Langkau ke kandungan utama

KOH LIPE PULAU KAYANGAN

Melawat Satun atau Melawat Pak Bara tidak sah jika hangpa tak melawat Koh Lipe Maldive Of Thailand. Aku dah share posting ni dalam Pege : Cikgu Joe Satun. 
Hari ini aku share sekali lagi kerana, ramai yang terasa terkena bila melawat Koh Lipe tanpa membuat homework.

Koh Lipe Pulau Kayangan 

Sebelum hangpa nak bercuti ke Koh Lipe cuba buat homework sikit. Baca review daripada mereka yang telah ke sana.

Kalau hangpa mai dari Langkawi, hangpa plus tiket dari Kuala Kedah ke Langkawi. Harga lebih kurang RM53.00. Pastu dari Langkawi ke Koh Lipe harga dari RM270.00.
Cukai Taman negara RM26.00
Jumlah RM349.00 seorang.

Kalau hangpa naik ikut Pak Bara RM180.00 plus cukai RM26.00 dan jeti RM4 Jumlah RMRM210.00 orang.

Hotel hangpa try Agoda. Cari bilik yang
 ada aircond. Kalau hat kipas angin jenuh hangat waktu malam. Tak boleh tidoq kedaghah aih. Biasa la pulau, bahang panas waktu malam. Kalau hujan ok ja. Tapi pi pulau hujan kalu, jem kreng la. 

Makan pula, aku bagi contoh hat simple yang aku makan hari tu. Nasi Goreng dan Teh O Ais, dalam RM39.00.

Nasi dan lauk hidang, hangpa pikiaq sendiri lah. Kalau nak bajet, aku sarankan hangpa bawa air mineral dua tiga dozen, megi mee dan telur sepapan. Pastu boleh minta air panas kat hotel ja. 

Kalau nak gi Island Hopping dan Snorkeling, aku SARANKAN hangpa amik dari Ejen Travel Yang Berlesen. Jangan dok terbiang cari hat tepi laut.

Sebelum Covid-19 lalu, aku pernah uruskan jenazah jurufoto penyanyi Malaysia mati lemas semasa snorkeling. Depa sewa bot tepi pantai so tiada pampasan sebab tiada insurans. 

Mahal sikit tak pa. Jangan nanti jika terjadi musibah, hangpa mati katak dan menyusahkan orang ramai nak kutip derma sebab nak biayai yuran hospital hangpa jika hangpa tak mati tapi cedera parah. 
Kalau mati, senang pi. Kami boleh uruskan jenazah saja. Tak mahal sangat.

Jangan lupa lagi satu beli Travel Insurans. Siam bukan sebahagian dari Malaysia. Siam tu negara asing bagi kita. So cas yuran hospital sama macam Bangla masuk Hospital Kulim. 

Insurans ini ibarat kita hidup didunia ini, jika nak mati hidup kena lakukan solat dan lakukan amalan soleh. Nanti bila kat kubur mudah sikit urusan. Jangan tawakal dan yakin hangpa tak kena persoalan kubur.
Kena usaha dulu kendian baru tawakal.

So Jangan Yakin bahawa hangpa tak akan mati atau kemalangan di Thailand. Toksah dok terbiang nak tawakal. Sebab kalau kemalangan hangpa mati, yang hidup ni akan susah kerana kedegilan hangpa tidak mahu usaha. 

Nak tawakal pun kena solat dan lakukan amalan soleh, barulah mati pun, rasa tenang.

Think Positive baik. Tapi kalau anak kita umur 4 tahun naik tangga pacak  ke 12 anak tangga, jangan dok Think Positive. Jerkah atau serkah dia. Larang dia memanjat nanti takut jatuh.

Bukan think positive saja. Larang dia tu bukan kita berdoa agar dia jatuh. Kita kena sometimes think negative, agar tidak terjadi kemalangan. 

Aku sekadar bagi Ingatan Tulus Ikhlas.
Hangpa nak ikut atau tak mau, ikut suka hangpa lah. 

Cemoih dah, 12 tahun saban hari kemalangan kalangan rakyat Malaysia kian meningkat di Thailand. Tahun ni saja kemalangan maut, pun dah banyak kali. Yang cedera parah pun ramai.
Jangan lepas ini aku dapat panggilan telefon kata pembaca Page Cikgu Joe Satun, kemalangan dan tiada Insurans.
Habaq kat aku pun dah terlambat. 
Aku boleh pi bantu uruskan dokumentasi hangpa saja. 
Itu saja yang aku mampu buat. 

