SEARCH

Untuk Membaca Sila Klik Di Sini

LOKASI MENARIK DI PAK BARA

Info Lanjut Klik Disini

SNOKELING DI KOH BULONE PAK BARA SATUN THAILAND.

Follow Kami Disini

HANGPA BOLEH FOLLOW FACEBOOK KAMI.

Kisah Benar Nukilan Cikgu Joe Satun

Aku mengerti perasaan dia. Berkerja dari jam 3petang kekadang sehingga ke subuh. Mungkin dia tidak mengerti subuh itu apa. Namun dia tahu bahawa orang Islam akan bersolat ketika itu.

APA YANG MENARIK DI PAK BARA

Pak Bara, lokasinya terletak 69km dari Pos Imigresen Wang Kelian. Banyak tempat-tempat menarik disekitar Pak Bara. Ianya terletak dalam daerah Langu, Mukim Pak Nam, Wilayah Satun. Anda digalakkan berkereta atau bermotosikal ke Pak Bara. Ini kerana tiada kenderaan awam ke sana dari sempadan Wang Kelian..

Sabtu, 30 September 2017

Pakej Sehari Ke Koh Bulone

Pakej Sehari Ke Koh Bulone Snorkeling dan Island Hopping
Hari 1
- Selesai urusan di Border Wang Kelian/Wang Prachan.
- Memandu ke Pak Bara
- Menikmati seafood dan thaifood di Pantai Pak Bara
- Check in Hotel
Langka Beach Resort
Pak Nam, La-ngu District, Satun
https://goo.gl/maps/wMU9QtiSWKw
Seaview Thb1000/mlm
Thamalai Resort
Pak Nam, La-ngu District, Satun 91110
https://goo.gl/maps/anora78kxdv
Thb800-1000
- Setiap Sabtu dan Ahad Pasar Malam di Pak Bara View Point ( 3.00-9.00 )
- Free and easy

Hari 2
Pakej One Day Trip Island Hopping


THB10,000 sewa sebuah bot
Muatan max 10 ( tidak lebih dan termasuk kanak kanak )

Termasuk :
Insuran
Tour Guide.
**kalau nak sewa seorang pun, apa salahnya.( Thb10,000 sebuah bot tidak lebih 10 orang termasuk kanak-kanak)

Lunch ( makan bufet )
Life jaket dan Snorkel Gear
Berakhir 5.00 pm

**** Cukai Taman Negara THB200/org

Hari 3
- Sarapan pagi ( biaya sendiri )
- check out
- free and easy
#CJS

One Day Trip Koh Bulone


Highseason di sebelah pantai barat Thai atau Laut Andaman akan dibuka pada 16hb Oktober 2017.
Ketika ini laut tenang dan membiru . Puncak musim pada Jan - Mac ketika musim kemarau.

Koh Bulone hanya sekitar 18km dari Jeti Pak Bara. Namun pelancong tidak tahu kerana ditenggelami oleh promosi Koh Lipe .
Tambang ke Koh Lipe THB1200/pibalik.
Tetapi dengan THB1200/org anda boleh menjelajah tiga pulau disekitar Koh Bulone disamping snorkeling dan makan minum.
Serius , sila wasup +66629728939 atau +66887553209

Video
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=299431487197271&id=217794052027682

Selasa, 28 Februari 2017

Satun Worderland International Bike Meet 1

1st Satun Bike Week 2017 atau lebih dikenali dengan nama Satun Worderland International Bike Meet 2017
Akan di adakan pada
18-19 hb Mac 2017
Di Stadium Satun
Masuk adalah PERCUMA

Aturcara : -
Hari 1
Pameran dan Jualan
Pertunjukkan Motor Stun
Charity Ride
Pertunjukkan Pentas

Hari ke 2
Aktiviti Satun Worderland
Anda boleh menyertai pakej perlancongan di sekitar Wilayah Satun.
Antaranya Pakej
1. Pakej ke Beting Pasir ( Tanyongpo )
2. Berkayak di Manang
3. One day trip ke Koh Bulone
4. One day trip ke Koh Lipe
5. Berkayak di Thamlay Stegadon
Dan lain lain lagi.
Anda boleh mendapatkan pakej pakej berikut di Tapak Event.

Apa yang kelainan Satun Bike Week 2017 .
T- Shirt versi pertama boleh dibeli dengan harga THB500/sehelai dan mendapat percuma Sticker versi pertama, kupon makanan dan cerderamata.

SATUN WORDERLAND BIKE MEET kali pertama dianjurkan di Satun.
Ianya dianjurkan oleh Kerajaan Wilayah Satun.
Tujuan utama : Untuk memperkenalkan Aktiviti Perlancongan Yang Menarik di Wilayah Satun.
Antaranya : Tammalang dengan Mercu Ketam , Taman Bakau dan Melihat Aksi Helang.

