Melawat Satun Banner

Apa Ada Di Pak Bara Satun Thailand

Apa Ada Di Pak Bara, Satun, Thailand? Ini Cara Ke Pak Bara & Panduan Lengkap Jelajah Satun!

Apa ada di Pak Bara, Satun, Thailand? Macam mana nak pi ke Pak Bara? Ini antara soalan lazim yang sering ditanya oleh pembaca dan pelancong dari Malaysia. Mai rapat, aku nak cerita kat hangpa panduan lengkap tempat menarik di Pak Bara serta route terbaik untuk jelajah Satun dalam masa sehari.


Hentian Pertama: Kedai CJS SATUN 406

Sebelum hangpa mulakan perjalanan ke tempat lain, anda WAJIB lalu dan singgah di kedai CJS SATUN 406. Kedai ini milik Aktivis Bahasa Melayu Satun yang sangat dikenali dalam kalangan bikers dan riders dari Malaysia, Singapura, dan ASEAN kerana banyak membantu mereka yang ditimpa musibah atau kecemasan tanpa sebarang bayaran.

CJS SATUN 406 - Pusat Hentian Bikers Pak Bara
CJS SATUN 406 - Tempat Berkumpul Riders & Bikers

14 Tempat Menarik & Panduan Laluan di Pak Bara, Satun

1. Laluan Dari Pos Imigresen Wang Kelian

Bagi yang masuk melalui pintu sempadan Perlis, hangpa boleh klik pautan peta ini untuk panduan laluan terus: Panduan Navigasi Wang Kelian Ke Pak Bara.

2. Pak Bara View Point

Mercu tanda ikonik Pak Bara yang berlatarkan replika Ikan Maling dan keindahan Laut Andaman. Tempat paling santai untuk seisi keluarga. Gerai makanan mula dibuka jam 3:00 petang, manakala kemuncak kemeriahan adalah pada setiap malam Sabtu dan Ahad dengan adanya pasar malam.
📌 Pautan Google Maps: Pak Bara View Point

Pak Bara View Point Satun Thailand
Suasana Santai Petang di Pak Bara View Point

3. Nava Seafood - Kedai Makanan Laut Thai Original & 100% Halal

Mencari makanan laut segar dan hidangan masakan Thai yang asli? Sepanjang pengalaman di sini, Nava Seafood adalah pilihan terbaik. Kedai ini 100% HALAL dan minuman keras/arak sama sekali tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam restoran, menjadikannya sangat mesra Muslim berbanding kedai-kedai lain.

Kemudahan yang disediakan termasuk ruang solat yang selesa dan ruang menyusu anak kecil, malah kedudukannya betul-betul di hadapan masjid. Kedai ini dimiliki oleh sahabat kita bernama Hamka.
📌 Pautan Google Maps: Nava Seafood Pak Bara

Nava Seafood Restaurant Halal Pak Bara
Makan Makanan Laut Halal di Nava Seafood

4. Tempat Penginapan Terbaik di Pak Bara

Dah sampai takkan tak bermalam kan? Hangpa boleh baca senarai hotel, resort, dan homestay bajet yang disyorkan di sini: Panduan Hotel dan Resort di Pak Bara Satun.

5. Gua Urai Thong (Urai Thong Cave), La-ngu

Satu lagi destinasi pelancongan eko yang menarik untuk diterokai. Baca ulasan penuh mengenai keunikan gua purba ini di: Artikel Penuh Gua Urai Thong.

Gua Urai Thong Cave Satun
Keindahan Semulajadi Urai Thong Cave

6. Pantai Rawai (Rawai Beach), Thung Wa

Pantai yang mendamaikan dan terletak dalam daerah Thung Wa. Sesuai untuk bergambar atau bersantai menikmati angin laut.
📌 Pautan Lokasi: Rawai Beach Satun

Pantai Rawai Beach Thung Wa Satun
Pemandangan Pesisir Pantai Rawai Satun

7. Khao Thanan - Ladang Bunga Matahari Satun

Bagi pencinta ootd dan fotografi, hangpa boleh melawat kawasan bukit batu kapur Khao Thanan yang terkenal dengan musim bunga matahari yang cantik. Maklumat lanjut baca di: Tips Melihat Bunga Matahari Di Satun.

Ladang Bunga Matahari Khao Tanam Satun
Tarikan Musim Bunga Matahari di Khao Thanan

8. Air Terjun Wang Saithong (Wang Sai Thong Waterfall)

Air terjun batu kapur pelbagai tingkat yang sangat unik dan jernih terletak di daerah La-ngu. Sesuai untuk mandi-manda dan aktiviti santai keluarga. Info lanjut boleh klik di sini: Panduan Air Terjun Wang Saithong.

