PANDUAN MELAWAT SATUN & PAK BARA TM2 TM3 TDAC 2026
Segala Yang Anda Peru Tahu Mengenai Borang TM2, TM3 dan TDAC. Manakala TM6 telah dimansuhkan digantikan dengan TDAC.
Satun dan Pak Bara bukan sekadar destinasi transit ke Koh Lipe. la adalah syurga makanan laut dan lokasi roadtrip yang sangat tenang. Artikel iniakan membantu anda memahamiprosedur sempadan dengan mudah.
1.Persediaan Dokumen Sempadan
Memasuki Thailand melalui pintu sempadan Wang kelian atau Padang Besar memerukan dokumen yang lengkap untuk mengelakkan urusan anda tergendala di kaunter.
Dokumen wajib Kenderaan:
· Pasport: Sah melebihi 6 bulan.
. Geran Kenderaan (Original/Salinan): jika salinan, pastikan ada pengesahan balai polis untuk Sempadan Pengkalan Hulu.
. Insurans Thailand (Compulsory): Wajib ada, untuk urusan kemasukan.Insurans tambahan Voluntary Insurance, Travel Insurance & Extension 101.
. Surat Kebenaran: Jika kenderaan bukan nama anda (seperti nama syarikat atau bapa).
Tip Penting: Simpan semua dokumen dalam satu fail yang mudah dicapai. Pastikan insurans dibeli lebih awal untuk menjimatkan masa di sempadan.
2. Perbezaan TM2, TM3 dan TDAC
Ramai pelancong yang keliru antara borang manual dan sistem digital baru. Berikut adalah ringkasannya:
Jenis Dokumen
Fungsi Utama
Status Terkini
Borang TM2
- Maklumat Kenderaan (Conveyance)
- Masih diperlukan (Manual).
- Senarai Nama Penumpang.
- Wajib jika ada penumpang lain.
Borang TM2 & TM3 boleh 👉 Download Disini
Sistem TDAC ( menggantikan TM6 )
- Kad Ketibaan Digital Thailand.
- Pendaftaran secara digitallonline.👉 ( Link Berikut )
- Video Toturial 👉DISINI
3. Kenapa Melawat Satun & Pak Bara?
Satun menawarkan pengalaman yang lebih tenang berbanding bandar besar lain di Thailand:
. Syurga Makanan Laut: Di Pak Bara, anda boleh menikmai hidangan laut yang segar dengan harga yang sangat berpatutan
. Pemandangan Pantai: Pantai Pak Bara menawarkan suasana yang damai, sesuai untuk berehat sebelum meneruskan perjalanan.
· Mesra Perjalanan: Laluan ke Satun terkenal dengan kualitijalan yang bailk dan pemandangan alam semula jadi yang indah.
KARLISA TRAVEL & CIKGU JOE SATUN
Nak Melawat Satun & Thailand
Air laut jernih. Pulau cantik. Hidup lebih sederhana.
Kalau tanya saya, saya lebih suka bawa orang ke tempat macam ni:
• Pak Bara – pintu masuk ke dunia pulau
• Koh Lipe – “Maldives of Thailand” versi bajet
• Koh Bulone – pulau tenang, sesuai untuk healing
• Kayak sungai & laut – tenang, jauh dari hiruk pikuk
Kadang kita tak perlukan nightlife… kita cuma perlukan ketenangan.
Kalau datang Thailand, datang dengan cara yang betul.
Di Karlisa Travel, kami bukan sekadar bawa jalan.
Kami bantu dari A sampai Z:
✔ Pakej Satun, Pak Bara, Koh Lipe, Koh Bulone
✔ Aktiviti kayak sungai & laut
✔ Sewa van dari Wang Kelian, Padang Besar & Bukit Kayu Hitam
✔ Trip ke Hat Yai, Songkhla, Krabi, Phuket, Pattani & Yala
✔ Tempahan hotel & resort
✔ Tiket feri ke Koh Lipe
Dan yang paling penting…
Kami juga bantu ramai rakyat Malaysia yang ditimpa kemalangan atau kesulitan di Thailand.
JOM SAPOT CIKGU JOE SATUN
📲 Karlisa Travel
WhatsApp: +66830948948
Soalan Lazim (FAQ) Pelancong
S: Apakah dokumen utama yang diperlukan untuk melawat Satun dengan membawa kenderaan sendiri?
J: Untuk urusan Kastam Thailand, anda perlu menyediakan Geran Dan Passport bagi mengistiharkan kenderaan ( Custom Declaration Form ).
S:Adakah borang TM2 dan TM3 masih diperlukan?
J: Ya, buat masa ini borang TM2 dan TM3 masih diperlukan untuk pelaporan kenderaan di kaunter Imigresen Thailand bagi memudahkan urusan keluar masuk.
S: Apa itu TDAC dan kaitannya dengan kemasukan ke Thailand?
J:TDAC (Thailand Digital Arrival Card) merupakan sistem pendaftaran digital yang diperkenalkan untuk melancarkan proses kemasukan pelancong tanpa peru mengisi borang kertas tradisional secara manual (TM6).
S: Mengapa Pak Bara menjadi destinasi popular di Satun?
J: Kerana ia adalah pintu masuk utama ke Pulau Lipe dan pusat tumpuan bagi pencinta makanan laut serta aktiviti luar di Selatan Thailand.
Artikel ini disediakan untuk membantu pelancong ke Thailand melalui www.satunsiam.com.
◎2026 Satunsiam Guide. Segala hak terpelihara.

Post a Comment for "PANDUAN MELAWAT SATUN & PAK BARA TM2 TM3 TDAC 2026"