Tanyongpo : Seafood terbaik , belacan dan beting pasir antara yang tercantik.

Khuan Don : Nat setiap petang Sabtu dan Ahad yang terbesar di Wilayah Satun.

Manang : Air Terjun Wangsaithong yang cantik. Gua Phut Pha Phet yang antara terbesar didunia.
Berkayak di Wangsaithong
Berkayak merentasi gua di Chet Kod Cave.

Pak Bara : Seafood terbaik. Jeti ke pulau pulau batu karang. Koh Khao Yai sambil berkayak dilaut dan memasuk sebuah gua dan menebusi kawasan yang seolah olah membentuk sebuah stadium.

Koh Bulone , 22km dari jeti Pak Bara, laut dan isinya boleh menawan hati setiap pengunjung.

Koh Lipe , usah diperkenalkan lagi , Thai Maldive.

Thung Wa , berkayak air tawar merentas gua dan menembusi laut.

Itu antara yang menarik di Satun.
Pada hari keduanya , anda ditawarkan untuk ke tempat yang disebut tadi .

Senarai Hotel Dan Resort beserta GPS Kordinat
Starin Resort 6.619921,100.078205
Sinkiat Buri Hotel 6.613304,100.064194
Palm Resort
6.624955,100.074566
Rose Inn Resort 6.625423,100.063803
V Valley Resort 6.628644,100.063235
The One Boutique Hotel 6.627687,100.068651
Lomlay Resort 6.634835,100.069364
Bandahara Hotel 6.620892,100.067494
Pinnacale Wangmai Satun Hotel 6.621462,100.067619
Rim Nam River House
6.610554,100.075286
Gleam Resort 6.604970,100.066656
Lipe Resort 6.623091,100.067471
Udomsuk Hotel 6.613860,100.069173
Sinkiat Thani Hotel 6.613374,100.065134
Dee Dee Resort 6.603891,100.063261
Mild Seven Hotel 6.615001,100.074631
Bypass Hotel 6.615488,100.072986







Selasa, 21 Februari 2017

Satun atau Krabi

Satun atau Krabi yang mana satu destinasi pilihan anda.
Krabi adalah destinasi perlancongan yang sangat terkenal di Thailand dan serata dunia. Dalam setahun berjuta perlancong yang datang melawat Krabi. Logiknya , dah tentu banyak batu karang dah rosak dipijak oleh pengunjung.

Manakala Satun pula , baru untuk naik nama dalam peta perlancongan di Thailand. Dalam kajian Tourism Thailand , masih berbaki 25% batu karang yang tercantik yang tertinggal di Thailand. Dalam 25% itu semuanya terletak di Satun.

Satun pula sekadar bersempadan dengan Wang Kelian Perlis. Maka jarang untuk ke Satun tidaklah jauh berbanding ke Krabi.
Lihat google map.

Dari Wang Kelian ke Ao Nang lebih kurang 285km atau 4jam lebih memandu. Tetapi ke Pak Bara sekadar 75km sahaja.
Di Pak Bara anda boleh ke Koh Bulone dengan menyewa sebuah longtail muatan 10-20 orang sekadar thb7500 sebuah ditambah dengan makan thb150/seorang dan sewa snorkel thb100/setiap satu. Bajet seorang THB630/org dan sangat berbaloi untuk percutian bersama keluarga. Anda boleh merancang percutian hujung minggu sabtu dan ahad atau 3H2M.

Jika ke Krabi Island Hopping dengan longtail boat at least THB900 termasuk cukai, makanan dan snorkel. Itu tak masuk tambang dan minyak kereta dan memandu dalam jarak yang jauh. Bila snorkeling yang pasti anda lihat batu batan dan pasir, mungkin ikan belang banyak kerana dibenarkan memberi makan untuk tarikan perlancongan.

Tidak dinafikan permandangan di kepulauan sekitar Krabi amat cantik.


Tapi anda lihat gambar gambar disekitar Koh Bulone yang jaraknya sekadar 18km dari Pak Bara.
Mungkin anda tertanya tanya, ada juga tempat yang menarik dan cantik di Satun, kenapa kami tidak tahu.
Ni nak bagi tau , bahawa gambar gambar dibawah adalah pemandangan di Koh Bulone , Satun.
Anda boleh share dengan sanak saudara dan sahabat handai.

















Isnin, 20 Februari 2017

SATUN BIKE WEEK 2017

Satunworderland International Bike Meet 2017 akan diadakan pada 18HB hingga 19HB Mac 2017 di Stadium Wilayah Satun. Acara julung julung kali yang diadakankan di Chang WQat Satun berikutan permintaan yang menggalakan dari rakan rakan bikers dari Malaysia.



