Langkau ke kandungan utama

Siapa Cikgu Joe Satun

Siapa Cikgu Joe Satun ? Budak tak pass SPM lari pi dok di Satun Siam. Itulah tomahan yang sering diterima. Namun Alhamdulillah, aku tak marah kerana aku pilih untuk berada dibelakang tabir.

Aku guna nama FACEBOOK : Karlisa Latisya. Ada yang panggil aku kakak. Aku ketawa dan aku layan dengan setia.

Aku mula berkhidmat kepada masyarakat sejak tahun 2012 lagi. Aku mengajar fardu ain dalam Bahasa Melayu secara percuma. Budak budak panggil aku USTAZ namun aku marah sebab aku sekadar ajar Alif Ba Ta dan ambil wuduk. Pelajarku terdiri dari mereka yang usia lima hingga duabelas tahun. Tapi aku syok ajaq budak umoq lapan tahun kebawah. Senang aku nak cong.

Sejak 2012 hingga 2018 aku dah lupa berapa banyak orang yang aku bantu bila ditimpa musibah di Thai. Tapi cuma ada dua nama yang terpahat dijiwaku. Sat gi aku cerita sapa.

Aku tolong orang, aku tak pernah tanya, HANG SAPA ? Aku tak pilih bangsa dan agama. Aku tak pernah minta duit. Walaupun kekadang aku makan mee segera 3H2M.

Namun aku happy sebab aku yang GATAI PUNGKOQ nak pi tolong orang. Tu bila susah, tak kan aku nak minta kat hangpa.
Hangpa Paham ka ?

Nama Arwah Jafri Dan Arwah Arif menjadi ingatan pada aku.
Hangpa tengok hari kejadian dan bulan kejadian. Tarikh pun dekat dekat tapi tahun ja tak sama.

InsyaAllah lepas pembukaan Cafe,Homestay,Boutique dan Karlisa Travel aku berniat nak buat kenduri arwah dan doa selamat.

Aku tak tau pasai apa nama depa ni membayangi hidup aku. Aku tak pernah kenal mereak walaupun dalam FACEBOOK.
Namun aku rindu sangat pada mereka.

Bacalah cerita mereka

1.Penunggang Malaysia maut di Hatyai
https://www.hmetro.com.my/node/193953

Hatyai: Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi warga Malaysia maut manakala isterinya cedera parah dalam kemalangan di sini, hari ini.

Pegawai siasatan Balai Polis Hatyai Kapt Thirathat Thammarat berkata, kejadian pada 9.30 pagi (waktu tempatan) di Jalan Khancanawanit mengorbankan Jaafary Jaafar, 48, berasal dari Johor.

Isterinya yang cedera parah dalam kemalangan itu dikenali sebagai Nor Syakila Burhanuddin, 45, dari Johor dan merupakan pembonceng motosikal malang itu.

"Warga Malaysia itu peserta dalam konvoi 10 rakyat negara itu menaiki lima buah motosikal dalam perjalanan pulang ke negara asal mereka selepas bercuti di Thailand," katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, tiba di persimpangan jalan, motosikal mangsa merempuh sebuah motosikal dinaiki warga Thailand yang dipercayai melanggar lampu isyarat merah sehingga menyebabkan berlakunya kemalangan.

Beliau berkata, penunggang motosikal warga Thailand itu mengalami kecederaan parah dan akan disiasat polis apabila keadaan kesihatannya mengizinkan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 January 2017 @ 7:57 PM



2.Rakyat kita terkorban di Phattalung, Thailand
https://www.hmetro.com.my/utama/2018/01/304241/rakyat-kita-terkorban-di-phattalung-thailand

SEORANG lelaki rakyat Malaysia yang mengikuti konvoi motosikal berkuasa tinggi di Phattalung, Thailand, maut manakala isterinya cedera parah dalam kemalangan jam 4 petang tadi (5 petang waktu Malaysia) hari ini.

Mangsa, Muhammad Ariff Suhery, 34, meninggal dunia di tempat kejadian manakala isterinya, Nur Arissa Ruri Ahon, 34, yang membonceng parah.

Menurut sumber pihak berkuasa Daerah Paborn, Selatan Thailand, ketika kejadian mangsa dan isteri berkonvoi bersama empat lagi rakan mereka dalam perjalanan menuju ke Koh Samui.

Katanya, konvoi berkenaan melalui Lebuhraya Petchakasem terletak antara Hatyai dan wilayah Phattalung sebelum mangsa melanggar belakang sebuah pacuan empat roda yang berhenti secara tiba-tiba dalam sekatan jalan raya dilakukan polis Thailand.

“Mangsa dipercayai tidak sempat menekan brek terus merempuh belakang pacuan empat roda itu menyebabkan kedua-duanya terhumban ke tengah jalan.

“Mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah manakala isterinya yang parah dibawa ke Hospital Phattalung bagi mendapatkan rawatan lanjut”€ katanya.

