Info Penting: Cuti Sekolah & Raya Haji 2026 – Rancang Perjalanan Anda ke Thailand!

Bagi anda yang merancang untuk bercuti ke Thailand pada pertengahan tahun ini, sila ambil perhatian. Berdasarkan takwim cuti sekolah Malaysia 2026, Cuti Pertengahan Tahun akan bermula pada 22/23 Mei 2026 sehingga 6/7 Jun 2026.

Jadual-Cuti-Sekolah-Malaysia-2026

Apa yang menarik (dan perlu diperhatikan), cuti ini bertindan dengan sambutan Hari Raya Haji. Apabila cuti sekolah, cuti perayaan, dan hujung minggu bertemu, kesesakan di pintu sempadan adalah perkara yang dijangka.

Untuk membantu anda merancang, berikut adalah Soalan Lazim (FAQ) berkenaan situasi di selatan Thailand sepanjang tempoh tersebut:

S1. Kedai Makan Buka Tak Sepanjang Raya Haji?

• Di Satun & Pak Bara: Kebanyakan kedai makan akan dibuka seperti biasa. Anda tidak perlu risau tentang mencari makanan halal di sini.

• Di Hatyai: Kedai makan milik umat Islam dari wilayah Pattani, Yala, dan Narathiwat mungkin ada yang ditutup pada hari raya pertama kerana sambutan meriah di kampung halaman mereka. Namun, biasanya pada Hari Raya Kedua, mereka akan mula beroperasi semula seperti biasa.

S2. Adakah Sempadan (Border) Akan Sesak?

Ya, kesesakan luar biasa biasanya berlaku apabila cuti bertindan. Bukit Kayu Hitam selalunya menjadi tumpuan utama dan paling sesak. Untuk perjalanan yang lebih lancar, anda boleh mempertimbangkan alternatif border berikut:

1. Border Kota Putra: Sesuai untuk ke Songkhla, Hatyai, Pattani, atau Yala.

2. Border Padang Besar: Alternatif untuk ke Hatyai, Phatthalung, atau ke Satun (walaupun jaraknya sedikit jauh).

3. Border Wang Kelian: Pilihan terbaik dan paling tenang untuk ke Satun, Pak Bara, Trang, dan Krabi.

4. Border Pengkalan Hulu: Satu-satunya pintu ke Betong. Jika cuti bertindan, elakkan jika boleh kerana tiada pilihan border lain yang berdekatan.

Nak Trip Lebih Mudah? Serah Pada Pakar!

Kalau tak nak pening fikir dokumen, insurans, feri, atau itinerary yang padat, biar kami uruskan semuanya untuk anda.

Karlisa Travel menyediakan:

• ✅ Pakej Pelancongan Satun & Pak Bara

• ✅ Pakej Eksklusif Koh Lipe

• ✅ Urusan Pengangkutan Dari Sempadan ( Van )

• ✅ Pengurusan Perjalanan Profesional

📲 Hubungi kami melalui WhatsApp: +66830948948

Info Pak Bara 

1.1.Soalan Lazim Tentang Koh Lipe

2. Panduan Melawat Satun Pak Bara TM2 & TM3

3. Tukar Duit/Wang Di Pak Bara ( Cuti Ahad )

FAQ Schema (JSON-LD)





PERTANYAAN
Cikgu Joe Satun
Cikgu Joe Satun Karlisa Travel adalah agensi pelancongan milik Cikgu Joe Satun. Cikgu Joe Satun merupakan seorang aktivis masyarakat yang banyak membantu rakyat Malaysia yang menghadapi musibah di Thailand, khususnya di sekitar Satun. Beliau juga mengajar Fardu Ain dalam Bahasa Melayu secara percuma di Satun, Thailand sebagai usaha memartabatkan Bahasa Melayu dan menyumbang kepada komuniti setempat.

Post a Comment for "Info Penting: Cuti Sekolah & Raya Haji 2026 – Rancang Perjalanan Anda ke Thailand!"