Wilayah Satun yang bersempadan dengan Negeri Perlis Malaysia mempunyai hubungan persaudaraan yang rapat dengan pendududuk Malaysia terutama dari Kedah dan Perlis. Ini kerana suatu ketika dahulu Satun adalah sebuah daripada Mukin Negeri Kedah.

Satunworderland International Bike Meet 2017 bakal memperkenalkan tempat percutian yang menarik dan setanding dengan Krabi , Songkhla atau lain lain tempat percutian. Umum masyarakat atau perlancong tidak tahu bahawa Satun juga mempunyai tempat tempat percutian yang menarik dan menawarkan dengan harga yang termampu oleh semua golongan. Anda tidak perlu menjelajah beratus kilometer untuk ke sesuatu distinasi menarik di wilayah Satun. Ibaratkata minyak petrol RM50.00 boleh menjelajah seluruh wilayah Satun.
Anda boleh baca Info disini https://satunsiam.blogspot.com/2015/03/satun-dan-tempat-tempat-menarik.html

Berbalik kepada Satunworderland International Bike Meet 2017 lokasinya adalah seperti berikut

https://goo.gl/maps/6BwFhBMvv1v

Atacara seperti berikut
- Untuk memudahkan urusan di border, pihak penganjur akan menyambut di Border Wang Prachan bagi membantu urusan dokumentasi

- Kemudian peserta akan bertolak ke Thaleban National Park. Berkumpul dan akan diiringi meneruskan perjalanan ke Tapak Event Stadium Satun.

- Pendataftaran peserta THB500/seorang dan diberi sehelai T-Shirt Event , sticker dan lain lain yang berkaitan.

- Pada jam 3 petang , free ride konvoi ke Tammalang, Tanyongpo, muzium satun dan sekitar bandar Satun.

- Untuk hari kedua, pihak penganjur menyediakan perbagai package perlancongan untuk peserta beriadah dah mengikuti program yang di sediakan.
Rujuk gambar.

Anda boleh berhubung dengan wakil penganjur Abang Ann di Whatsapp +6686 167 9665 untuk mendapat maklumat terperinci.

Anda dan group bikers boleh mengirimkan logo group anda untuk ditampalkan di Selfie Banner Penganjur. Whatsapp +66629728939 Cikgu Joe.









Rabu, 15 Februari 2017

Catatan Begpackers Ke Koh Lipe

Catatan Terbaik dari rakan yang ke Koh  Lipe. Copy paste

Kalau penulis terbaca komen ye.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1472546756089294&id=100000019507657

