Melawat Satun Banner

Thailand Travel Shopping Bundle


Bundle istilah yang amat popular di Malaysia dan Selatan Thailand. Bundle atau pakaian 2nd hand atau terpakai ada pengemarnya tersendiri.

Peminat Bundle terdiri daripada :-
1.Bundle hardcore ( janji branded dan murah )
2.Bundle antik ( barangan branded tertentu yg hampir pupus tanpa mengira harga)
3.Branded Bundle ( barangan branded tak kira harga)
4.Quality Bundle ( barangan branded yang berkualiti tinggi )
5.Dan macam macam lagi la.....

Di Selatan Thailand, lebih kurang 35km dari Dannok atau Pandang Besar ada sebuah pekan kecil yang bernama Khlong Gae  ( org malaysia sebut Klongek ). Kalau anda berkereta ke Hat Yai, selepas Pekan Sadao memandu sehingga persimpangan ke Wilayah Pattani, anda belok kanan dan pandang kiri. Berdekatan simpang itu saja ada sebuah pasar dan disitulah tempat menjual bundle.

Pasar Bundle dibuka pada petang Jumaat dan ditutup pada petang Sabtu. So kalau nak shopping kat sini,kenalah mai petang jumaat dan tidur di bandar Hat Yai semalam.

Pada sebelah malamnya pula, anda boleh ke Asean Trade Market ( Asean Trade Centre) berdekatan Stesen Bas Hat Yai. Disini juga anda boleh shopping bundle tapi harga agak lebih sedikit dari di Krongek.

Harga Bundle di Krongek dari RM1 sehinggalah RM Beratus. Pandai pandailah menawar.

Bahasa Melayu boleh digunakan disini.

Baru baru ini wartawan Harian Metro telah berkunjung ke sini .Anda boleh membaca artikelnya disini
myMetro Krongek Syurga Peminat Bundle

Anda perlu membaca artikel ini
1.Pakej Konvoi Ke Satun
2.Prosedur Membawa Kereta Ke Thailand
3.Panduan Melawat Satun
PERTANYAAN
Cikgu Joe Satun
Cikgu Joe Satun Cikgu Joe Satun merupakan seorang guru sukarela, aktivis masyarakat dan pengusaha pelancongan yang telah menetap di Pak Bara, Satun, Thailand selama lebih 15 tahun. Beliau dikenali sebagai individu yang aktif membantu rakyat Malaysia yang menghadapi kesulitan di Thailand, khususnya di sekitar Satun. Selain itu, beliau komited dalam bidang pendidikan dengan mengajar Fardu Ain dalam Bahasa Melayu secara percuma kepada komuniti setempat, sebagai usaha memartabatkan bahasa dan memperkukuh kefahaman agama. Cikgu Joe juga merupakan pemilik Karlisa Travel, sebuah agensi pelancongan yang menyediakan perkhidmatan mesra pelancong Malaysia dengan penekanan kepada keselamatan, pengalaman tempatan dan keperluan sebenar pelanggan. Dengan gabungan pengalaman, kepakaran dan semangat kebajikan, Cikgu Joe Satun terus memainkan peranan sebagai penghubung antara komuniti Malaysia dan Thailand.

Post a Comment for "Thailand Travel Shopping Bundle "

WhatsApp Karlisa Travel