Langkau ke kandungan utama

MELAYU SATUN SELEPAS 1909 SIRI 8


MELAYU SATUN SELEPAS 1909 SIRI 8
Hilang Wilayah , Hilanglah Melayu
Terbukti dalam sejarah bangsa Melayu pernah memiliki peradaban yang tinggi dalam meluaskan empayar jajahan. Dari Selatan Temasik hinggalah ke Surat Thani ,wilayah melayu berkembang luas. Oleh kerana tiada perancangan dan dasar kerajaan yang sistematik maka dengan mudahlah bangsa Melayu dijajah.
Kerajaan Melayu lampau tidak berjaya memperkenal dasar pememerintahan sehinggakan rakyat menjadi bangsa yang berilmu. Dasar pelajaran  sekadar lisan dari tok guru tok guru disampaikan kepada rakyat ketika itu. Tiada ilmu khusus tentang membina tamaddun,cuma sekadar ilmu fardu ain dan fardu kifayah dalam penyebaran agama Islam.
Walaupun pemerintah berjaya mengembangkan Agama Islam tetapi kesetian rakyat dan ketaatan rakyat yang memiliki jatidiri bangsa tidak kuat. Ini membuat rakyat mudah dijajah minda dan membuang jatidiri bangsa.
Mukim Setul yang dulunya sebahagian dari wilayah Kedah kini hilang jatidiri Melayu setelah 106 tahun dijajah oleh Kerajaan Siam.Sekadar 31 tahun di jajah, kesetian orang Melayu Setul telah berubah kepada kesetian Raja Siam,bilamana Raja Siam membuka pintu sempadan membenarkan Jepun menyerang Tanah Melayu tanpa dibantu oleh orang Setul. ( pendapat penulis )
Orang Satun Kini
Hidup 106 tahun dalam negara yang longgar undang undang membuat masyarakat disini tiada displin dan tatacara kehidupan. Bergaduh dan membunuh sesama sendiri adalah budaya sebahagian remaja Satun. Dalam pemilihan Ketua Wilayah,65% masyarakat melayu mengundi bukan Melayu menjadi Ketua Wilayah. Ini semua kerana mereka lupa asal usul dan jadi diri. Duit menjadi raja dalam setiap aktiviti. Dasar Thesapiban menjadikan mereka sejiwa dengan Thai Buddha. Pada hemat penulis lagi 10 tahun , SATUN akan menjadi Trang,Phuket,Krabi,Phatalung dan Surat Thani. Bahasa Melayu akan hilang dan pupus 95% dari bumi Satun. Bagi rakyat yang lahir dari tahun 2000 masihi ,Bahasa Thai adalah Bahasa Ibunda dan mereka tidak tahu lagi bahasa melayu. Mereka lebih rela menjadi BANGSA YANG TIADA JIWA , menumpang bangsa orang lain dan berbangga dengan bangsa Thai Buddha. Sebagai balasan mereka akan dijajah sampai mati dan hilang jatidiri.