Air Terjun Wang Saithong Waterfall Satun
Wang Saithong Waterfall | Info Tambahan KLIK SINI

9. Gua Phu Pha Phet (Diamond Cave)

Gua terbesar di Thailand dan antara yang terbesar di dunia. Formasi stalaktit dan stalagmitnya berkilauan bak berlian. Rugi kalau tak singgah! Baca ulasan penuh: Eksplorasi Phu Pha Phet Cave.
📌 Pautan Navigasi: Lokasi Phu Pha Phet Cave


10. Route Sehari Jelajah Pak Bara & Satun (By Cikgu Joe Satun)

Hangpa tak payah pening kepala nak rancang jalan. Boleh ikut pelan navigasi siap sedia (Shared Route) yang aku dah sediakan ini. Perjalanan mengambil masa sekitar 3 jam 22 minit (Jarak: 160 km) menerusi Route 4052.

🔗 KLIK DI SINI UNTUK AKSES MAPS ROUTE JELAJAH

Ringkasan Turutan Navigasi Jalan:

  1. Mula dari CJS SATUN 406 menghala ke Timur Laut di Route 4052.
  2. Ikuti arahan belokan untuk tiba ke lokasi pertama: Urai Thong Cave.
  3. Seterusnya, bergerak menghala ke laluan Route 3002 dan สต.3018 untuk ke Rawai Beach.
  4. Dari pantai, pandu ke arah utara menuju ke kawasan bersejarah Khao Thanan (เขาทะนาน).
  5. Teruskan laluan ke Thung Wa Ancient Elephant Museum untuk melihat khazanah fosil purba.
  6. Seterusnya, ambil laluan Route 3007 untuk menikmati kesegaran di Wang Sai Thong Waterfall.
  7. Selesai mandi, teruskan perjalanan ke destinasi gua ikonik Phu Pha Phet Cave (mengikuti laluan สต.5008).
  8. Akhir sekali, patah balik menghala ke Jalan Langu - Satun, belok ke Route 4052 (selepas Bangkok Bank) untuk kembali ke CJS SATUN 406.

11. Khidmat Urut Tradisional di Satun

Dah penat memandu atau menunggang motor seharian, badan mesti lenguh-lenguh. Jom pi rehatkan diri dengan khidmat urutan tradisional terbaik di sini: Info Rumah Urut & Masat di Satun.

12. Aktiviti Berkayak di Koh Khao Yai (Prasat Hin Pan Yot)

Sebelum bertolak balik ke Malaysia keesokan harinya, pastikan hangpa cuba aktiviti berkayak meredah keunikan batuan seakan istana purba di lautan: Panduan Berkayak di Koh Khao Yai.

13. Aktiviti White Water Rafting (Berkayak Sungai)

Bagi yang sukakan aktiviti ekstrem dan cabaran arus deras sungai, boleh cuba aktiviti berkayak sungai bersama team profesional di Abang Water Rafting.


14. Hubungi Kami & Tempahan Pakej Pelancongan Satun

Untuk sebarang pertanyaan mengenai pakej pelancongan, penginapan, sewaan kenderaan, atau khidmat pemandu pelancong berlesen di Satun, hangpa boleh terus hubungi kami di pautan rasmi ini: Halaman Hubungi SatunSiam.

Urusan Tempahan & Pertanyaan Agensi Karlisa Travel:

WhatsApp: +66 830 948 948

Hubungi Kami Via WhatsApp Sekarang

PERTANYAAN
Cikgu Joe Satun
Cikgu Joe Satun Cikgu Joe Satun merupakan seorang guru sukarela, aktivis masyarakat dan pengusaha pelancongan yang telah menetap di Pak Bara, Satun, Thailand selama lebih 15 tahun. Beliau dikenali sebagai individu yang aktif membantu rakyat Malaysia yang menghadapi kesulitan di Thailand, khususnya di sekitar Satun. Selain itu, beliau komited dalam bidang pendidikan dengan mengajar Fardu Ain dalam Bahasa Melayu secara percuma kepada komuniti setempat, sebagai usaha memartabatkan bahasa dan memperkukuh kefahaman agama. Cikgu Joe juga merupakan pemilik Karlisa Travel, sebuah agensi pelancongan yang menyediakan perkhidmatan mesra pelancong Malaysia dengan penekanan kepada keselamatan, pengalaman tempatan dan keperluan sebenar pelanggan. Dengan gabungan pengalaman, kepakaran dan semangat kebajikan, Cikgu Joe Satun terus memainkan peranan sebagai penghubung antara komuniti Malaysia dan Thailand.

2 comments for "Apa Ada Di Pak Bara Satun Thailand "

Cikgu Joe Satun September 25, 2018 at 11:30 PM Delete Comment
Apa ada di Pak Bara
cikgu joe satun
z December 7, 2019 at 10:01 AM Delete Comment
Alhamdulillah..membantu
WhatsApp Karlisa Travel