Langkau ke kandungan utama

ARTIS : FIZO OMAR RAMBANG MATA DI THALAND


BUMI Thailand bukannya sesuatu yang asing buat Fizo Omar. Hakikatnya, orang tua Fizo sendiri berdarah kacukan Siam-Melayu dan dia sudah beberapa kali menjejakkan kaki ke tanah jajahan Raja Bhumibol Adulyadej itu.
Apa yang menarik, bulan lalu Fizo dan beberapa rakannya berjaya melakukan satu ekspedisi motosikal berkuasa besar sejauh 2,000 kilometer dari Kuala Lumpur sehingga ke Phuket. Ia memang satu pengalaman yang hebat dan cukup mencabar.
Pulang ke Malaysia, Fizo, 27, sempat berehat dan menyambung semula tugas penggambaran seperti biasa.

Namun dengan tidak disangka-sangka dia mendapat undangan lagi ke Thailand dan kali ini menuju ke kota Bangkok pula. Undangan ‘kejutan’ itu datang daripada syarikat penerbangan tambah murah terkenal di dunia, AirAsia yang mahu menaja percutiannya ke sana.

Bagai orang mengantuk disorong bantal, Fizo enggan melepaskan peluang hebat itu. Apatah lagi dia sudah lama tidak ke Bangkok dan menyedari percutian itu bertaraf lima bintang, inilah masa terbaik untuk melepas penat lelah bersama rakan-rakan media.

Pada masa yang sama juga, rombongan AirAsia yang diketuai Edd Razhe iaitu Pembantu Khas Kepada Pengerusi AirAsia Berhad (Datuk Aziz Bakar) serta Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Berhad (Datuk Kamarudin Meranun) ingin memperkenalkan lokasi hentian pesawat mereka yang kini bertumpu di Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang dan bukan lagi Lapangan Terbang Suvarnabhumi.

Edd juga adalah hos program kembara Traverlog AirAsia yang pernah bersiaran di kaca TV3, tidak lama dulu.

Akui Fizo, dia sangat gembira kerana selama empat hari di Bangkok, dia diberi peluang untuk menginap di Hotel Sofitel So yang terletak di Sathorn Road, Bangkrap, Bangkok yang menjadi salah sebuah tercantik dan eksklusif di dunia.



Asasnya, hotel yang mendapat sentuhan pereka fesyen dan dalaman tempatan dan juga dari Perancis itu menonjolkan reka bentuk berdasarkan lima elemen penting dalam kehidupan manusia iaitu tanah, air, api, kayu dan besi.
PAKAIAN DALAM WANITA SANGAT MURAH DI THAILAND
ANTARANYA : BAJU TIDOR ,BRA DAN SELUAR DALAM
SEKIRANYA ANDA BERMINAT INGIN MEMBELI UNTUK DI HADIAHKAN PADA YANG TERSAYANG,HUBUNGI KAMI.KAMI BOLEH MEMBANTU ANDA.EMELKAN KE karlisahalim@gmail.com dan tinggalkan pesanan "semak emel" di MSG BOX.



Ia memiliki 238 bilik mewah lengkap selain mempunyai pusat spa eksklusif bergelar So Spa, antara yang terbaik di Asia, untuk tetamu memanjakan diri.
Inilah keistimewaan yang sempat dirasai Fizo sepanjang bersantai di Bangkok.

“Hebat, memang hebat! Sepanjang hidup saya, saya tidak pernah menginap di hotel semewah ini dan ia satu pengalaman yang cukup indah. Saya ingin ucapkan terima kasih kepada Datuk Aziz Bakar dan Abang Edd (Edd Razhe) yang sudi mengundang saya ke sini. Saya dan Abang Edd sudah lama kenal iaitu sejak saya menyertai pertandingan Hero Remaja lagi bersama Kamal Adli.

“Ikut perancangan, Kamal sepatutnya datang bersama kami tapi saat-saat akhir dia ada ‘shooting’ pula, hai, ruginya...” Sebenarnya sudah hampir 10 tahun saya tidak ke Bangkok. Kali terakhir saya ke sini adalah ketika menonton pertandingan bola sepak antara pasukan Real Madrid dan Thailand,” kata Fizo yang akui gadis Thai memang cantik-cantik dan sangat lemah lembut apabila berbicara.

Sepanjang berada di Bangkok, Fizo sempat banyak membeli-belah di pelbagai lokasi yang popular di kalangan pelancong seperti Platinum Mall, Terminal 21, MBK, Asiantique, Centralworld serta kawasan komersial di sekitar Sukhumvit dan Silom.

Kalau perut terasa lapar pula, dia tidak berdepan masalah untuk mendapatkan juadah halal kerana ia ada dijual di pelbagai pusat beli-belah dan restoran termasuk Restoran Cili Padi di Silom yang diusahakan anak Malaysia, Fahmi Sabri.

Paling seronok, Fizo dapat membeli berpuluh-puluh pasang baju yang cantik-cantik dengan harga berpatutan untuk digunakannya sendiri dalam penggambaran filem mahupun drama di Malaysia.

“Memang rambang mata, makin dibeli, makin ada lagi yang cantik-cantik! Adoi, tak terasa duit kita keluar dari dompet dan saku. Namun saya tak peduli sebab saya boleh gunakan semua baju-baju dan seluar ini untuk foto sesi dan penggambaran,” katanya yang terpaksa membeli beg tambahan untuk mengisi segala barangan yang diborong.

