Melawat Satun Banner

PROSEDUR MEMBAWA KENDERAAN PENUMPANG KE THAILAND

Kenderaan seperti Van, Camper Van, MPV, Bas, Trucks atau kenderaan yang melebihi 3500kg atau yang mempunyai 9 tempat duduk dan keatas untuk ke Thailand.

Dokumen Dan Butiran Yang Diperlukan
Bahagian A
 1. Passport atau Border Pass Pemandu
 2. Lesen memandu
 3. Geran Kenderaan
4. Surat Kebenaran ( jika pemilik kenderaan tidak bersama )
- Gambar kenderaan berwarna ( Jenis kenderaan dan nombor plate )
- Polisi Insuran serta salinan fotostat
   - Insuran compulsory atau Por Ror Bor (minimum perlindungan THB 1 juta)
     Insuran yang melindungi penumpang
   - Insuran Voluntary atau Prakan (minimum perlindungan THB 1 juta )
     Insuran yang melindungi kenderaan pihak ketiga
*** Bahagian A urusan ini dilakukan di Pejabat Kawalan Sempadan
( Imigresen dan Kastam ). Prosedur biasa mengisi Borang TM6,TM2 dan TM3
 ( Imigresen ) dan Custom Declaration Form ( Kastam ). Penumpang mestilah
memilikin passport dan mengisi borang TM6.

Bahagian B
- Jadual atau tentatif ( Itenerary )
- Surat yang menyatakan keperluan untuk menggunakan kenderaan berdaftar
  asing di Thailand, yang ditandatangani oleh pengembara atau ditandatangani
  dan dicap oleh agensi pelancongan asing yang bekerjasama dengan agensi
  pelancongan Thailand. ( Job Order )
- Pemandu Pelancong ( Warga Thai Berlesen )
- Insuran Perlancongan
*** Bahagia B, pemilik kenderaan mestilah berurusan dengan Syarikat Perlancong
    di Thailand. Mereka akan membantu anda dalam urusan ini.
Pastikan anda berhubung dengan Syarikat Perlancongan Berdaftar di Thailand
sehari sebelum anda membawa kenderaan penumpang masuk melintasi sempadan.

NASIHAT CJS : Ikutilah peraturan yang telah ditetapkan. Betul! ramai yang pernah masuk tanpa mengikut peraturan dan tidak ditahan pihak berkuasa. Jika anda di tahan, dendanya amat berat.

OLEH ITU, jika anda melancong ke Thailand namun tidak mahu melalui proses yang rumit ini, anda boleh menyewa Van Penumpang Di Thailand. Di Border atau sempadan Wang Kelian Perlis/ Wang Prachan Satun, anda boleh hubungi
Karlisa Travel ( BAANPUN TRAVEL ) di https://wa.me/66830948948 ( KLIK )



PERTANYAAN
Cikgu Joe Satun
Cikgu Joe Satun Cikgu Joe Satun merupakan seorang guru sukarela, aktivis masyarakat dan pengusaha pelancongan yang telah menetap di Pak Bara, Satun, Thailand selama lebih 15 tahun. Beliau dikenali sebagai individu yang aktif membantu rakyat Malaysia yang menghadapi kesulitan di Thailand, khususnya di sekitar Satun. Selain itu, beliau komited dalam bidang pendidikan dengan mengajar Fardu Ain dalam Bahasa Melayu secara percuma kepada komuniti setempat, sebagai usaha memartabatkan bahasa dan memperkukuh kefahaman agama. Cikgu Joe juga merupakan pemilik Karlisa Travel, sebuah agensi pelancongan yang menyediakan perkhidmatan mesra pelancong Malaysia dengan penekanan kepada keselamatan, pengalaman tempatan dan keperluan sebenar pelanggan. Dengan gabungan pengalaman, kepakaran dan semangat kebajikan, Cikgu Joe Satun terus memainkan peranan sebagai penghubung antara komuniti Malaysia dan Thailand.

Post a Comment for "PROSEDUR MEMBAWA KENDERAAN PENUMPANG KE THAILAND"