Islam Di Satun
Dari 65% umat Islam 20% berpegang kepada fahaman Wahabi,Germuda dan Syiah.Selebihnya Ahli Sunnah Waljamaah yang diwarisi turun tumurun.Dalam golongan ini ada yang kuat dan cenderung kepada ajaran agama dan ramai yang telah longgar.Dan lagi 5% telah hilang akidah akibat hidup terlalu bebas.
Dari 65% penduduk Islam , 60% daripada mereka telah terpengaruh dengan Dasar Thesapiban. Mentaliti dan pemikiran Thai Buddha kuat dipegang. Ada seorang rakan penulis ,dari Negeri Sembilan yang berkahwin dan menetap di Pak Bara berpendapat, Orang Islam Thai, jasad Islam tapi hati majusi. Ini pendapatnya setelah 10 tahun menetap di Satun.
Oleh kerana terlalu banyak mazhab Islam di Satun ( Thailand amnya ) maka mudah bagi pihak pemerintah mengawal masyarakat Melayu di Satun. Permusuhan antara penganut mazhab dan perpecahan dalam masyarakat kian ketara. Banyak surau surau dan masjid menurut mazhab masing masing dibina. Percanggahan hukum hakam agama menjadi punca perpecahan.
Untuk mendirikan masjid atau surau, tiada bantuan atau dana dari kerajaan. Masyarakat mencari dana dengan menganjurkan jamuan teh menjemput masyarakat berdekatan menderma. Ada juga antara mereka mencari dana di Malaysia. Rakyat Malaysia tanpa pengetahuan dengan masalah di Thailand akan cepat bersimpati dan menderma kepada mereka. Lebih lebih lagi di Wilayah Pattani,Yala atau Narathiwat. Kekadang mereka ini mengambil kesempatan diatas keperihatinan rakyat Malaysia.
Sebagai contoh,sebuah badan kebajikan pelajaran di Wilayah Selatan Thailand. Mereka mencari dana di Malaysia dan digunakan untuk membantu penubuhan kelas bahasa Melayu. Mereka menghasilkan buku buku dalam bahasa Melayu,tapi hasilnya tidak memenuhi keperluan dan standard bahasa Melayu yang betul. Malah ada sahabat saya yang pergi membantu mereka untuk menghasilkan buku buku tetapi khidmat nasihat tidak diterima. Mereka melayan aktivis aktivis dari Malaysia bukan kerana ilmu bahasa Melayu tapi sumbangan kewangan sahaja. ( Lihat contoh buku )
Penulis pernah terbaca dalam akbar Utusan Malaysia bahawa , sebuah pusat Syiah yang terbesar di rantau Asean akan dibina di Satun. Projek asal menurutnya, akan dibina di Gombak Selangor tetapi telah di kesan oleh pihak berkuasa. Dana sumbangan kerajaan Iran bernilai RM24 Juta , khabarnya telah sampai ke Satun. Sampai hari ini penulis belum lagi dapat mengesan tempatnya. Ini kerana agak susah untuk kita bergaul dengan golongan Syiah disini kerana mereka lebih selesa bergaul sesama sendiri dan banyak berselindung identiti.
Bagi Gerakan Wahab  pula, mereka ini bergerak secara terang terang. Bercampur gaul dengan masyarakat cuma dalam ibadat mereka selesa disurau atau masjid mereka sendiri.Bagi gerakan Germuda juda sama, mereka ini selalu adakan perjumpaan sesama mereka di Satun.
Walaupun apapun pegangan mereka, tetapi masyarakat Islam masih lagi melakukan ibadat dan berpegang kuat pada amalan dahulu. Sebagai contoh :-
1.      Kenduri arwah hari pertama,keduadan ketiga.Hari ketujuh ,hari ke 44 dan ke 100.
2.      Jika yang berkemampuan,mayat arwah akan dibaca surah Al Quran 7 hari 7 malam di atas kubur.
3.      Amalan Bomoh dan menilik nasib sangat kuat disini. Masyarakat masih lagi mempercayai bomoh. Mereka menemui bomoh untuk mendapat kerja,bertanding jawatan,nombor ekor,sakit misteri dan lain lain lagi yang berkaitan.
Berbalik kepada pemerintah dan masyarakat Islam di Thailand khasnya. Pemerintah sekarang lebih mudah mengawal aktiviti mereka kerana perpecahan di kalangan umat Islam. Oleh kerana masing masing bermusuhan , maka kekuatan umat Islam menjadi lemah kerana mereka tidak sepakat seperti waktu dulu. Pada hemat penulis,di tiga Wilayah Yang Bergolak, kemungkinan untuk merdeka atau mendapat taraf atonomi sangat tipis. Ini kerana dikalangan mereka membawa misi perjuangan yang berbeza.Rakyat Melayu di Malaysia disuapkan berita penderitaan untuk meraih simpati . Tanpa mengusul periksa, mereka menderma dan membantu tapi hakikatnya cerita letupan atau tembakan rakyat kabur dalam motif yang sebenar. Penderitaan di tindas kerajaan adalah perkara yang boleh mencairkan hati nurani rakyat Melayu Malaysia. Hakikatnya cara mereka berjuang kemerdekaan diera IT telah ketinggalan zaman dan asas perjuangan telah jauh tersimpang dari asal.
Kalau kita selalu mengikuti komen “Facebook Bangkok Post” jika ada isu 3 wilayah ada komentar dari orang Thai-Buddha menyuruh kerajaan menghalau pembrontak ke Malaysia. Ini mengambarkan bahawa rakyat Malaysia dan Malaysialah yang membantu aktiviti keganasan di 3 Wilayah. Hakikatnya orang Thai-Muslim nampak muka orang Malaysia hanyalah duit dan derma. Dari segi ilmu pengetahuan , mereka masih menganggap mereka lebih maju dan canggih. Ini sebenarnya kerana DASAR THESAPIBAN berjaya meresap ke dalam jiwa seluruh umat Thai Muslim Thailand. Mereka di tahun 2558 dan Malaysia baru sekadar 2015 , mana mungkin lebih bijak dari rakyat Thai.
Cuba anda derma buku atau peralatan pembelajaran , buku akan berhabuk tanpa disentuh oleh mereka. Ini kerana mereka MALAS membaca dan ramai yang baca tapi tidak faham,ramai lagi yang tidak boleh membaca. Hakikatnya mereka lebih selesa baca tulisan Thai. Mereka hanya mahu duit. Mereka mahu buat pembanggunan dan perkara yang pada mereka memberi faedah. Mereka juga suka berlumba lumba membina banggunan dan persekitaran yang selesa dari menambah ilmu pengetahuan . Mereka sebenar tidak tahu bahawa ilmu pengetahuan itu boleh mengubah banggunan yang usang kepada bentuk yang baru.
Hakikatnya inilah salah satu inti pati Dasar Thesapiban. Cuba tengok Wat Siam . Banggunan yang indah.Pintu gerbang yang kukuh dan gagah berdiri . Disamping patung patung yang tersergam indah. Ini bentuk pemikiran orang Melayu Satun masa kini. Sebenarnya mereka tidak mampu untuk melaksanakan. Malaysialah negara destinasi memungut derma. Di Kampung tempat tinggal penulis,boleh dikatakan selang 10 rumah ada surau. Dalam satu kampung ada 2 atau tiga masjid. Keperluan masjid bukan keutamaan bagi mereka yang sebenarnya disituasi ekonomi yang tidak mengizinkan. Akan tetapi prestej dan juga perpecahan masyarakat setempat membuat mereka bersaing. Itulah hakikat dan perkara sebenar yang mereka tidak nampak.
BERSAMBUNG DISINI
Katakunci : Melayu Satun,PerjanjianBangkok 1909,Dasar Thesapiban,Thailand