Bismillahirohmanirohim
Ya Allah
Ya Rohman
Ya Rohim
Aku doakan pembaca dan followers Page Cikgu Joe Satun, dilindungi dari sebarang bencana di Thailand. Aamiin

==================
Bajet minima 3H2M ( Tidur Koh Lipe )
Tiket speedboat
Cukai
Makan 6 kali
Island Hopping
Hotel ( kongsi berdua )
Minima dari RM1000/pax

===================
Jika tidur di Pak Bara
Island Hopping dan Snorkeling
Hotel 3H2M di Pak Bara ( kongsi berdua )
RM327/pax
jika tambahan makan, RM100/orang, boleh makan sampai muntah. 
Jumlah baru RM427/pax 

HUBUNGI : +66830948948 Karlisa Travel ( Bini CJS )

dan juga +66 97 351 3984 ( Shila CJS )

Atau anak lelaki CJS +60 11-1242 8198 ( Kimi CJS )

=====================
Sekian. 
Mai makan laksa
Sudah baca
Jangan leka
Nanti merana. 

#kohlipe

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

BORANG TM6 TM2 DAN TM3 THAILAND

TM6 THAI Borang TM6 , Borang TM2 dan Borang TM3 ke Thailand. Borang apakah itu ? Ramai yang dok keliru dengan borang ini. 1. Borang TM6 atau white card . Ada dua keratan yang perlu diisi. - keratan Arrival Card dan Departure Card, kena isi dua dua. - Arrival Card disimpan oleh Imigresen Thai. - Departure Card disimpan bersama passport atau border pass. - Departure Card MESTI diserahkan sewaktu keluar dari Thai. Disertakan bersama Passport semasa stamping. - JIKA HILANG , sila lapor ke Pejabat Imigresen atau tahan telinga kena maki ( hahaha ) Oleh itu ambil gambar passport dan TM6 simpan didalam HP sebagai bukti jika hilang. Borang TM2 dan TM3 dicopy dari  https://www.riderchris.com/ 2. TM2 adalah borang maklumat kenderaan. - Borang ini boleh didapati di Pejabat Imigresen Thai. - Diisikan dan diserah kepada Pegawai Imigresen Thai untuk mendapat pengesahan semasa stamping passport. - Serahkan semasa pulang ke malaysia kepada Pegawai Imigresen Thai semasa stamping P

LOKASI MENARIK DI PAK BARA SATUN THAILAND

Lokasi Menarik di Pak Bara Satun Thailand untuk dilawati. Persiapan untuk masuk Thailand melalu Wang Prachan, Satun menggunakan Passport ( MAY 2022 ) a. Thai Pass link https://land.tp.consular.go.th / DIMANSUHKAN SEJAK JULY 2022 b. Covid Insuran  DIMANSUHKAN SEJAK JULY 2022 b. Covid Insuran c. Insuran kenderaan ( Por Ror Bor & Voluntary ) d. Geran kenderaan e. TM6 TM2 TM3 Untuk memudahkan urusan sila klik link berikut https://wa.me/60196664087 ( Malaysia ) https://wa.me/6598505125 ( Singapura ) Border Pass  ( MAY 2022 ) a. Tempuh melawat 3h2m ( Tempuh 30 hari sejak July 2022 ) b. Tiada Thai Pass dan Insuran Covid  DIMANSUHKAN SEJAK JULY 2022 b. Covid Insuran c. Insuran kenderaan ( Por Ror Bor & Voluntary ) d. Geran kenderaan e. TM6 TM2 TM3 INSURAN KENDERAAN https://wa.me/60196664087 ( Malaysia ) https://wa.me/6598505125 ( Singapura ) 1. Wang Kelian Immigration, Customs, Quarantine and Security (ICQS) Complex +60 9-945 6328 https://maps.app.goo.gl/ayF7

Apa Ada Di Pak Bara Satun Thailand

Apa Ada Di Pak Bara Satun Thailand ? Macam mana nak pi kePak Bara ? Ini soalan lazim yang sering ditanya oleh pembaca. Mai aku nak cerita kat hangpa. Anda WAJIB lalu dan singgah di  CJS SATUN 406 Kedai milik Akitivis Bahasa Melayu Satun. Dikenali kalangan bikers dan rider Malaysia Singapura dan Asean. Kerana Banyak membantu mereka yang ditimpa musibah tanpa sebarang bayaran. CJS SATUN 406 1. Pos Imigresen Wang Kelian. Hangpa klik pautan ini.  Wang Kelian Ke Pak Bara 2. Pak Bara View, mercu tanda Pak Bara berlatarkan Ikan Maling dan Laut Andaman. Tempat santai seisi keluarga. Bermula jam 3.00 pm ada gerai menjual makanan. Pasar Malam pula setiap Sabtu dan Ahad adalah kemuncak pasar malam. Pautan Maps :  Pak Bara View Point Pak Bara View Point 3. Makanan Laut dan Makanan Thai yang ori. Dah enam tahun di Pak Bara dan sekitar Satun. Kedai terbaik Nava Seafood. Alasannya 100% HALAL . Arak tidak dibenarkan masuk ke Kedainya. Berbeza dengan kedai-kedai lain.TAPI ikut su