Dr. Hamdan temui Gabenor Satun PDF Print E-mail Hear this article Oleh: SITI ZALEHA ABDUL RAHIM SATUN, THAILAND – Pada pertengahan tahun lalu, delegasi kerajaan Wilayah Satun di Thailand telah mengadakan kunjungan hormat ke Wisma Darul Aman, sebagai kunjungan balas, wakil kerajaan negeri Kedah yang diketuai oleh Exco, YB. Dr Hamdan Mohamed Khalib pula telah menemui Gabenor Wilayah Satun, Dr Sumeth Chailertvanitkul di Dewan Kerajaan Wilayah Satun di Daerah Muang, di sini. Kunjungan hormat itu adalah bersempena dengan penyertaan Kedah dalam Festival Layang-layang Antarabangsa Satun 2010 yang berlangsung di sini. Hubungan dua hala yang terjalin antara negeri Kedah dan Wilayah Satun di Thailand telah melibatkan kepentingan, kerjasama dan penyertaan dalam pelbagai bidang antara kedua pihak. Justeru, dalam kepadatan jadual harian, setelah dimaklum mengenai kedatangan rombongan dari Kedah, Dr Sumeth segera meluangkan masa untuk menyambut kunjungan tersebut. Pada pertemuan tersebut, Dr Sumeth begitu teruja menerangkan komitmen Satun berhubung rancangan bersama Thailand – Malaysia untuk membina Lebuhraya Satun – Perlis termasuk melibatkan pembinaan sebuah terowong sepanjang dua kilometer di sempadan kedua-dua negara. Ujarnya, pembinaan terowong dianggarkan berharga RM200 juta itu akan dibiayai bersama kedua negara di mana dengan terbinanya lebuh raya itu nanti akan menjimatkan masa lebih satu jam berbanding laluan sedia ada. Malah pembinaan itu katanya, akan merancakkan lagi perkembangan Wilayah Satun kerana akan menjadi laluan pantas dari Hatyai untuk ke Malaysia. Beliau turut berbangga memaklumkan mengenai majoriti penduduk Muslim di wilayah itu selain masih ramai di kalangan mereka yang bertutur dalam Bahasa Melayu. Sementara itu, YB. Dr Hamdan dalam ucapan balasnya melahirkan harapan agar hubungan kedua pihak kekal dipererat dan diperluaskan termasuk portfolio yang dipegang beliau seperti sukan, kebuadayaan kesenian dan warisan. Pada kunjungan tersebut, rombongan Kedah turut menghulurkan sumbangan peribadi masing-masing bagi tujuan pembinaan terowong Lebuhraya Satun – Perlis itu. Terdahulu, rombongan diraikan Timbalan Gabenor Satun, Chusak Maneechayangkoon dalam majlis makan malam di tepi pantai Ban Pak Bara, di sini pada malam sebelumnya. Dalam pertemuan itu, rombongan berkesempatan mendapat penerangan dari Chusak mengenai pentadbiran kerajaan dan sistem politik yang diamalkan di negara itu. Sepanjang di Satun, rombongan Kedah telah mendapat layanan penuh dari Timbalan Ketua Eksekutif Pertubuhan Pentadbiran Kerajaan Wilayah Satun, Rosee Baikadem. ",2010-03-16 11:31:08.290000000 CLICK TO EMAIL

Ulasan