Kedai Makan Di Pak Bara Dibuka Pada Hari Raya Haji 2026

 Kedai Makan Di Pak Bara Dibuka Pada Hari Raya Haji? Ini Jawapannya! Melawat Satun, Pak Bara, Koh Lipe, dan Hatyai sempena Cuti Hari Raya Haji dan Cuti Sekolah kini menjadi trending buat rakyat Malaysia. Memang meriah!                                                               

Melawat Satun


Apa taknya, kalau atuk atau tokwan macam Cikgu Joe pun, pantang ada cuti saja, terus ajak nenek atau tok ride. Jadi, anak cucu pun tak mahu kalah, semua memilih untuk bercuti ke Thailand sempena Aidiladha kali ini.

TAPI ! kalau Raya Puasa balik rumah mak ayah suami, Hari Raya Haji ni giliran balik rumah mak ayah isteri pula. Kena bagi adil demi kebahagiaan rumahtangga, betul tak?

Tapi, kalau mak ayah pun jenis "sempoi" dan nak keluar bercuti sekali, eloklah datang ke Pak Bara beraya bersama Cikgu Joe Satun!

Persoalannya: Kedai Makan Buka Tak Masa Raya Haji?

Ramai yang risau dan bertanya, "Cikgu, restoran di Pak Bara buka ke tutup masa raya nanti?"

Jangan risau. Di Pak Bara, Insya-Allah lepas selesai solat sunat Idul Adha, kebanyakan kedai makan akan mula beroperasi seperti biasa.

• Sarapan Pagi: Hangpa ronda saja kawasan sekitar, pasti ada gerai sarapan yang menjual kuih-muih dan pulut ayam yang dibuka.

• Minuman: Kalau dah haus sangat, 7-Eleven sentiasa ada. Tapi, apa salahnya hangpa sapot bisnes Cikgu Joe dengan beli Kopi Bikers Cikgu Joe Satun sekotak? Baru padu!

Lokasi Tempat menarik Sekitar SATUN BACA DISINI

Melawat Satun


Tempahan Hotel, Resort Di Pak Bara & Koh Lipe Atau Tiket Feri Koh Lipe

Untuk hangpa yang nak datang, Cikgu sarankan buat tempahan awal. Jangan main terjah saja nanti gigit jari.

Kenapa kena tempah awal ke Koh Lipe?

Sekarang ni perjalanan ke Koh Lipe cuma ada 3 trip speedboat sahaja sehari. Sebuah speedboat muat 40 penumpang, jadi cuma 120 orang sahaja sehari yang boleh masuk. Ini berikutan kenaikan harga Diesel yang melampau di sini.

Urusan Mudah Melalui Karlisa Travel:

• Tempahan Hotel & Resort di Pak Bara.

Tiket Feri/Speedboat ke Koh Lipe.

• Pakej Penginapan di Koh Lipe.

• Tempahan Van dari Sempadan

Baca Lanjut : Kemas Kini Harga Ticket Ke Koh Lipe 2026

Karlisa Travel telah beroperasi lebih 10 tahun. Kami bukan syarikat scammer yang janji bulan dan bintang. Kami tawarkan perkhidmatan terbaik supaya hangpa semua berpuas hati dan balik dengan senyuman.

Hubungi Kami Sekarang

Jangan tunggu saat akhir! Untuk urusan tempahan, terus hubungi isteri Cikgu Joe melalui WhatsApp di bawah:

WhatsApp KARLISA TRAVEL:

👉 Klik WhasApp ke +66830948948


Jumpa hangpa di Pak Bara! Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha.

Pak Bara View Point




PERTANYAAN
Cikgu Joe Satun
Cikgu Joe Satun Karlisa Travel adalah agensi pelancongan milik Cikgu Joe Satun. Cikgu Joe Satun merupakan seorang aktivis masyarakat yang banyak membantu rakyat Malaysia yang menghadapi musibah di Thailand, khususnya di sekitar Satun. Beliau juga mengajar Fardu Ain dalam Bahasa Melayu secara percuma di Satun, Thailand sebagai usaha memartabatkan Bahasa Melayu dan menyumbang kepada komuniti setempat.

Post a Comment for "Kedai Makan Di Pak Bara Dibuka Pada Hari Raya Haji 2026"