Backpacking | KL - Hatyai - Koh Lipe - KL
*The Maldives of Thailand*
-----------------------------------------------------------
.
Ini ialah coretan perjalanan kami dari KL ke KOH LIPE. Sebab ramai yang bertanya, aku gagahkan juga diri menaip entri kali ini. Trip ini ibarat "sambil menyelam minum air", aku pergi berempat dengan misi untuk buat photoshoot sambil jalan-jalan makan angin & berehat. Bermula dengan sesi perbincangan pada 3/11/2016 di Damansara, kami plan 5H 4M termasuk perjalanan dari KL (TBS) - Hatyai - Pak Bara - Koh Lipe - KL. Cadangan awal ialah ke Phuket tetapi kerana Phuket tu sangatlah 'crowded' kami terpaksa tukar plan. Setelah buat research, terjumpa satu blog    satunsiam.blogspot.com
Dari blog ni kami kenal dengan Karlisa Latisya, orang Malaysia yang menetap di Satun, Thailand. Kami contact Karlisa dan dia banyak beri info pasal Lipe & uruskan tiket Speedboat dari Pak Bara Pier ke Koh Lipe. Aku & Hannah dari JB, Lela & Z dari KL, meeting point di TBS (terminal bersepadu selatan).
.
Perjalanan kami bermula pada 17/11/2016 dari TBS jam 10.30mlm dengan menaiki ALISAN GOLDEN COACH dari KL ke Hatyai. Tiket sehala dalam RM60++ seorang. Tiket boleh dibeli online diwebsite, www.alisangoldencoach.com.my/. Sepanjang perjalanan masing-masing dah kelaut tidur. Aku sedar bila sampai kat Bukit Kayu Hitam dalam jam 3.30pagi. Kami beratur cop passport dan segera naik bas. Selesai pemeriksaan, bas bergerak merentas sempadan ke Sadao Imigration Centre untuk pemeriksaan pihak imigresen Thai pula. Disini lah kena isi ARRIVAL CARD..yang bagusnya Alisan Express ni siap isikan arrival card untuk penumpang semua. Proses ini memakan masa lebih kurang 45min ke 1 jam, sementara menunggu penumpang lain habis urusan, boleh la cuba street food yang dijual berhampiran. Kitorang alas perut dengan Sosej goreng oleh penjaja muslim(dia je yang nampak macam muslim). Daerah diselatan Thai masih ramai orang Islam & ramai juga yang boleh berbahasa melayu loghat utara. So kurang la sikit jurang bahasa tu kan.
.
Perjalanan selama 1 jam 15 minit diteruskan ke Hatyai, melalui Dannok. Kami sampai di pejabat Alisan Golden Coach, Hatyai lebih kurang jam 7.00pagi (local time). Kami naik teksi THB1000 untuk 4 orang sehala ke Pak Bara Pier, agak mahal tapi disebabkan takut tertinggal speeboat kami redah je. Boleh tahan laju abang tu merempit. Sampai di Pak Bara lebih kurang 9.30pagi, kami terus ke Baanpun Travel, ejen feri yang Karlisa uruskan. Bayaran untuk SPEEDBOAT pier ke koh lipe ialah THB1000 pergi balik/seorang. Kami terlepas speedboat pertama ke Lipe, terpaksa naik speedboat pukul 11.00 pagi. Sementara tunggu feri, kami pergi brunch kat restoran berdekatan makan nasi kuning. Sedap, mcm nasi ayam tp lebih berempah.
.
Tepat pukul 11.00pagi kami board Bundhaya SpeedBoat ke Lipe, perjalanan makan masa 1 jam 30 minit. Bot ini berhenti di 2 pulau sebelum sampai ke Koh Lipe. 1st Stop Koh Tarutao National Marine Park, Kat sini kalau nak masuk kene bayar, kalau tak nak, lepak je kat jeti dalam 15 minit. 2nd stop Koh Khai, kat sini berhenti 15 minit juga. Koh Khai terkenal dengan Love Arch Stone dia ala-ala pintu gerbang gitu. Last stop barulah sampai ke Koh Lipe. Bot akan berhenti kat Jeti yang jaraknya lebih kurang 500 meter dari pantai, untuk preserve coral, bot besar tidak dibenarkan masuk sampai pantai, cuma sampai jeti sahaja. Sampai jeti kena bayar tol@ permit THB250 seorang dah termasuk 50 untuk longtail boat/seorang. Resit jangan dibuang, sebab permit ni lesen korang kalau nak ke pulau lain sekitar marine park. Takde resit tak boleh masuk nanti. Dari jeti kami naik LongTail boat ke Pattaya Beach. Kami stay di Baan Kasirin 2, terletak kat tengah2 Walking Street. Booking hotel dari AGODA.com dapat rate RM104/night. Kami ambil 2 bilik. Dari Pattaya beach kami naik teksi motor THB50 seorang ke sana. Sebenarnya boleh je jalan tapi disebabkan dah penat dan equipment berat, ditambah perut dah keluar lagu dangdut..hihihi
.
Lepas check in, kami rehat kejap, solat dan mandi. Keluar semula ke Walking Street dalam pukul 3.00ptg, terus cari kedai makan..lapar teruk ni. Kami makan di Restoran Mina, salah satu restoran makanan halal kat Lipe ni (di tengah Walking Street). Mesti cuba rasa Ayam Goreng Pulut, sedapppp Ayam goreng rangup yg dimakan dengan pulut. Harganya agak mahal RM80 sekali makan alas perut. Lepas makan kami jalan kaki ke Pattaya Beach survey kawasan sambil cari boat nak sewa. Sebenarnya diwalking street banyak ejen boat yang boleh disewa untuk ke island sekitar Lipe. Tetapi harganya sekitar THB2500 per bot sehari. Oleh kerana kami bukan nak ISLAND HOPPING, tapi nak mencari tempat untuk photoshoot, jadi kami perlukan boat sehari suntuk untuk melayan kami sahaja. Kami dapat deal sewa bot serendah THB1600 sehari dari tekong nama Prasit. Selesai bayar deposit, kami terus jalan ke Sunset Beach.
.
Hari pertama sampaikan, baca map pon tunggang terbalik, kami terikut jalan jauh yang boleh tahan mencabar! memaksa kami daki bukit, azab teruk lepas makan daki bukit curam hihihi. Sampai kat Sunset Beach pukul 5.30ptg. Sebab equipment semua tinggal kat resort, jadi kami guna apa yg ada je untuk record sunset timelapse. Hari pertama ni kami bertuah sebab dpt tengok sunset yang sangat cantik.. Masyaallah, indah ciptaan ilahi. Kami stay sampai gelap, nasib baik handphone skrg da ada torch light. Memang gelap, takde lampu jalan sepanjang perjalanan balik dari Sunset Beach ke Walking Street. Dalam 15 minit jalan kaki lalu kuil, kubur dan belukar (nasib baiklah yang dalam group kami ni takde DIVA hahaha, kuil, kubur, curam, belukar selamba je diredah). Actually boleh ambil teksi motor, tapi bagi kami macam membazir dan tak adventure. Aku sempat spray PARFUM sikit, baru lah tak keluar bau bangka time berpeluh sepanjang berjalan ni hahaha. Oh ya Koh Lipe terbahagi kepada 3 bahagian, PATTAYA BEACH, SUNSET BEACH DAN SUNRISE BEACH. Lagi satu kami nak pesan dipulau ini banyak anjing, tapi jangan risau anjing-anjing disini tidak liar dan tidak mengganggu sesiapa, cuma terlebih manja je hahaha..
