Melawat Satun Banner

Bahasa Thai Siri 5

Selamat kembali ke siri panduan bahasa! Dalam Bahasa Thai Siri 5 ini, kita akan membincangkan asas yang paling penting dalam komunikasi harian iaitu Kata Ganti Nama (Tentang Diri) dan juga istilah berkaitan Hubungan Kekeluargaan serta Jantina. Seperti siri sebelum ini, kadangkala ejaan standard (transliterasi) dan sebutan lisan masyarakat setempat (dialek) mempunyai sedikit perbezaan. Namun jangan risau, jadual di bawah menyediakan rujukan sebutan terdekat yang mudah difahami oleh penduduk tempatan di Thailand.

Siri Belajar Bahasa Thai


1. Kata Ganti Nama & Tentang Diri
Bahasa Melayu Bahasa Thai/Siam Biasa Didengar & Ucap
Aku / Saya Lelaki Phom Pum
Saya Chan -
Saya Perempuan Chun -
Dia Mun / Khao -
Awak / Kamu Thur / Khun -
Kamu Thur -
Mereka Khao Thang Lai -
Kita Rao -
2. Jantina, Hubungan Keluarga & Saudara
Bahasa Melayu Bahasa Thai/Siam Biasa Didengar & Ucap
Lelaki Pu chai -
Wanita / Perempuan Pu ying -
Abang Pee chai -
Adik Lelaki Nong chai -
Adik Perempuan Nong ying Nong ying
Kakak Pee ying -
Ibu Mae Me (sebut 'me' seperti Meja)
Bapa Por -
Pakcik / Makcik Na -
Saudara Yart -
Suami Sar me / Pua Sa mi
Isteri Phanraya -
Anak Perempuan Loog sarw Look saw
Anak Lelaki Loog chai Look chai
Anak Loog Look

Kunci utama untuk mahir berbahasa Thai adalah dengan kerap mempraktikkannya semasa berbual, terutamanya ketika membeli-belah atau berurusan dengan masyarakat tempatan. InsyaAllah, jika ada kelapangan dan permintaan, siri panduan seterusnya akan menyusul di blog www.satunsiam.com ini.

Melancong ke Thailand? Biar Kami Bantu Anda!

Urusan Pengangkutan ( Van & Bas ), Tempahan Hotel Pak Bara Koh Lipe Hatyai Krabi Phuket & Tiket Feri Ke Koh Lipe), atau rancangan percutian korporat dan keluarga ke Satun, Hat Yai, atau Krabi kini lebih mudah bersama Karlisa Travel. Kami sedia membantu!

💬 WhatsApp Kami Segera KARLISA TRAVEL: +66830948948
PERTANYAAN
Cikgu Joe Satun
Cikgu Joe Satun Cikgu Joe Satun merupakan seorang guru sukarela, aktivis masyarakat dan pengusaha pelancongan yang telah menetap di Pak Bara, Satun, Thailand selama lebih 15 tahun. Beliau dikenali sebagai individu yang aktif membantu rakyat Malaysia yang menghadapi kesulitan di Thailand, khususnya di sekitar Satun. Selain itu, beliau komited dalam bidang pendidikan dengan mengajar Fardu Ain dalam Bahasa Melayu secara percuma kepada komuniti setempat, sebagai usaha memartabatkan bahasa dan memperkukuh kefahaman agama. Cikgu Joe juga merupakan pemilik Karlisa Travel, sebuah agensi pelancongan yang menyediakan perkhidmatan mesra pelancong Malaysia dengan penekanan kepada keselamatan, pengalaman tempatan dan keperluan sebenar pelanggan. Dengan gabungan pengalaman, kepakaran dan semangat kebajikan, Cikgu Joe Satun terus memainkan peranan sebagai penghubung antara komuniti Malaysia dan Thailand.

Post a Comment for "Bahasa Thai Siri 5"

WhatsApp Karlisa Travel