SATUN VS KRABI 1
Wilayah Satun , baru diperkenalkan dan buka pusat perlancongan ke pada
masyarat dunia 5 tahun kebelakang ini.MasyarakatSatun dari segi kemajuan
terkebelakan dari wilayah wilayah di Thailand.Selama ini hingga searang
masyarakat Satun banyak bergantung dengan barangan dari Utara Malaysia,
iaitu Perlis
Oleh sebab itu tidak hairanlah, banyak barangan halal yang dijual disini
dan kebanyakkannya produk Malaysia.Maka itu amat mudah untuk mendapatkan
makanan halal.
Bahasa Melayu yang digunakan adalah bahasa Melayu loghat utara. Jadi amat
mudahlah bagi pelawat dari Malaysia melancong disini. Sebagai contoh
khubah Jumaat di empat mukim dan Masjid Mambang menggunakan bahasa Melayu
sebagai bahasa pengantar.
Kenapa Wilayah SATUN agak mundur ?
Lima tahun yang lalu, masyarakat disini terlalu naif kepada pembanggunan.
Mereka khuatir pelancong membawa "budaya kuning" ke Wilayah ini seperti
yang berlaku di KRABI ATAU PHUKET. Apa yang terjadi di KRABI ATAU PHUKET
menjadi igauan ngeri kepada penduduk Wilayah Satun yang terdiri dari 90%
Melayu Islam.
Di KRABI ATAU PHUKET , kerosakan akhlak masyarakat Islam dan kemasukkan
beramai ramai penganut Budhah warga Thai dari wilayah utara Thailand
membimbangkan ketua masyarakat Islam disini.
Suatu ketika dahulu, semasa perangcangan membuka pasaraya TESCO ,
masyarakat disini berpiket membantah kerana khuatiri membawa
budaya dan pekerja luar masuk ke Wilayah Satun.Masyarakat Satun
kebanyakkan terlalu kemelayuan dari segi permikiran. Akan tetapi
pemikiran mereka di tahap Melayu Malaysia di tahun 70an-dan 80-an.
PEMIKIRAN MASYARAKAT SATUN
Sekiranya pelawat Malaysia ingin kembali ke zaman Malaysia 20 tahun
yang lalu, Satun adalah tempat paling sesuai dan terbaik.Masyarakat
disini masih lagi kuat berpegang kepada adat dan budaya melayu Kedah
Lama.Bila sesuatu kenduiri perkahwinan ingin diadakan, maka tuan rumah
akan menjemput orang kampung berbincang dahulu.Begitu juga pada hari
kenduri, gotong royong memasak masih diamalkan disini.
Jika anda menghadapi kesulitan atau masalah disini,sila rujuk kemana-mana
Masjid yang berhampiran.InsyaAllah dengan sedaya upaya mereka akan membantu
anda dari A-z.
Amalan budaya Melayu Kedah masih menjadi teras kepada pemikiran masyarakat ini.
Kebanyakan murid murid sekolah cuma berlajar sehingga sekolah rendah. Bila
ke sekolah menengah , mereka akan di hantar ke sekolah agama , pondok atau
ke Malaysia pada yang mampu.Mereka khuatir anak mereka akan DI SIAM KAN.
Bagi masyarakat disini SIAM dirujuk kepada agama atau orang Budhah dan MELAYU
di rujuk kepada orang Islam.
Sila Baca Aktikel Berkaitan
1. SATUN VS KRABI
2.PANDUAN MELAWAT SATUN
3.KOH LIPE
Ulasan