Melawat Satun Banner

PAKEJ 3H2M DARATAN (SIGHSEEING TOUR)

 Pakej 3 Hari 2 Malam SIGHSEEING TOUR atau Lawatan Daratan disekitar Wilayah Krabi. Berikut adalah "contoh" iternarary atau program percutian 3H2M bersama Karlisa Travel. Pakej 10 pelancong menaiki Van dari mana-mana sempadan terpilih saja.

Krabi-Sighseeing-Pakel-3H2M


HARI 1: Perjalanan Masuk & Laluan Pantai Barat

• Pagi: Cop pasport di sempadan. Sarapan pagi di pekan sempadan (Dannok/Padang Besar Siam) – layan nasi kerabu atau roti canai siam.

• Tengah Hari: Makan tengah hari di restoran Halal sepanjang Route 41 (Kawasan Phatthalung).

• Petang: Singgah bergambar di Trang Andaman Gateway dan memandu terus ke Krabi. Namun jika anda ingin singgah dimana-mana, sekadar berbincang dengan pemandu van anda. 

• Malam: Tiba di Ao Nang, daftar masuk hotel. Makan malam Halal di sekitar Ao Nang & Free and Easy.

HARI 2: Khazanah Alam Daratan & Sunset Khao Thong

• Pagi: Teroka keindahan Emerald Pool & Blue Pool, kemudian relaks merendam badan di Klong Thom Hot Springs.

• Tengah Hari: Makan tengah hari Halal di laluan ke Khao Thong.

• Petang: Naik ke puncak bukit Khao Thong View Point (Khao Thong Hill). Layan kopi sambil menyaksikan golden hour/sunset yang memukau.

• Malam: Makan malam di Krabi Town dan shopping borong cenderamata di Krabi Town Walking Street (Pasar Malam Hujung Minggu).

HARI 3: Lubuk Shopping & Taj Mahal Selatan Thailand

• Pagi: Daftar keluar hotel. Singgah memburu barangan sukan/pakaian berjenama di Outlet Village Krabi.

• Petang: Singgah solat dan bergambar di Masjid Tengah Songkhla (Taj Mahal Thailand).

• Malam: Jika masa mengizinkan, singgah last-minute shopping di Asean Night Bazaar (Hat Yai) sebelum terus bergerak pulang ke pintu sempadan Malaysia.

Krabi-Night-Market

Baca Pakej Terkini 👇

  1. www.satunsiam.com/2026/05/krabi-lautan-island-hopping.html
  2. www.satunsiam.com/2026/05/pakej-3h2m-lautan-island-hopping.html
  3. www.satunsiam.com/2026/05/krabi-lawatan-daratan-sighseeing-tour.html

Karlisa Travel sedia membantu percutian anda  WhatsApp +66830948948




PERTANYAAN
Cikgu Joe Satun
Cikgu Joe Satun Cikgu Joe Satun merupakan seorang guru sukarela, aktivis masyarakat dan pengusaha pelancongan yang telah menetap di Pak Bara, Satun, Thailand selama lebih 15 tahun. Beliau dikenali sebagai individu yang aktif membantu rakyat Malaysia yang menghadapi kesulitan di Thailand, khususnya di sekitar Satun. Selain itu, beliau komited dalam bidang pendidikan dengan mengajar Fardu Ain dalam Bahasa Melayu secara percuma kepada komuniti setempat, sebagai usaha memartabatkan bahasa dan memperkukuh kefahaman agama. Cikgu Joe juga merupakan pemilik Karlisa Travel, sebuah agensi pelancongan yang menyediakan perkhidmatan mesra pelancong Malaysia dengan penekanan kepada keselamatan, pengalaman tempatan dan keperluan sebenar pelanggan. Dengan gabungan pengalaman, kepakaran dan semangat kebajikan, Cikgu Joe Satun terus memainkan peranan sebagai penghubung antara komuniti Malaysia dan Thailand.

Post a Comment for "PAKEJ 3H2M DARATAN (SIGHSEEING TOUR)"