Melawat Satun Banner

Tasik Thale Noi Phathalung Thailand


THALE NOI PHATTHALUNG
Thale Noi Waterfowl Reserve atau Tasik Air Tawar Thale Noi di Phatthalung.
Dari Simpang Phatthalung ke Krabi 30km .Ambil Highway 4048 ke Nakhon Si Thamarat. Dari atau Route 41 Pekan Cowboy 28km saja.
Waktu melawat : 9.00 - 5.00 ptg
Musim Terbaik : Oct - Mac
Keluasan : 450km² atau lebar 6km dan panjang 5km.Kedalaman purata 1.2 meter.
Kemudahan : Bilik penginapan , boleh hubungi Pejabat National Park.
Tasik yang luas dan liputi pokok teratai dan perbagai jenis tumbuhan air. Musim Nov - Mac , anda boleh melihat perbagai jenis burung kembara dari kawasan salji.
Anda boleh menyewa bot panjang untuk menjelajah keseluruhan tasik.
Berhampiran tasik ada sebuah floating market yang dibuka setiap hari dan hari sabtu dan ahad adalah waktu sibuk.
Anda juga boleh mendaki menara tinjau untuk menyaksikan keindahan tasik.
Tinggi juga dan saya gayat masa nak turun.
Tandas bersih dan mables.
Terdapat hanya sebuah kedai makan Islam di Floating Market. Awas ! Anda dilarang makan atau membeli produk dari orang Buddha. 100% tidak halal.
Apa yang menarik perhatian saya disini adalah penglibatan penduduk setempat bagi memajukan tempat ini dan menarik minat pelancong.
Sambil makan di Kedai Kak Ani Floating Market, anda dihiburkan oleh pemuzik budak sekolah. Permainan mereka mantap. Saya boh dalam tabung mereka thb100 sebab puas hati.

Lokasi : https://goo.gl/maps/vKDBpsuumKn

PERTANYAAN
Cikgu Joe Satun
Cikgu Joe Satun Cikgu Joe Satun merupakan seorang guru sukarela, aktivis masyarakat dan pengusaha pelancongan yang telah menetap di Pak Bara, Satun, Thailand selama lebih 15 tahun. Beliau dikenali sebagai individu yang aktif membantu rakyat Malaysia yang menghadapi kesulitan di Thailand, khususnya di sekitar Satun. Selain itu, beliau komited dalam bidang pendidikan dengan mengajar Fardu Ain dalam Bahasa Melayu secara percuma kepada komuniti setempat, sebagai usaha memartabatkan bahasa dan memperkukuh kefahaman agama. Cikgu Joe juga merupakan pemilik Karlisa Travel, sebuah agensi pelancongan yang menyediakan perkhidmatan mesra pelancong Malaysia dengan penekanan kepada keselamatan, pengalaman tempatan dan keperluan sebenar pelanggan. Dengan gabungan pengalaman, kepakaran dan semangat kebajikan, Cikgu Joe Satun terus memainkan peranan sebagai penghubung antara komuniti Malaysia dan Thailand.

1 comment for "Tasik Thale Noi Phathalung Thailand"

Cikgu Joe Satun September 26, 2018 at 4:08 PM Delete Comment
THALE NOI PHATTHALUNG
Thale Noi Waterfowl Reserve atau Tasik Air Tawar Thale Noi di Phatthalung.
Cikgu Joe Satun