Melawat Satun Banner

Jenis Insuran motor kereta ke Thailand

INSURANCE THAILAND COMPULSORY DAN VOLUNTARY (PROPERTY DAMAGE)
Di Thailand Kenderaan seperti Motosikal dan Kereta Persendirian sekadar membeli insuran compulsory atau disebut POROBO.
Insuran ini sekadar pelengkap untuk membayar cukai jalanraya.
Insuran ini juga cuma melindungi rawatan hospital pemandu dan penumpang.
TIDAK MELINDUNGI KENDERAAN.
Mereka digalakkan untuk membeli Insuran Voluntary ( Property Damage ) untuk melindungi kenderaan. Namun berapa ramai sangat yang membeli ?
Nasihat saya , motosikal atau kereta Malaysia membeli
1. Compusary - Insuran wajib ( RM15-RM17 ) di border Malaysia
2. Voluntary - Property Damage insuran di Border sebelah Thailand.
Bila accident di Thaiand kos menjadi tinggi sekiranya tiada kedua insuran di atas dan kita ditempat yang salah.
Menurut undang-undang Thailand, pihak ketiga atau pihak yang dilanggar layak menuntut pampasan kerosakan kenderaan dan kos bilangan hari tanpa kenderaan. Maksudnya, kenderaan rosak dihantar ke bengkel, pemilik tiada kenderaan untuk buat kerja, orang yang melanggar kena bayar kos menyewa kenderaan , bagi orang yang kena langgar untuk menjalani aktiviti sehariannya.
Itulah hakikatnya undang-undang Thai yang melindungi warganegaranya.
Oleh itu sila pastikan anda membeli kedua dua insuran berikut.
INSURANCE THAILAND COMPULSORY DAN VOLUNTARY (PROPERTY DAMAGE)
JANGAN MASUK TANPA KEDUA-DUA INSURAN INI. MALANG TIDAK BERBAU.
#CJS
#cjsinsuranthai

Jenis Insuran motor kereta ke Thailand

PERTANYAAN
Cikgu Joe Satun
Cikgu Joe Satun Cikgu Joe Satun merupakan seorang guru sukarela, aktivis masyarakat dan pengusaha pelancongan yang telah menetap di Pak Bara, Satun, Thailand selama lebih 15 tahun. Beliau dikenali sebagai individu yang aktif membantu rakyat Malaysia yang menghadapi kesulitan di Thailand, khususnya di sekitar Satun. Selain itu, beliau komited dalam bidang pendidikan dengan mengajar Fardu Ain dalam Bahasa Melayu secara percuma kepada komuniti setempat, sebagai usaha memartabatkan bahasa dan memperkukuh kefahaman agama. Cikgu Joe juga merupakan pemilik Karlisa Travel, sebuah agensi pelancongan yang menyediakan perkhidmatan mesra pelancong Malaysia dengan penekanan kepada keselamatan, pengalaman tempatan dan keperluan sebenar pelanggan. Dengan gabungan pengalaman, kepakaran dan semangat kebajikan, Cikgu Joe Satun terus memainkan peranan sebagai penghubung antara komuniti Malaysia dan Thailand.

3 comments for "Jenis Insuran motor kereta ke Thailand"

Unknown August 18, 2018 at 11:22 PM Delete Comment
Property damage brrapa rm
Diari Hidup Seorang Guru January 14, 2019 at 11:26 PM Delete Comment
Voluntary....Berapa harga utk insurans kereta ???
Yie zack September 17, 2019 at 4:31 PM Delete Comment
Berapa insuran property damagr utk motor ye?