khasnya dan seluruh masyarakat Thai. Tidak kiralah samada yang bertanding bertaraf ustaz sehinggakan bertaraf “ulaq ayaq” dalam bahasa utara.Dasar Thesapiban yang diguna berjaya membawa Melayu Islam Satun masuk secara halus ke dalam budaya Siam Buddha.
Pesta , Keramaian dan Pertandingan
Pesta dan Keramaian atau Pertandingan menjadi budaya hidup masyarakat Satun. Masyarakat menantikan anjuran pesta pada tarikh yang telah ditentukan setiap tahun. Sebagai contoh Majlis Sambutan Maulidur Rasul 2015 yang lalu. Majlis Agama Satun berpejabat di Kampung Chalung Satun berhadapan Masjid Chalung mengganjur Pesta Sambutan Maulidur Rasul. Pada dasarnya ianya berunsur Islam dan program juga berbentu keislaman seperti pertandingan Nasyid Melayu dan Thai. Baca puisi ,sajak dan syarahan dalam bahasa Melayu dan katogari Bahasa Thai.
Acara berlangsung selama seminggu. Kawasan Majlis dibuka tapak perniagaan untuk masyarakat berniaga. Acara berlangsung seawal 9.00 pagi dan tamat 12.00 malam setiap hari selama seminggu. Pada pemerhatian penulis yang turut melawat pesta berkenaan, ramai yang mengunjung ke pesta berkenaan hanya bertujuan untuk bersiar siar di tapak perniagaan yang penuh sesak dengan pengunjung sewal mahgrib hingga ke lewat malam. Mereka yang terlibat dalam pertandingan saja yang menyaksikan persembahan. Ceramah dan syarahan agama , walaupun dalam bahasa Thai tapi kurang mendapat sambutan.
Pertandingan Burung,Ayam dan laga lembu
Pertandingan burung merbah jambul adalah trend terkini masyarakat Satun. Hampir setiap hari ada saja tempat menganjurkan pertandingan suara burung merbah jambul. Kalau sebelum ini pertandingan burung terkukur amat popular dan kini burung merbah jambul mengambil tempat di hati peminat burung.
Sabung ayam dan ayam serama masih juga digilai oleh peminatnya tetapi tidak semeriah pertandingan burung merbah jambul. Pertandingan sekadar sebulan sekali dan buka di seluruh Satun , cuma ditempat tempat tertentu sahaja.
Pertandingan Lembu Laga adalah Pertandingan Peringkat Nasional. Setiap minggu lembu lembu laga akan dibawah ke Wilayah bersempadan iaitu Phattalung untuk di pertandingkan. Acara ini disiarkan secara langsung atau rakaman TV pada setiap minggu oleh rangkaian TV tempatan.
Semua pertandingan ini , kalau dari Wilayah Satun, majoriti diwakili oleh orang Melayu Islam. Dari segi undang undang Thai sah dan tidak menjadi kesalahan tanpa mengira status agama. Dasar Thesapiban sudah mula menjadi darah daging masyarakat Melayu Satun tanpa mereka sedari.
BERSAMBUNG DISINI
Katakunci : Melayu Satun,PerjanjianBangkok 1909,

0 comments: