Melawat Satun Banner

Makanan Laut Seafood di Tanyong Po Tanjung Pauh Satun

Travel Blog Malaysia Thailand


Makanan Laut Seafood di Tayong Po Tanjung Pauh Satun

Tayong Po atau nama Melayu Tanjung Pauh adalah perkampungan nelayan,
yang baru diperkenalkan di Wilayah Satun.Terletak di pinggir laut
ke selatan barat wilayah Satun.Perkampungan mengadapap Laut Andaman
dan berlatar belakang Koh Tarutao dan Pulau Langkawi.

Belacan Tanjung Pauh

100 % penduduk disini berbahasa Melayu loghat Perlis. Ini menjadi
kelebihan mereka berurus niaga dengan orang di Malaysia. Belacan
Tanjung Pauh 100% di eksport ke Perlis dan Langkawi. Kebanyakkan
belacan Perlis adalah belacan Tanjung Pauh.Belacan dijual dengan
harga THB80 - THB100 ( RM8 - RM10 )

Ikan Kering

Selain belacan , ikan kering sangat popular disini. Antara ikan kering
yang sangat popular adalah ikan pari kering, ikan gelama , ikan tamban
dan ikan bilis.
Harga yang dijual sangat berpatutan. Kebanyakkan produk ini di eksport
ke Perlis dan Langkawi.

Travel Blog Malaysia Thailand


Makanan Laut atau Seafood

Kini makanan laut menjadi tarikan produk perlancongan terbaru. Restoran
makanan laut milik 100% Melayu Islam tidak diperlu khuatirkan tentang
taraf halalnya. Urusan perniagaan juga dalam dua bahasa. Bahasa utama
adalah Melayu dan Thai.

Harga sekilo udang besar antara RM55-RM65 dan upah memasak kira kira RM8 sahaja.
Harga sekilo ketam antara RM24 - RM30 dan upah memasak sama seperti yang lain.
Kemsom atau asam pedas ikan kertas sangat popular disini. Harga yang mampu untuk
kita menjamu selera.

Suasana restoran mengadap Laut Andaman yang dihembus angin sepoi sepoi bahasa
menambah selera untuk kita menjamah juadah yang ditempah.Keadaan sekitar yang
tenang dan damai. Pondok pondok buluh yang ada menjadikan suasana yang agak privasi
untuk kita menjamu selera bersama keluarga dan rakan rakan.

Sila Baca Aktikel Berkaitan

1. Satun vs Krabi

2.Panduan Melawat Satun

3.Koh Lipe

4.Satun vs Krabi 1

Travel Blog Malaysia Thailand

Travel Blog Malaysia Thailand




PERTANYAAN
Cikgu Joe Satun
Cikgu Joe Satun Cikgu Joe Satun merupakan seorang guru sukarela, aktivis masyarakat dan pengusaha pelancongan yang telah menetap di Pak Bara, Satun, Thailand selama lebih 15 tahun. Beliau dikenali sebagai individu yang aktif membantu rakyat Malaysia yang menghadapi kesulitan di Thailand, khususnya di sekitar Satun. Selain itu, beliau komited dalam bidang pendidikan dengan mengajar Fardu Ain dalam Bahasa Melayu secara percuma kepada komuniti setempat, sebagai usaha memartabatkan bahasa dan memperkukuh kefahaman agama. Cikgu Joe juga merupakan pemilik Karlisa Travel, sebuah agensi pelancongan yang menyediakan perkhidmatan mesra pelancong Malaysia dengan penekanan kepada keselamatan, pengalaman tempatan dan keperluan sebenar pelanggan. Dengan gabungan pengalaman, kepakaran dan semangat kebajikan, Cikgu Joe Satun terus memainkan peranan sebagai penghubung antara komuniti Malaysia dan Thailand.

Post a Comment for "Makanan Laut Seafood di Tanyong Po Tanjung Pauh Satun"

WhatsApp Karlisa Travel