.
Malam tu kami dinner kat Restoran Raklay, kedai makanan laut halal berdepan dengan Oasis Lipe Resort.
Not that cheap & not too expensive. Lepas makan, singgah beli air mineral 1 carton untuk trip esok ke private island. THB60 untuk 6 botol 1.5L. Balik ke hotel, discussion sekejap(sebab banyak sangat nyamuk) terus masuk tidur. Disini kena bangun awal kalau nak kejar Sunrise, waktu terbit matahari lebih kurang jam 5.30pagi waktu tempatan. Subuh jam 4.45pagi macam tu.
.
Pagi tu lepas solat kami terus berjalan menuju ke Sunrise Beach at 5.30am, lebih kurang 15-20 minit perjalanan dari walking street. Alhamdulillah, pagi hari tu cuaca cerah, dapat tengok Sunrise yang cantik. Dapat tengok susunan bot longtail yang teratur, berlatar belakangkan sang mentari pagi!
.
Jam 6.00pagi kami berjalan menuju ke Pattaya Beach sebab dah janji dengan tekong pukul 7.30pagi. Sebelum itu kami breakfast dulu kat Mah Noh Kitchen, satu lagi kedai makanan halal kat Lipe. Kedai ni recommended, harga murah & sedap! Service 5 bintang! Nasi Goreng ayam (big portion) baru THB40. Dari info yang kami sempat buat research..kalau nak makan murah, kena jalan kehujung kampung, kalau di sepanjang walking street harga boleh tahan mahal. Kat Mah Noh Kitchen ni boleh makan nasi goreng atau ayam goreng pulut, sedap & portion makanan dia besar!. Kami sempat bungkus untuk bawa masa island tour photoshoot.
.
7.30 pagi kami sampai kat Pattaya beach, Prasit dah sedia menanti. Kami naik bot dan trus ke lokasi pertama, Koh Kra. Jarak pulau ni lebih kurang 1km dari pantai, kecil je tapi bersih dan airnya yg jernih. Kat Koh Kra ni ada bukit yang boleh dipanjat dan nikmati view lautan yang jernih! Jelas nampak coral keliling pulau tu. Tapi hati-hati, lerengnya memang curam, kalau jatuh boleh cedera parah. Korang boleh berkayak atau berenang je ke Koh Kra kalau nak, sebab lokasi dia memang berhampiran dengan pantai. Kami habiskan separuh hari disana. Kami teruskan perjalanan jam 12.00 tengahari ke lokasi ke 2, Koh Adang. Disini ada 2 waterfall & tapak perkhemahan. Kami berhenti sekejap berhampiran pantai, airnya yang biru memukau mata kami untuk photoshoot kat atas bot. Lebih kurang 30 minit, Prasit bawa kami ke Mini Waterfall di sebelah belakang Koh Adang. Air terjunnya sangat bersih dan cantik walaupun kecil dan tersembunyi. Kami makan tengahari dengan bekalan nasi goreng dari Mah Kitchen, walaupun kelaparan jenuh jugak nak habiskan sebab portion dia besar. Niat nak bersantai di pesisir pantai Koh Adang terpaksa kami tangguh sebab bateri Drone dah flat. Kami minta Prasit hantar kami ke Pattaya Beach semula supaya dapat caj bateri drone sejam dua. Lebih kurang pukul 3.00 petang, kami keluar semula menuju Koh Adang dan bersantai dipantainya. Kat sini airnya lebih dalam berbanding Koh Kra. Kami stay untuk photoshoot drone & berendam sampai lewat senja. Kami pulang semula ke hotel dalam jam 7.30mlm.
.
Misi kami malam kedua nak cari restoran halal yang murah. Finally kami jumpa sebuah restoran halal, tapi sayang tak sempat catat namanya tapi harga yg murah dan sedap. Beli ikan besar seekor (kongsi 4 org) dapat free sayur, nasi & air termasuk lauk tambahan tak sampai THB800 (makan sampai tak boleh jalan). Ikan Siakap Sweet Sour pilihan perut yang kebuluran. Lokasi restoran ni berhadapan dengan Ricci House di penghujung walking street. Korang jumpa 7-Eleven, belok kiri, kedai dia no 3 sebelah kanan. Semua pelayan dia boleh berbahasa melayu loghat utara. Lepas makan, kami jalan cuci mata sambil cari souvenir di walking street. Jangan lupe amek gambar dengan AIWA, kire trademark Lipe jugak ni. Malam tu hujan lebat sampai awal pagi. Kami berkira-kira untuk ke Sunrise beach, sebab kebarangkalian nak tengok sunrise agak tipis. Oleh sebab kerja dah hampir selesai..kami pergi juga, dapat tengok sekejap je sebelum awan mendung datang lagi. Bila hujan mula menitik, kami terus ke Mah Noh Kitchen untuk breakfast. Hujan masih tak henti-henti lepas breakfast, so kami decide untuk balik berehat kat hotel je. Lebih kurang pukul 10.30 pagi hujan reda, kami teruskan aktiviti photoshoot d Walking Street & Pattaya Beach.
.
.
Hari terakhir itu kami habiskan untuk photoshoot tambahan extra gambar di sekitar WALKING STREET. Dari hujung sampai ke hujung mencari port view yang cantik. Bila penat kami berhenti minum air kelapa FRESH yang cuma THB50 sebiji. Sebab hari terakhir jadi kami gunakan setiap saat sebaik-baiknya, berehat balik ke hotel waktu nak maghrib dan sambung balik di sebelah malam. Habis sesi photoshoot malam, balik letak equipment dihotel dan pergi dinner dikedai semalam. Kami repeat dinner disini sebab harga & rasa yang amat berpatutan. Kali ni kami makan sampai buncit tak habis THB 700 untuk 4 orang. Menu biasa ikan siakap cili padi lori terbalik, sayur, ayam dan lauk tambahan lain. Paling penting SERVICE terbaik.
.
.
Ikutkan tak cukup je masa nak explore semua tempat kat sini, esok seawal pagi kami dah balik. Sebelum balik aku dengan Hana sempat pergi massage kaki yang lenguh ni. Rugi kalau datang kesini tak cuba MASSAGE. Tak mahal THB300 saja. Fullbody baru THB400. Lela dengan Z pegi sambung jalan kat walking street. Sambil tengah MASSAGE ni aku semacam je awek Thai tu jeling aku, lepas tu senyum sambil kenyit mata..oh patutlah aku pakai Radja Parfum... ;)

