Langkau ke kandungan utama

RAYA DUA KALI

Raya Dua Kali
Suatu pagi yang cerah , aku melengung di tepi tingkap sambil mengihirup kopi . Peristiwa ini berlaku tiga tahun yang lalu, masa tu aku baru beberapa bulan saja di Satun. Rumah pun sekerat bata dan sekerat plywood. 
Biasanya musim begini selalunya hujan, tapi pagi ni , cuaca sangat cerah. Tiba tiba terdengar suara takbir raya sayup sayup. Maklumlah rumah ku agak terpencir di pinggir kampung di tepi sungai.
Dengar pengunguman , Hari Raya Aidil Adha besok tapi mengapa mereka bertakbir. Aku bergegas memakai pakaian melayu satu sut. Aku kira, aku tersilap dengar pengunguman tv dan aku berjalan ke masjid.Masa tu kenderaanku hanyalah kaki. 
Sampai di Masjid yang berdekatan rumah kira kira 1km , kelihatan ramai jemaah sedang bertakbir. Aku berwuduk dan menunaikat solat sunat Masjid. 
Selepas itu duduk dan sama sama bertakbir. Selesai Khutbah , aku dengan hensem berpakaian Melayu bersamping ke rumah mertua kira kira 500 meter.Kelihatan mertuaku sekadar berkain pelikat dan bersinglet. Memberi salam terus bertanya. " ayah tak pi sembahyang raghya ka " 
Dia jawab , " esok baru raghya. awat hang sembahyang dah ka ? ".
Saya selamba menjawab " ha la ".
Dia kata , " tak pa la, esok sembayang sekali lagi,".
Menurut mertua saya, Masjid berkenaan selalu begitu, membuat keputusan yang selalu membelakangi keputusan Majlis Agama Islam Thailand. Nasib kami baik kerana Majlis Agama Islam Satun , tak tahu dan tak berapa kisah. Kalau tidak, tidur lokap juga semalam.
Raya dua kali sekampung adalah fenomena biasa di Satun atau Thailand. Ini kerana pihak masjid selalu membuat keputusan sendiri dan melanggar perintah kerajaan. Satu kampung melebihi dari sebuah masjid adalah perkara biasa di Thailand. Ini berpunca dari perbezaan mazhab dan pendapat.
Sepanjang pengetahuan saya, bukan kerajaan tidak bantu masjid tapi bila satu kampung ada dua tiga masjid, larat kerajaan nak bantu.
Selalunya pada malam raya ada dua tiga hari sebelum Ramadhan, Perutusan Khas TV oleh PM Thailand. Dari permerhatian saya setelah tiga tahun, Kerajaan Thailand tidaklah zalim kepada umat Islam. Mereka membenarkan umat islam mengamalkan Agama Islam dan bahkan bantuan disalurkan . Cuma kita di Malaysia kadang kala mendapat info salah dari golongan yang cuba meraih simpati derma kita yang pemurah.
Banyak perkara yang saya lalui disini dan perhatikan totaly berbeza dengan tanggapan saya sebelum menetap di Thailand. Dulu saya anggap mereka anti islam tetapi tidak , bahkan kerabat diraja akan berpakaian sopan dan sama sama menghormati Islam jika mereka di majlis berkaitan Islam atau melawat provinsi Islam. Malah ada kalangan mereka mengangkat tangan menadah doa sepertimana kita lakukan. Cerita kerabat menadah doa, menjadi viral di FB Malaysia sedangkan di Thailand adalah perkara biasa.
Kekadang saya rasakan orang Malaysia lebih sudu dari muslim Thai itu sendiri. Mendapat suapan berita tanpa melihat sendiri atau berpengalaman di sini. Cepat melatah dan beremosi tidak tahu punca.
Banyak pengalaman di Satun dan Thailand yang saya lalui. Ada yang terlalu sensitif dan agak sukar untuk saya kongsikan disini. Nantikan buku saya Kembara Di Satun , tiga tahun lagi insyaAllah.
Selamat Berpuasa
#rayaduakali
#ramadhandisatun1
Tarikh Ditulis : 08-06-16

