Melawat Satun Banner

PROJEK WAKAF SET KERUSI MEJA

TADIKA MISBAHUDDIN

Pada 19hb April yang lalu saya Abg Zul ( Facebook ) bersama isteri cikgu Zakiah dan anak lelaki kami telah melawat Masjid Misbahuddin ( Page ) untuk menyerahkan buku buku sumbangan Projek Iqra

Hati saya terdetik untuk membantu sekadar keupayaan dan seraya ini saya Zulhisham Abdul hadi ingin melancarkan tabung kutipan wakaf kerusi dan meja bagi kanak-kanak islam tersebut.

Kadar wakaf bagi satu set kerusi meja tersebut adalah sebanyak RM 110.

Setakat ini sejumlah 30 set dana tabungan wakaf tersebut telah berjaya dikutip. Kami memerlukan sekurang-kurangnya 100 set.

Sebarang sumbangan amat di alu-alukan.

Tuan Puan yang dirahmati Allah boleh menyerahkan sumbangan tersebut ke akaun
CIMB . Zakiah Binti ishak ( Isteri ) no. acc 7021816826 ( untuk waktu ini saya tidak mempunyai acc bank yg sesuai untuk diguna )

Kami bercadang untuk membeli set kerusi meja tersebut sebelum sessi persekolahan dibuka iaitu pada 25/5/2014. Oleh tabung ini akan ditutup pada 15/5/2014.

Tuan Puan juga boleh PM saya pada bila-bila masa di Page 
https://www.facebook.com/MasjidMisbahuddin

Saudara Saudara semua, 
Saya telah menyaksikan sendiri bertapa kuatnya mereka berusaha mengekalkan Budaya Dan Bahasa Melayu di Bumi Thailand . Thailand umum tahu mempunyai dasar pelajaran sendiri.Mereka menumpukan Bahasa Thai. Kini anak anak kian melupai Bahasa Melayu yang diwarisi turun temurun.


Saksikanlan Video ini.....anda akan juga merasai....
http://www.youtube.com/watch?v=MsBoUzDarY4

<iframe allowfullscreen="" frameborder="0" height="344" src="//www.youtube.com/embed/MsBoUzDarY4" width="459"></iframe>

PERTANYAAN
Cikgu Joe Satun
Cikgu Joe Satun Cikgu Joe Satun merupakan seorang guru sukarela, aktivis masyarakat dan pengusaha pelancongan yang telah menetap di Pak Bara, Satun, Thailand selama lebih 15 tahun. Beliau dikenali sebagai individu yang aktif membantu rakyat Malaysia yang menghadapi kesulitan di Thailand, khususnya di sekitar Satun. Selain itu, beliau komited dalam bidang pendidikan dengan mengajar Fardu Ain dalam Bahasa Melayu secara percuma kepada komuniti setempat, sebagai usaha memartabatkan bahasa dan memperkukuh kefahaman agama. Cikgu Joe juga merupakan pemilik Karlisa Travel, sebuah agensi pelancongan yang menyediakan perkhidmatan mesra pelancong Malaysia dengan penekanan kepada keselamatan, pengalaman tempatan dan keperluan sebenar pelanggan. Dengan gabungan pengalaman, kepakaran dan semangat kebajikan, Cikgu Joe Satun terus memainkan peranan sebagai penghubung antara komuniti Malaysia dan Thailand.

Post a Comment for "PROJEK WAKAF SET KERUSI MEJA"