P/S: Full Drone video korang boleh tgk kat Youtube https://youtu.be/n9RDthlpseA

#KohLipe #Backpackerstrip
#DJIPhantom3 #CanonNikonBergabung
#GoProHero4 #SJ4000 #SJCam #D750
#TravellerPerfume #Perfumefortraveller #PocketHandyPerfume
#SuperWangiCrewMY














Selasa, 14 Februari 2017

Pas Sempadan Atau Border Pas Malaysia

Pas sempadan atau Border Pas Malaysia-Thailand bagi kegunaan penduduk tempatan ( negeri sempadan)  khususnya di Kelantan, Kedah, Perlis dan Perak (hanya di bahagian Hulu Perak) .
- Permastautin negeri sempadan dengan bukti alamat di My Kad.
– Kelahiran negeri sempadan tetapi telah mengubah alamat ke negeri selain negeri sempadan, boleh berbincang di Pejabat Imigresen berkaitan.
 - Anak anak yang ibubapa dari negeri bersempadan tetapi lahir diluar negeri sempadan dan alamat mykad bukan negeri sempadan , tidak layak.

Pas sempadan baharu ini meliputi perjalanan ke lima wilayah di selatan Thailand iaitu Satun, Songkhla, Yala, Narathiwat dan Pattani.
Contoh :
Satun
Bandar Satun
Tammalang
Pak Bara
Koh Lipe
Koh Bulone

Songkhla
Bandar Songkhla
Hatyai
Padang Besar ( Thai )
Sadao
Dannok

Atau rujuk google atau google map.

Permohonan pas sempadan masih sama menggunakan dua keping gambar berukuran 35 milimeter (mm) x 50 mm, dengan syarat mempunyai kad pengenalan (MyKad) sebagai warganegara Malaysia yang sah dan bukti menetap di negeri dinyatakan
Gambar berlatarbelakang berwarna putih. Bayaran RM10.00

Khamis, 9 Februari 2017

Jika Berlaku Kemalangan di Thailand,apa perlu lakukan

Jika Berlaku Kemalangan di Thailand,apa perlu lakukan ? Siapa yang perlu anda hubungi ? Persoalan ini sering di tanya oleh setiap pengembara terutama yang melibatkan kenderaan. Kali ini saya ingin berkongsi prosedur dan langkah langkah yang perlu di ambil jika melibatkan kematian.