Ujar Fizo juga, dia melihat banyak sekali peluang perniagaan yang boleh diceburi apabila ke Thailand.

“Saya memang suka berniaga dan saya lihat di Bangkok ada peluang perniagaan pakaian, aksesori dan juga makanan halal. Ketika ini pun saya masih membantu belia-belia Malaysia berniaga burger di Lembah Klang yang kebanyakannya bertumpu di depan francais KK Mart.

“Kalau boleh saya mahu kembangkan bisnes burger saya pula ke Bangkok atau apa-apa juga juadah kita yang lazat,” kata Ikon belia Putrajaya ini dengan penuh teruja.

Kembali semula ke Malaysia, Fizo semakin sibuk dengan tugas rutinnya sebagai pelakon dan akan terbabit dengan pementasan Muzikal Ali Baba bersama Pak Nil yang akan dipentaskan tidak lama lagi di Istana Budaya (IB), Kuala Lumpur.
<a href="mailto:karlisahalim@gmail.com">email me</a>

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

BORANG TM6 TM2 DAN TM3 THAILAND

TM6 THAI Borang TM6 , Borang TM2 dan Borang TM3 ke Thailand. Borang apakah itu ? Ramai yang dok keliru dengan borang ini. 1. Borang TM6 atau white card . Ada dua keratan yang perlu diisi. - keratan Arrival Card dan Departure Card, kena isi dua dua. - Arrival Card disimpan oleh Imigresen Thai. - Departure Card disimpan bersama passport atau border pass. - Departure Card MESTI diserahkan sewaktu keluar dari Thai. Disertakan bersama Passport semasa stamping. - JIKA HILANG , sila lapor ke Pejabat Imigresen atau tahan telinga kena maki ( hahaha ) Oleh itu ambil gambar passport dan TM6 simpan didalam HP sebagai bukti jika hilang. Borang TM2 dan TM3 dicopy dari  https://www.riderchris.com/ 2. TM2 adalah borang maklumat kenderaan. - Borang ini boleh didapati di Pejabat Imigresen Thai. - Diisikan dan diserah kepada Pegawai Imigresen Thai untuk mendapat pengesahan semasa stamping passport. - Serahkan semasa pulang ke malaysia kepada Pegawai Imigresen Thai semasa stamping P

LOKASI MENARIK DI PAK BARA SATUN THAILAND

Lokasi Menarik di Pak Bara Satun Thailand untuk dilawati. Persiapan untuk masuk Thailand melalu Wang Prachan, Satun menggunakan Passport ( MAY 2022 ) a. Thai Pass link https://land.tp.consular.go.th / DIMANSUHKAN SEJAK JULY 2022 b. Covid Insuran  DIMANSUHKAN SEJAK JULY 2022 b. Covid Insuran c. Insuran kenderaan ( Por Ror Bor & Voluntary ) d. Geran kenderaan e. TM6 TM2 TM3 Untuk memudahkan urusan sila klik link berikut https://wa.me/60196664087 ( Malaysia ) https://wa.me/6598505125 ( Singapura ) Border Pass  ( MAY 2022 ) a. Tempuh melawat 3h2m ( Tempuh 30 hari sejak July 2022 ) b. Tiada Thai Pass dan Insuran Covid  DIMANSUHKAN SEJAK JULY 2022 b. Covid Insuran c. Insuran kenderaan ( Por Ror Bor & Voluntary ) d. Geran kenderaan e. TM6 TM2 TM3 INSURAN KENDERAAN https://wa.me/60196664087 ( Malaysia ) https://wa.me/6598505125 ( Singapura ) 1. Wang Kelian Immigration, Customs, Quarantine and Security (ICQS) Complex +60 9-945 6328 https://maps.app.goo.gl/ayF7

Apa Ada Di Pak Bara Satun Thailand

Apa Ada Di Pak Bara Satun Thailand ? Macam mana nak pi kePak Bara ? Ini soalan lazim yang sering ditanya oleh pembaca. Mai aku nak cerita kat hangpa. Anda WAJIB lalu dan singgah di  CJS SATUN 406 Kedai milik Akitivis Bahasa Melayu Satun. Dikenali kalangan bikers dan rider Malaysia Singapura dan Asean. Kerana Banyak membantu mereka yang ditimpa musibah tanpa sebarang bayaran. CJS SATUN 406 1. Pos Imigresen Wang Kelian. Hangpa klik pautan ini.  Wang Kelian Ke Pak Bara 2. Pak Bara View, mercu tanda Pak Bara berlatarkan Ikan Maling dan Laut Andaman. Tempat santai seisi keluarga. Bermula jam 3.00 pm ada gerai menjual makanan. Pasar Malam pula setiap Sabtu dan Ahad adalah kemuncak pasar malam. Pautan Maps :  Pak Bara View Point Pak Bara View Point 3. Makanan Laut dan Makanan Thai yang ori. Dah enam tahun di Pak Bara dan sekitar Satun. Kedai terbaik Nava Seafood. Alasannya 100% HALAL . Arak tidak dibenarkan masuk ke Kedainya. Berbeza dengan kedai-kedai lain.TAPI ikut su