Difahamkan, wakil Konsulat Malaysia di Songkhla turut melawat mangsa di Hospital Phattalung selain bagi membantu urusan keluarga mangsa untuk menuntut serta membawa balik jenazah Muhammad Arif ke Malaysia.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 January 2018 @ 11:19 PM

CJS
Arwah Jaffri Jaafar ( CJS )
CJS
Arwah Arif ( CJS )


Ulasan

Cikgu Joe Satun berkata…
Siapa Cikgu Joe Satun ? Budak tak pass SPM lari pi dok di Satun Siam. Itulah tomahan yang sering diterima. Namun Alhamdulillah, aku tak marah kerana aku pilih untuk berada dibelakang tabir.
Bro KC berkata…
Saya tak pernah bersua muka lagi dengan cJs ni. Tetapi selalu sangat dengar nama ini dimana mana. Semoga CJS sentiasa diberkati, dilindungi dan sentiasa dilimpahkan rezeki yang hebat dunia akhirat. Amin...
Tanpa Nama berkata…
Cikgu asal dari mana?

Catatan popular daripada blog ini

BORANG TM6 TM2 DAN TM3 THAILAND

TM6 THAI Borang TM6 , Borang TM2 dan Borang TM3 ke Thailand. Borang apakah itu ? Ramai yang dok keliru dengan borang ini. 1. Borang TM6 atau white card . Ada dua keratan yang perlu diisi. - keratan Arrival Card dan Departure Card, kena isi dua dua. - Arrival Card disimpan oleh Imigresen Thai. - Departure Card disimpan bersama passport atau border pass. - Departure Card MESTI diserahkan sewaktu keluar dari Thai. Disertakan bersama Passport semasa stamping. - JIKA HILANG , sila lapor ke Pejabat Imigresen atau tahan telinga kena maki ( hahaha ) Oleh itu ambil gambar passport dan TM6 simpan didalam HP sebagai bukti jika hilang. Borang TM2 dan TM3 dicopy dari  https://www.riderchris.com/ 2. TM2 adalah borang maklumat kenderaan. - Borang ini boleh didapati di Pejabat Imigresen Thai. - Diisikan dan diserah kepada Pegawai Imigresen Thai untuk mendapat pengesahan semasa stamping passport. - Serahkan semasa pulang ke malaysia kepada Pegawai Imigresen Thai semasa stamping P

LOKASI MENARIK DI PAK BARA SATUN THAILAND

Lokasi Menarik di Pak Bara Satun Thailand untuk dilawati. Persiapan untuk masuk Thailand melalu Wang Prachan, Satun menggunakan Passport ( MAY 2022 ) a. Thai Pass link https://land.tp.consular.go.th / DIMANSUHKAN SEJAK JULY 2022 b. Covid Insuran  DIMANSUHKAN SEJAK JULY 2022 b. Covid Insuran c. Insuran kenderaan ( Por Ror Bor & Voluntary ) d. Geran kenderaan e. TM6 TM2 TM3 Untuk memudahkan urusan sila klik link berikut https://wa.me/60196664087 ( Malaysia ) https://wa.me/6598505125 ( Singapura ) Border Pass  ( MAY 2022 ) a. Tempuh melawat 3h2m ( Tempuh 30 hari sejak July 2022 ) b. Tiada Thai Pass dan Insuran Covid  DIMANSUHKAN SEJAK JULY 2022 b. Covid Insuran c. Insuran kenderaan ( Por Ror Bor & Voluntary ) d. Geran kenderaan e. TM6 TM2 TM3 INSURAN KENDERAAN https://wa.me/60196664087 ( Malaysia ) https://wa.me/6598505125 ( Singapura ) 1. Wang Kelian Immigration, Customs, Quarantine and Security (ICQS) Complex +60 9-945 6328 https://maps.app.goo.gl/ayF7

Apa Ada Di Pak Bara Satun Thailand

Apa Ada Di Pak Bara Satun Thailand ? Macam mana nak pi kePak Bara ? Ini soalan lazim yang sering ditanya oleh pembaca. Mai aku nak cerita kat hangpa. Anda WAJIB lalu dan singgah di  CJS SATUN 406 Kedai milik Akitivis Bahasa Melayu Satun. Dikenali kalangan bikers dan rider Malaysia Singapura dan Asean. Kerana Banyak membantu mereka yang ditimpa musibah tanpa sebarang bayaran. CJS SATUN 406 1. Pos Imigresen Wang Kelian. Hangpa klik pautan ini.  Wang Kelian Ke Pak Bara 2. Pak Bara View, mercu tanda Pak Bara berlatarkan Ikan Maling dan Laut Andaman. Tempat santai seisi keluarga. Bermula jam 3.00 pm ada gerai menjual makanan. Pasar Malam pula setiap Sabtu dan Ahad adalah kemuncak pasar malam. Pautan Maps :  Pak Bara View Point Pak Bara View Point 3. Makanan Laut dan Makanan Thai yang ori. Dah enam tahun di Pak Bara dan sekitar Satun. Kedai terbaik Nava Seafood. Alasannya 100% HALAL . Arak tidak dibenarkan masuk ke Kedainya. Berbeza dengan kedai-kedai lain.TAPI ikut su