Langkah langkah

1. Hubungi polis tempatan dan ambulan. Perkara ini sering dibantu oleh penduduk tempatan.

2. Konsulat Jeneral atau Kedutaan Malaysia.

Malaysian Embassy in Bangkok, Thailand

33-35 South Sathon Road
Thung Mahamek
Sathorn
Bangkok 10120
Thailand

TELEPHONE(+66) 2629 6800
FAX(+66) 2679 2208

EMAILmwbangkok@kln.gov.my
WEBSITEwww.kln.gov.my/web/tha_bangkok/

OFFICE HOURSMon-Thu: 08.00-12.00 and 13.00-16.00
Fri: 08.00-11.30 and 14.00-16.00

HEAD OF MISSIONDato' Nazirah binti Hussain, Ambassador


Consulate Jeneral
Address: NO. 4, Sukhum Road
Muang District
Songkhla Province
90000
Songkhla   Host Country:
 THAILAND   Telephone: +(6674)311062
+(6674)316274

Fax: +(6674)324004
Email: mwsongkhla@kln.gov.my

Work days: Monday - Friday Monday - Thursday: 8.15 am - 12.00 noon/1.00 - 4.15 pm; Friday: 8.15 am - 12.00 noon/2.00 - 4.15 pm
Public Holidays: Saturday and Sunday

Maklumkan tempat kejadian dan hospital yang berkaitan. Beri nombor handphone anda untuk dihubungi.

( ® Cikgu Joe )

3. Hubungi Tourist Assistance Center Thailand yang berhampiran.

List of Tourist Assistance Centers (TAC)

1. TAC Suvarnabhumi Airport Tel. 02 134 4077

2. TAC Donmueang Airport Tel. 083 131 2267

3. TAC Chiang Mai Province Tel. 081 796 7015

4. TAC Chiang Rai Province Tel. 053 150 192

5. TAC Ubon Ratchathani Province Tel. 045 311 228

6. TAC Sukhothai Province Tel. 055 610 222

7. TAC Kanchanaburi Province Tel. 034 520 355

8. TAC Chonburi Province Tel. 038 381 278

9. TAC Surathani Province Tel. 081 174 6873

10. TAC Phuket Province Tel. 076 327 100

11. TAC Songkhla Province Tel. 074 230 772



Bureau of Prevention and Assistance in Tourist Fraud

4 Ratchadamnoen Nok Road, Wat Sommanat, Pom Prap Sattru Phai, Bangkok 10100

Tel. 02 356 0650, 02 134 4077 Fax: 02 356 0655

Email: tsc@mots.go.th, touristser@gmail.com, touristcenter13@gmail.com

Maklumkan kejadian dan anda perlu bantuan. Tinggalkan nombor handphone anda untuk di hubungi. ( Mereka mahir berbahasa Inggeris )
Mereka boleh membantu dari segi permudah bicara bukan bantuan kewangan.
Contoh Bantuan
1. Menguruskan Kenderaan jenazah ke sempadan Malaysia
2. Mendaftar kematian
3. Menguruskan insuran
4. Mengiringi kenderaan jenazah ke sempadan.
Segala urusan berkaitan. Semua perkhidmatan adalah percuma kecuali kos sewa kenderaan jenazah, urusan terjemahan , kos hospital dan lain lain kos berkaitan.

NASIHAT !!!
Jangan guna ulat ulat atau orang tengah yang tidak dikenali.

Beli travel insuran.

Jangan tinggal mayat keseorangan di hospital. Waris atau rakan rakan yang terlibat dan berada di tempat kejadian perlu ada untuk melancarkan urusan mendapat Sijil Kematian.

Hubungi Rakan Rakan yang menetap di Thailand untuk memudahkan urusan komunikasi.

© Cikgu Joe ®
Satun Thailand
HP / Whatsapp +66629728939
FB: Karlisa Latisya








Selasa, 7 Februari 2017

Tourist Assistance Center Thailand

CJS SATUN406 Whatsapp +66887553209
CJS SATUN406 Whatsapp +66887553209

Tourist Assistance Center ( TAC ) has the following power and duties :
1.Provision of statistics on problem , complaints, legal issues, as well as other matters relating to tourists.
2. Analysis of problems and provision of comprehensive means to tourist and related agencies.
3. Proceed with the services in handling tourist's complaints, facillitating as well as providing safety measures to tourists and related agencies.
4. Coordinate with the public and private sectors , as well as foreign embassies and consulates in working out remedies for tourist's related problems both short and long term.
5. Calloborate with, as well as, support , other related or authorized agencies.

Aids : Aiding foriegn tourists travelling into Thailand and suffering loss or damage as a result from criminal acts, political rallies, other endangering through no negligence , intention or commission of legal offences on the part of such foreign tourist.