Raya Dua Kali





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

BORANG TM6 TM2 DAN TM3 THAILAND

TM6 THAI Borang TM6 , Borang TM2 dan Borang TM3 ke Thailand. Borang apakah itu ? Ramai yang dok keliru dengan borang ini. 1. Borang TM6 atau white card . Ada dua keratan yang perlu diisi. - keratan Arrival Card dan Departure Card, kena isi dua dua. - Arrival Card disimpan oleh Imigresen Thai. - Departure Card disimpan bersama passport atau border pass. - Departure Card MESTI diserahkan sewaktu keluar dari Thai. Disertakan bersama Passport semasa stamping. - JIKA HILANG , sila lapor ke Pejabat Imigresen atau tahan telinga kena maki ( hahaha ) Oleh itu ambil gambar passport dan TM6 simpan didalam HP sebagai bukti jika hilang. Borang TM2 dan TM3 dicopy dari  https://www.riderchris.com/ 2. TM2 adalah borang maklumat kenderaan. - Borang ini boleh didapati di Pejabat Imigresen Thai. - Diisikan dan diserah kepada Pegawai Imigresen Thai untuk mendapat pengesahan semasa stamping passport. - Serahkan semasa pulang ke malaysia kepada Pegawai Imigresen Thai semasa stamping P

LOKASI MENARIK DI PAK BARA SATUN THAILAND

Lokasi Menarik di Pak Bara Satun Thailand untuk dilawati. Persiapan untuk masuk Thailand melalu Wang Prachan, Satun menggunakan Passport ( MAY 2022 ) a. Thai Pass link https://land.tp.consular.go.th / DIMANSUHKAN SEJAK JULY 2022 b. Covid Insuran  DIMANSUHKAN SEJAK JULY 2022 b. Covid Insuran c. Insuran kenderaan ( Por Ror Bor & Voluntary ) d. Geran kenderaan e. TM6 TM2 TM3 Untuk memudahkan urusan sila klik link berikut https://wa.me/60196664087 ( Malaysia ) https://wa.me/6598505125 ( Singapura ) Border Pass  ( MAY 2022 ) a. Tempuh melawat 3h2m ( Tempuh 30 hari sejak July 2022 ) b. Tiada Thai Pass dan Insuran Covid  DIMANSUHKAN SEJAK JULY 2022 b. Covid Insuran c. Insuran kenderaan ( Por Ror Bor & Voluntary ) d. Geran kenderaan e. TM6 TM2 TM3 INSURAN KENDERAAN https://wa.me/60196664087 ( Malaysia ) https://wa.me/6598505125 ( Singapura ) 1. Wang Kelian Immigration, Customs, Quarantine and Security (ICQS) Complex +60 9-945 6328 https://maps.app.goo.gl/ayF7

Apa Ada Di Pak Bara Satun Thailand

Apa Ada Di Pak Bara Satun Thailand ? Macam mana nak pi kePak Bara ? Ini soalan lazim yang sering ditanya oleh pembaca. Mai aku nak cerita kat hangpa. Anda WAJIB lalu dan singgah di  CJS SATUN 406 Kedai milik Akitivis Bahasa Melayu Satun. Dikenali kalangan bikers dan rider Malaysia Singapura dan Asean. Kerana Banyak membantu mereka yang ditimpa musibah tanpa sebarang bayaran. CJS SATUN 406 1. Pos Imigresen Wang Kelian. Hangpa klik pautan ini.  Wang Kelian Ke Pak Bara 2. Pak Bara View, mercu tanda Pak Bara berlatarkan Ikan Maling dan Laut Andaman. Tempat santai seisi keluarga. Bermula jam 3.00 pm ada gerai menjual makanan. Pasar Malam pula setiap Sabtu dan Ahad adalah kemuncak pasar malam. Pautan Maps :  Pak Bara View Point Pak Bara View Point 3. Makanan Laut dan Makanan Thai yang ori. Dah enam tahun di Pak Bara dan sekitar Satun. Kedai terbaik Nava Seafood. Alasannya 100% HALAL . Arak tidak dibenarkan masuk ke Kedainya. Berbeza dengan kedai-kedai lain.TAPI ikut su