Langkau ke kandungan utama

Nasib Bahasa Melayu Di Satun


Nasib Bahasa Melayu Di Satun

Wilayah Satun , sebelum tahun 1909 dikenali dengan nama Setul atau dalam dloghat Kedah disebut Setoi. Nama sejenis buah yang berwarna kuning dan isinya putih dan rasanya masam masam manis.. Setoi adalah sebahagian daripada wilayah jajahan negeri Kedah. Selepas Perjanjian Bangkok pada 1909 , Setoi telah diserahkan oleh British kepada Siam nama ketika itu.
Perjanjian Bangkok 1909 ketika itu menyaksikan dua bangsa membahagikan wilayah wilayah Melayu sesama mereka. Raja dan rakyat Melayu ketika itu hanya mampu memerhatikan sejarah yang memisahkan wilayah Melayu ke tangan Siam . Kini Setoi cuma disebut oleh penduduk yang masih lagi berbahasa melayu di Wilayah Satun. Bagi generasi muda, mereka tidak tahu lagi tentang Setoi atau Setul atau Satul.
Bila dibawah pemerintahan Siam, namanya berubah kepada Satun. Pada dasarnya, Satun ini adalah pelet atau sebutan dialet SIAM . Mereka menyebut Setun atau stun. Siamilasasi Wilayah Satun di bantu oleh Kuden atau Wan Baharuddin atau wakil Raja Kedah yang berpaling tadah kepada Raja Siam. Difahamkan Wan Baharuddin atau Kedun ini anak saudara kepada Wan Muhammad Saman , bendahara negeri Kedah.
Menurut cerita dari mulut ke mulut, Kuden mengantikan tempat wakil Raja Kedah , iaitu anak raja yang bernama Tengku Kudin. Tengku Kudin di panggil pulang untuk membantu Raja Selangor berperang. Oleh kerana sekian lama tidak pulang dan masih lagi medan perang, Tengku Kudin diistiharkan mangkat oleh bendahara dan bendahara mengantikan tempat beliau dengan anak saudaranya bernama Wan Baharuddin . Bila perkara ini diketahui oleh Tengku Kudin maka baginda membawa diri ke Pulau Pinang dan mangkat disana. Kini masih lagi tersergam rumah baginda di Jalan Penang Pulang Puning.
Bahasa Melayu
Kini cuma tinggal beberapa tempat yang masih lagi berbahasa melayu di Satun. Antaranya :-
1.       Kampung Cina atau Chalung dan kampung kampung disekitarnya
2.       Ban Khuan atau Kampung Guar dan kampung disekitarnya ( Kg Guar, Lubuk Pasir,Sg Mati,Kelubi )
3.       Sedikit di Bandar Satun
4.       Tammalang ( Tanjung Gabus,Puyu,Pulau Panjang )
5.       Chebilang ( Kalan Yin Tan )
6.       Tanyong Po
Jika anda berbual dengan penduduk berusia 60-an keatas , mereka masih lagi menggunakan loghat Kedah dan Perlis yang pekat dan tiada pelet Siam. Usia diantara 40-an hingga 50-an masih lagi ada dialet Kedah dan Perlis tapi lebih cenderung kepada pelet Siam. Bagi mereka yang berusia 20-an – 40-an telah 50% telah hilang keaslian bahasa Melayu loghat Kedah. Banyak perkataan bercampur dengan bahasa Siam. Bagi 20-an dan kebawah 70% keaslian Bahasa Melayu telah hilang. Banyak perkataan dalam bahasa Thai. Ada yang langsung tidak mahu berbahasa Melayu.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, sejak Asean Economic Commitee ( AEC ) diperkenalkan,maka bahasa Melayu mula diajar kembali di sekolah sekolah kerajaan di Satun tetapi dalam peruntukkan masa yang terhad dan guru yang “tangkap muat “ diambil untuk mengajar bahasa Melayu. Oleh itu bahasa Melayu diajar dalam bentuk hafalan perkataan bukan pemahaman. Oleh kerana ada juga guru yang tidak mahir berbahasa Melayu baku,sekadar Bahasa Melayu dialet utara agak sukar bagi mereka mengajar dan membandingkan perkataan dalam bahasa baku.
Dari 100% penduduk Wilayah Satun yang dulunya berbahasa Melayu dan berbangsa Melayu, kini cuma tinggal 10 – 20 peratus penduduk yang masih boleh berbahasa melayu. Generasi yang lahir di tahun 2000 dan seterusnya dalam kelompok ini mungkin tak sampai 10% yang berbahasa Melayu seawal usia mereka. Mungkin lagi 10 tahun Bahasa Melayu akan terus pupus di bumi Melayu Satun. Yang tinggal cuma Bangsa Melayu yang “Tanpa Jiwa”.
Selepas 10 tahun dan seterusnya, Bahasa Melayu akan lenyap terus dari bumi Satun jika tiada langkah diambil atau tidak diberi perhatian oleh Badan Bahasa atau NGO NGO Melayu atau aktivis bahasa Melayu . Ini semua kerana dasar pelajaran bagi negeri Thai itu sendiri mengutamakan Bahasa Thai sebagai bahasa pengantar.





