FAQ: Soalan Lazim Urusan Kastam & Kenderaan Masuk Ke Thailand 2026

Ramai yang bertanya kepada saya melalui WhatsApp dan komen di blog tentang urusan dokumentasi kenderaan. Memandangkan trafik ke blog Satun Siam tengah mencanak naik, saya kumpulkan soalan yang paling kerap ditanya (FAQ) untuk rujukan anda semua supaya perjalanan lebih tenang dan selamat.

Membawa Kereta & Motor Ke Thailand


1. Borang Pengisytiharan Kastam (Simplified Customs Declaration Form)

S: Bagaimana jika saya terlupa menyerahkan semula borang ini semasa keluar dari Thailand?

J: Sila semak tarikh luput pada borang tersebut. Jika belum tamat tempoh, segera serahkan borang itu di mana-mana pejabat Kastam sempadan yang berhampiran. Namun, jika tarikh tersebut sudah tamat, anda berisiko dikenakan denda sehingga THB 10,000. Jangan buat main, sistem mereka sekarang sudah berangkai!

S: Kalau saya lupa hantar masa bawa Kereta A, kemudian saya masuk kali kedua bawa Kereta B, adakah saya akan terlepas?

J: Jawapannya TIDAK. Sistem Kastam Thailand mengesan maklumat anda melalui plat nombor kereta, nombor pasport, dan nombor MyKad. Rekod denda lama akan muncul sebaik sahaja dokumen anda diimbas. Anda tetap perlu melunaskan denda tersebut sebelum dibenarkan masuk semula.

2. Pemilikan & Dokumentasi Kenderaan

S: Kereta atas nama isteri, tapi saya yang memandu. Siapa yang perlu memohon Declaration Custom Form?

J: Ada dua cara:

1. Jika anda (pemandu) yang memohon, isteri anda perlu membuat Surat Kebenaran (Authorization Letter) kepada anda sebagai pembawa kereta.

2. Jika isteri anda sendiri yang membuat permohonan di kaunter, anda boleh memandu kenderaan tersebut selepas borang dikeluarkan kerana "Declaration" bermaksud pengisytiharan kenderaan tersebut sudah sah masuk ke Thailand.

S: Dokumen apa yang diperlukan untuk memohon borang Kastam ini?

J: Geran kereta asal atau salinan (photocopy). Perlu diingat, sesetengah pintu sempadan (terutama di Betong) meminta anda mengesahkan (endorse) salinan geran di Balai Polis berhampiran sempadan terlebih dahulu. Pastikan juga pasport anda sudah siap dicop oleh Imigresen sebelum ke kaunter Kastam.

3. Risiko & Perbezaan Agensi

S: Apa jadi kalau saya "main redah" saja tanpa memohon Declaration Custom Form?

J: Risiko anda sangat besar. Jika ada sekatan jalan raya oleh Polis Thailand, anda akan didenda. Jika berlaku kemalangan, kemungkinan besar anda tidak boleh membuat tuntutan insurans dan denda Kastam tetap menanti anda. Jangan perjudikan keselamatan demi nak cepat.

S: Saya keliru antara Imigresen dan Kastam Thailand. Apa bezanya?

J: Mudah saja:

• Imigresen: Urusan berkaitan Orang (Pasport, TM2, TM3, dan TDAC).

• Kastam: Urusan berkaitan Kenderaan dan Cukai Barangan.

S: Perlukah saya buat nombor pendaftaran tulisan Thai?

J: Tidak wajib. Nombor plat Malaysia dengan huruf Rumi diterima sepenuhnya. Namun, jika anda ingin memasang plat tambahan tulisan Thai untuk memudahkan urusan atau sekadar hiasan, ia tidak menjadi kesalahan.


S: Perlukah saya memohon Lesen Memandu Antarabangsa (IDP) untuk memandu di Thailand?

J: Mengikut perjanjian negara-negara ASEAN, lesen memandu domestik Malaysia (kad plastik) adalah sah dan diiktiraf untuk digunakan di Thailand. Secara undang-undang, anda tidak perlu memohon IDP. Bagaimanapun, realitinya ada segelintir anggota polis di kawasan pedalaman Thailand yang mungkin tidak maklum mengenai perjanjian ini. Sebagai langkah berjaga-jaga, pastikan lesen anda masih sah tempoh dan simpan salinan digital atau fizikal sebagai rujukan jika diminta.


Kenapa Perlu Rancang Dengan Bijak?

Di Karlisa Travel, kami faham bahawa pelanggan kami bukan sekadar pelanggan—mereka adalah tanggungjawab kami. Kami bukan sahaja membawa anda jalan-jalan ke tempat cantik seperti Satun, Koh Lipe, atau Koh Bulone, tetapi kami juga pakar dalam:

• Logistik: Sewa van dari Wang Kelian, Padang Besar & Bukit Kayu Hitam.

• Bantuan Kecemasan: Kami bantu ramai rakyat Malaysia yang ditimpa kesulitan atau kemalangan di Thailand.

Jangan biarkan percutian anda bertukar menjadi mimpi ngeri hanya disebabkan satu borang yang terlepas pandang.

Berminat untuk Pakej Koh Lipe atau urusan Insurans?

Terus WhatsApp pasukan kami untuk bantuan profesional:

📲 Karlisa Travel (Cikgu Joe Satun)

WhatsApp:👉 +66830948948

Atau klik pautan ini:👉 Hubungi Kami Sekarang

Melancong tenang, hati pun senang.



PERTANYAAN
Cikgu Joe Satun
Cikgu Joe Satun Karlisa Travel adalah agensi pelancongan milik Cikgu Joe Satun. Cikgu Joe Satun merupakan seorang aktivis masyarakat yang banyak membantu rakyat Malaysia yang menghadapi musibah di Thailand, khususnya di sekitar Satun. Beliau juga mengajar Fardu Ain dalam Bahasa Melayu secara percuma di Satun, Thailand sebagai usaha memartabatkan Bahasa Melayu dan menyumbang kepada komuniti setempat.

Post a Comment for "FAQ: Soalan Lazim Urusan Kastam & Kenderaan Masuk Ke Thailand 2026"