Melawat Satun Banner

Satun Masih Aman Walaupun Protes Bangkok

Bergaya di atas Motor Dari Group Konvoi Lembah Klang

Salam
Cuti Panjang semperna Tahun Baru Cina 2014, kami dikunjungi oleh group motosikal dari Lembah Klang.
Group yang di ketuai oleh Encik Atan ( grand.elegance@gmail.com ) . 

Group yang di ketuai oleh Encik Atan ini menggunakan perbagai jenis motosikal, dari kapcai sehinggalah Superbike.Apa yang saya perlajari dari mereka, walaupun Protes di Bangkok dan Hari Undi Thailand, tetapi mereka tiada sebarang halangan atau gangguan semasa berkonvoi .

Seperti yang beritahu tempoh hari,sejak Perjanjian Bangkok 1909 , Wilayah Satun masih lagi aman dan sentosa. Jarak beratus kilometer ke Wilayah Pattani di timur Thailand dan beribu kilometer di selatan Bangkok membuat SATUN menjadi pilihan para perlancong dari family di utara Malaysia.

Wilayah Satun terletak bersempadan dengan negeri Perlis popular dengan nama Setoi ( Setul). Pengunjung sering datang dari hari Jumaat,Sabtu dan Ahad melalui pintu sempadan Wang Kelian dan masuk melalui pintu Wang Prachan di Thailand.

Pintu sempadan dibuka setiap hari dari jam 8.00 pagi dan ditutup jam 7.00 ptg.
Jika anda bercadang melawat sehingga Bandar Satun,anda hanya perlu memandu
sekitar 30 minit sahaja.
Segala persiapan atau dokumen yang diperlukan sila Baca Disini

Senja di Pantai Pak Bara


PERTANYAAN
Cikgu Joe Satun
Cikgu Joe Satun Cikgu Joe Satun merupakan seorang guru sukarela, aktivis masyarakat dan pengusaha pelancongan yang telah menetap di Pak Bara, Satun, Thailand selama lebih 15 tahun. Beliau dikenali sebagai individu yang aktif membantu rakyat Malaysia yang menghadapi kesulitan di Thailand, khususnya di sekitar Satun. Selain itu, beliau komited dalam bidang pendidikan dengan mengajar Fardu Ain dalam Bahasa Melayu secara percuma kepada komuniti setempat, sebagai usaha memartabatkan bahasa dan memperkukuh kefahaman agama. Cikgu Joe juga merupakan pemilik Karlisa Travel, sebuah agensi pelancongan yang menyediakan perkhidmatan mesra pelancong Malaysia dengan penekanan kepada keselamatan, pengalaman tempatan dan keperluan sebenar pelanggan. Dengan gabungan pengalaman, kepakaran dan semangat kebajikan, Cikgu Joe Satun terus memainkan peranan sebagai penghubung antara komuniti Malaysia dan Thailand.

Post a Comment for "Satun Masih Aman Walaupun Protes Bangkok"

WhatsApp Karlisa Travel