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

BORANG TM6 TM2 DAN TM3 THAILAND

TM6 THAI Borang TM6 , Borang TM2 dan Borang TM3 ke Thailand. Borang apakah itu ? Ramai yang dok keliru dengan borang ini. 1. Borang TM6 atau white card . Ada dua keratan yang perlu diisi. - keratan Arrival Card dan Departure Card, kena isi dua dua. - Arrival Card disimpan oleh Imigresen Thai. - Departure Card disimpan bersama passport atau border pass. - Departure Card MESTI diserahkan sewaktu keluar dari Thai. Disertakan bersama Passport semasa stamping. - JIKA HILANG , sila lapor ke Pejabat Imigresen atau tahan telinga kena maki ( hahaha ) Oleh itu ambil gambar passport dan TM6 simpan didalam HP sebagai bukti jika hilang. Borang TM2 dan TM3 dicopy dari  https://www.riderchris.com/ 2. TM2 adalah borang maklumat kenderaan. - Borang ini boleh didapati di Pejabat Imigresen Thai. - Diisikan dan diserah kepada Pegawai Imigresen Thai untuk mendapat pengesahan semasa stamping passport. - Serahkan semasa pulang ke malaysia kepada Pegawai Imigresen Thai semasa stamping P

LOKASI MENARIK DI PAK BARA SATUN THAILAND

Lokasi Menarik di Pak Bara Satun Thailand untuk dilawati. Persiapan untuk masuk Thailand melalu Wang Prachan, Satun menggunakan Passport ( MAY 2022 ) a. Thai Pass link https://land.tp.consular.go.th / DIMANSUHKAN SEJAK JULY 2022 b. Covid Insuran  DIMANSUHKAN SEJAK JULY 2022 b. Covid Insuran c. Insuran kenderaan ( Por Ror Bor & Voluntary ) d. Geran kenderaan e. TM6 TM2 TM3 Untuk memudahkan urusan sila klik link berikut https://wa.me/60196664087 ( Malaysia ) https://wa.me/6598505125 ( Singapura ) Border Pass  ( MAY 2022 ) a. Tempuh melawat 3h2m ( Tempuh 30 hari sejak July 2022 ) b. Tiada Thai Pass dan Insuran Covid  DIMANSUHKAN SEJAK JULY 2022 b. Covid Insuran c. Insuran kenderaan ( Por Ror Bor & Voluntary ) d. Geran kenderaan e. TM6 TM2 TM3 INSURAN KENDERAAN https://wa.me/60196664087 ( Malaysia ) https://wa.me/6598505125 ( Singapura ) 1. Wang Kelian Immigration, Customs, Quarantine and Security (ICQS) Complex +60 9-945 6328 https://maps.app.goo.gl/ayF7

Apa Ada Di Pak Bara Satun Thailand

Apa Ada Di Pak Bara Satun Thailand ? Macam mana nak pi kePak Bara ? Ini soalan lazim yang sering ditanya oleh pembaca. Mai aku nak cerita kat hangpa. Anda WAJIB lalu dan singgah di  CJS SATUN 406 Kedai milik Akitivis Bahasa Melayu Satun. Dikenali kalangan bikers dan rider Malaysia Singapura dan Asean. Kerana Banyak membantu mereka yang ditimpa musibah tanpa sebarang bayaran. CJS SATUN 406 1. Pos Imigresen Wang Kelian. Hangpa klik pautan ini.  Wang Kelian Ke Pak Bara 2. Pak Bara View, mercu tanda Pak Bara berlatarkan Ikan Maling dan Laut Andaman. Tempat santai seisi keluarga. Bermula jam 3.00 pm ada gerai menjual makanan. Pasar Malam pula setiap Sabtu dan Ahad adalah kemuncak pasar malam. Pautan Maps :  Pak Bara View Point Pak Bara View Point 3. Makanan Laut dan Makanan Thai yang ori. Dah enam tahun di Pak Bara dan sekitar Satun. Kedai terbaik Nava Seafood. Alasannya 100% HALAL . Arak tidak dibenarkan masuk ke Kedainya. Berbeza dengan kedai-kedai lain.TAPI ikut su