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

BORANG TM6 TM2 DAN TM3 THAILAND

TM6 THAI Borang TM6 , Borang TM2 dan Borang TM3 ke Thailand. Borang apakah itu ? Ramai yang dok keliru dengan borang ini. 1. Borang TM6 atau white card . Ada dua keratan yang perlu diisi. - keratan Arrival Card dan Departure Card, kena isi dua dua. - Arrival Card disimpan oleh Imigresen Thai. - Departure Card disimpan bersama passport atau border pass. - Departure Card MESTI diserahkan sewaktu keluar dari Thai. Disertakan bersama Passport semasa stamping. - JIKA HILANG , sila lapor ke Pejabat Imigresen atau tahan telinga kena maki ( hahaha ) Oleh itu ambil gambar passport dan TM6 simpan didalam HP sebagai bukti jika hilang. Borang TM2 dan TM3 dicopy dari  https://www.riderchris.com/ 2. TM2 adalah borang maklumat kenderaan. - Borang ini boleh didapati di Pejabat Imigresen Thai. - Diisikan dan diserah kepada Pegawai Imigresen Thai untuk mendapat pengesahan semasa stamping passport. - Serahkan semasa pulang ke malaysia kepada Pegawai Imigresen Thai semasa stamping P

LOKASI MENARIK DI PAK BARA SATUN THAILAND

Lokasi Menarik di Pak Bara Satun Thailand untuk dilawati. Persiapan untuk masuk Thailand melalu Wang Prachan, Satun menggunakan Passport ( MAY 2022 ) a. Thai Pass link https://land.tp.consular.go.th / DIMANSUHKAN SEJAK JULY 2022 b. Covid Insuran  DIMANSUHKAN SEJAK JULY 2022 b. Covid Insuran c. Insuran kenderaan ( Por Ror Bor & Voluntary ) d. Geran kenderaan e. TM6 TM2 TM3 Untuk memudahkan urusan sila klik link berikut https://wa.me/60196664087 ( Malaysia ) https://wa.me/6598505125 ( Singapura ) Border Pass  ( MAY 2022 ) a. Tempuh melawat 3h2m ( Tempuh 30 hari sejak July 2022 ) b. Tiada Thai Pass dan Insuran Covid  DIMANSUHKAN SEJAK JULY 2022 b. Covid Insuran c. Insuran kenderaan ( Por Ror Bor & Voluntary ) d. Geran kenderaan e. TM6 TM2 TM3 INSURAN KENDERAAN https://wa.me/60196664087 ( Malaysia ) https://wa.me/6598505125 ( Singapura ) 1. Wang Kelian Immigration, Customs, Quarantine and Security (ICQS) Complex +60 9-945 6328 https://maps.app.goo.gl/ayF7

Apa Ada Di Pak Bara Satun Thailand

Apa Ada Di Pak Bara Satun Thailand ? Macam mana nak pi kePak Bara ? Ini soalan lazim yang sering ditanya oleh pembaca. Mai aku nak cerita kat hangpa. Anda WAJIB lalu dan singgah di  CJS SATUN 406 Kedai milik Akitivis Bahasa Melayu Satun. Dikenali kalangan bikers dan rider Malaysia Singapura dan Asean. Kerana Banyak membantu mereka yang ditimpa musibah tanpa sebarang bayaran. CJS SATUN 406 1. Pos Imigresen Wang Kelian. Hangpa klik pautan ini.  Wang Kelian Ke Pak Bara 2. Pak Bara View, mercu tanda Pak Bara berlatarkan Ikan Maling dan Laut Andaman. Tempat santai seisi keluarga. Bermula jam 3.00 pm ada gerai menjual makanan. Pasar Malam pula setiap Sabtu dan Ahad adalah kemuncak pasar malam. Pautan Maps :  Pak Bara View Point Pak Bara View Point 3. Makanan Laut dan Makanan Thai yang ori. Dah enam tahun di Pak Bara dan sekitar Satun. Kedai terbaik Nava Seafood. Alasannya 100% HALAL . Arak tidak dibenarkan masuk ke Kedainya. Berbeza dengan kedai-kedai lain.TAPI ikut su