Aids in Case of
 - An occurrence of natural Disasters
 - An occurrence as a result of terrorism and riot
  - Being bodily assaulted
  - Being Raped
  - An occurrence of an Accident
  - Being in distress and being in a hard time

OFFICE
1. Hatyai International Airport
 open daily 8.30am - 8.30pm
Tel : 097-2483637

2. Odean Shopping Mall Odean
open daily 9.30am - 8.30pm
Tel : 074 - 230772 , 083 - 0018198

3. Songkhla Provincal Office Of Tourism and Sports
Open : Monday - Friday
8.30 am - 4.30 pm
Tel : 074-313195 , 086-4906720
Email: songkhlamots@hotmail.com
Web : www.mots.go.th/songkhla

List of Tourist Assistance Centers (TAC)

1. TAC Suvarnabhumi Airport Tel. 02 134 4077

2. TAC Donmueang Airport Tel. 083 131 2267

3. TAC Chiang Mai Province Tel. 081 796 7015

4. TAC Chiang Rai Province Tel. 053 150 192

5. TAC Ubon Ratchathani Province Tel. 045 311 228

6. TAC Sukhothai Province Tel. 055 610 222

7. TAC Kanchanaburi Province Tel. 034 520 355

8. TAC Chonburi Province Tel. 038 381 278

9. TAC Surathani Province Tel. 081 174 6873

10. TAC Phuket Province Tel. 076 327 100

11. TAC Songkhla Province Tel. 074 230 772



Bureau of Prevention and Assistance in Tourist Fraud

4 Ratchadamnoen Nok Road, Wat Sommanat, Pom Prap Sattru Phai, Bangkok 10100

Tel. 02 356 0650, 02 134 4077 Fax: 02 356 0655

Email: tsc@mots.go.th, touristser@gmail.com, touristcenter13@gmail.com


KEDUTAAN MALAYSIA

Malaysian Embassy in Bangkok, Thailand

33-35 South Sathon Road
Thung Mahamek
Sathorn
Bangkok 10120
Thailand
TELEPHONE(+66) 2629 6800
FAX(+66) 2679 2208
EMAILmwbangkok@kln.gov.my
WEBSITEwww.kln.gov.my/web/tha_bangkok/
OFFICE HOURSMon-Thu: 08.00-12.00 and 13.00-16.00
Fri: 08.00-11.30 and 14.00-16.00
HEAD OF MISSIONDato' Nazirah binti Hussain, Ambassador


Consulate Jeneral
Address: NO. 4, Sukhum Road
Muang District
Songkhla Province
90000
Songkhla   Host Country:
 THAILAND   Telephone: +(6674)311062
+(6674)316274

Fax: +(6674)324004
Email: mwsongkhla@kln.gov.my    GMT: + 7 hrs     Work days: Monday - Friday Monday - Thursday: 8.15 am - 12.00 noon/1.00 - 4.15 pm; Friday: 8.15 am - 12.00 noon/2.00 - 4.15 pm
Public Holidays: Saturday and Sunday

Cikgu Joe Satun
Whatsapp :+66887553209
FB: Cjs Karlisa Latisya
FB Group : Cikgu Joe Satun
CJS SATUN406 Whatsapp +66887553209
CJS SATUN406 Whatsapp +66887553209



Rabu, 1 Februari 2017

Koh Bulone Lay Bulone Don Bulone Pai

Koh Bulone, Pak Bara, Satun, Thailand terletak 18-20km dari jeti Pak Bara atau Jeti Pak Nam.
Dari Border Wang Kelian ke Jeti lebih kurang 76km sahaja.
Keindahan batu karang dan kejernihan air laut memukau setiap yang mengunjunginya.
Terdapat gugusan 4 pulau untuk dijelajahi.
Dari border Wang Kelian , anda memandu ke Chalung - Langu ke Pak Bara atau Pak Nam.
Kos ke sana
 Program 3H2M

1.Harga pakej THB10,000/sebuah bot/muatan tidak lebih daripada 10 penumpang ( dewasa dan kanak-kanak )
termasuk
Bot Panjang ( muatan 10 orang sahaja )
***Permit ( Job Order Travel Agent )
***Insuran
***Tour Guide
***Life Jacket
Makan Buffet
Snokel Gear

*** WAJIB

2. BERSEDIA THB200/orang untuk cukai Taman Negara jika diminta pengawal.

3. Penginapan bermula dari THB800 hingga THB1000 semalam.


. Sila hubungi Karlisa Travel WHATSAPP +66830948948

Panduan dan Prosedur Membawa Kenderaan Ke Thailand
https://satunsiam.blogspot.com/2013/07/prosedur-bawa-kereta-ke-thailand.html?m=1



Berenang Bersama sama sekumpulan anak anak ikan