Pentingnya Action Camera Dan Dashcam Bila Membawa Kereta Motor Ke Thailand


Pentingnya Action Camera Dan Dashcam Bila Membawa Kereta Motor Ke Thailand

Action Camera Juga Membantu Selain Daripada Insuran Jika Berkenderaan Di Thailand
Action Camera adalah bahan bukti yang membantu jika anda ditimpa musibah di Thailand.
Selain daripada itu ianya membuat Polis segan silu menahan kita.
Lagipun action camera bukannya mahal sangat sekarang ni. Go Pro Cap Ayam di Hatyai boleh dibeli semurah thb500-800 tanpa wifi.
Yang ada wifi Thb1200++.
Cikgu atas saranan sahabat dari Thai, agar menasihati anda semua Kembara Ke Thailand membeli :-
1. Insuran Compusory
2. Insuran Voluntary/Property Damage
3. Action Camera
Video ini sebagai panduan

Update 10/05/2026


Pentingnya Action Camera & Dashcam Bila Bawa Motor/Kereta Ke Thailand
Ramai orang ingat, bila masuk Thailand… cukup sekadar ada insurans.
Hakikatnya, itu belum cukup.

Kadang-kadang, yang menyelamatkan kita bukan sekadar polisi insurans…
tetapi bukti di saat kejadian berlaku.
Insurans - Dashcam - Action - Camera




Kenapa Action Camera / Dashcam Itu Penting?

1. Jadi bukti jika berlaku kemalangan
Di jalan raya Thailand, situasi boleh jadi tak dijangka.
Rakaman video boleh jadi penyelamat bila berlaku pertikaian.

2. Lindungi diri dari tuduhan tak tepat
Kalau berlaku salah faham, video adalah “saksi paling jujur”.

3. Buat pihak lain lebih berhati-hati
Kadang-kadang bila nampak kamera, orang jadi lebih beradab di jalan raya.

4. Polis pun lebih profesional bila ada rakaman
Ini realiti yang ramai rider dan pemandu dah alami sendiri.


Harga? Tak mahal pun sekarang

Di Malaysia
action camera “cap ayam” pun dah cukup untuk basic recording:

* Tanpa WiFi: sekitar RM50.00 buleh dapat dah.
* Ada WiFi: pun lebih kurang saja

Dashcam pun ada yang murah,tak sampai RM100
Terpulang kepada HANGPA. Ikut pocket HANGPA 

Tak perlu mahal macam GoPro Atau 700Mai pun — yang penting boleh rakam dengan jelas.


 Checklist WAJIB Sebelum Masuk Thailand

Atas nasihat sahabat di Thailand, Cikgu sarankan:

1. Compulsory Insurance (CI)
👉 Wajib. Tanpa ini, memang salah undang-undang Thailand

2. Voluntary Insurance / Property Damage (TI)
👉 Cover kerosakan pihak ketiga

3. Travel Insurance (TI)
👉 Beli di Malaysia — cover diri sendiri

4. Extension 101 (E101)
👉 Tambahan kepada insurans kenderaan Malaysia



⚠️ Kesimpulan Ringkas

Masuk Thailand tanpa persediaan ibarat
“bawa motor laju… tapi brek tak makan.”

Insurans lindungi kewangan
Action cam lindungi kebenaran

Dua-dua penting. Jangan pilih salah satu saja.


🌴 Nak Mudah Travel? Serah Pada Yang Pakar

Karlisa Travel menyediakan:

* 🏨 Tempahan hotel & resort
* 🚤 Tiket feri ke Koh Lipe
* 🚐 Van dari sempadan:
    * Wang Kelian
    * Padang Besar
    * Bukit Kayu Hitam

Destinasi popular:
Satun • Pak Bara • Trang • Krabi • Phuket • Hat Yai • Songkhla

📲 WhatsApp: KLIK 👧👉 +66 864-706211


PERTANYAAN
Cikgu Joe Satun
Cikgu Joe Satun Karlisa Travel adalah agensi pelancongan milik Cikgu Joe Satun. Cikgu Joe Satun merupakan seorang aktivis masyarakat yang banyak membantu rakyat Malaysia yang menghadapi musibah di Thailand, khususnya di sekitar Satun. Beliau juga mengajar Fardu Ain dalam Bahasa Melayu secara percuma di Satun, Thailand sebagai usaha memartabatkan Bahasa Melayu dan menyumbang kepada komuniti setempat.

Post a Comment for "Pentingnya Action Camera Dan Dashcam Bila Membawa Kereta Motor Ke Thailand"