FAQ: Soalan Lazim Tentang Koh Lipe, Satun Thailand
Pulau Koh Lipe semakin menjadi pilihan pelancong Malaysia yang inginkan laut jernih ala Maldives tanpa perlu terbang jauh. Terletak di dalam wilayah Satun, pulau ini terkenal dengan pasir putih, air biru kristal dan suasana santai.
Di bawah ini kami kumpulkan soalan-soalan paling kerap ditanya (FAQ) untuk memudahkan perancangan anda.
FAQ: Soalan Lazim Tentang Koh Lipe, Satun Thailand
S. Koh Lipe terletak di mana?
J. Koh Lipe terletak di Wilayah Satun, Thailand.
Jetty utama untuk ke sana ialah Pak Bara Jetty.
Sempadan Malaysia paling hampir ke jetty ini ialah Wang Kelian.
Pemegang Border Pass juga boleh menggunakan laluan ini untuk ke Satun sebelum menaiki feri ke Koh Lipe.
S. Berapakah tambang ferry ke Koh Lipe?
J. Untuk Mei 2026, anggaran kos adalah:
* Tiket ferry (dua hala): THB 1,400
* Cukai Taman Negara: THB 200 / seorang
* Cukai jeti: THB 30 / seorang
* Parking kereta: THB 100 / hari
* Parking motosikal: THB 50 / hari
Harga mungkin berubah mengikut musim dan operator, jadi disarankan semak awal sebelum perjalanan.
S. Bolehkah tempah tiket ferry awal?
J. Ya, sangat digalakkan buat tempahan awal kerana jadual feri terhad.
Jadual harian (waktu Thailand):
* 9:30 pagi
* 11:30 pagi
* 1:00 petang
Untuk tempahan mudah (Bahasa Melayu), hubungi:
WhatsApp: +66830948948
S. Musim terbaik melawat Koh Lipe?
J. Koh Lipe boleh dikunjungi sepanjang tahun, tetapi:
* Musim terbaik: Januari – Mei (panas & laut tenang)
* Low season: Jun – Oktober (lebih murah, kurang pelancong)
* Hujan lebat: Pertengahan November – awal Disember
Walaupun begitu, keindahan Koh Lipe tetap ada sepanjang tahun—air tetap jernih, cuma bergantung nasib cuaca.
S. Mudahkah dapat makanan halal di Koh Lipe?
J. Sangat mudah.
Wilayah Satun mempunyai majoriti penduduk Islam (sekitar 70%).
Di Koh Lipe sendiri terdapat banyak:
* Kedai makanan Muslim
* Seafood halal
Jadi tak perlu risau soal makan.
Nak Mudah? Serahkan Pada Yang Pakar
Kalau tak mahu pening fikir tiket ferry, parking, timing dan urusan sempadan, anda boleh gunakan servis:
Karlisa Travel (Pakar Trip Satun & Koh Lipe)
✔ Urus tiket ferry
✔ Bantu itinerari
✔ Boleh komunikasi Bahasa Melayu
📲 WhatsApp:👉 +66830948948
Pulau Koh Lipe semakin menjadi pilihan pelancong Malaysia yang inginkan laut jernih ala Maldives tanpa perlu terbang jauh. Terletak di dalam wilayah Satun, pulau ini terkenal dengan pasir putih, air biru kristal dan suasana santai.



Post a Comment for " FAQ: Soalan Lazim Tentang Koh Lipe, Satun Thailand"