Melawat Satun Banner

Resepi Tom Yam Asli Satun Thailand


Resepi Tom Yam Sea Food Asli
( tom yam putih)
Untuk 2 orang Makan



Bahan Bahan
1.Serai = 2 pokok ( ditumbuk sekadar)
2.Cili padi = 5 ~ 8 biji
3.Tomato = 1 biji
4.Cendawan = 2 biji
5.Daun Limau purut = 3 helai
6.Lengkuas = sebesar ibu jari perempuan
7.Sotong = 3 ~ 4 ekor
8.Udang sederhana besar = 5 ~ 8 ekor
9.Ikan Siakap = sebesar 2 jari wanita,dipotong kecil atau dipotong 2~3
10.Limau Nipis 2 biji ( dibelah dua untuk ambil air)
11.Garam secukup rasa
12.Gula setengah sudu teh
13.Aji Ni Moto

Cara membuat
1.Didihkan air 2 cawan kopi

SETELAH AIR MENDIDIK
2.Masuk serai yang dah di tumbuk sekadar penyet
3.Masuk Lengkuas dan  cili
4.Masukkan ikan dan udang

SETELAH IKAN MASAK
5.Masukkan sotong
6.Masuk Tomato
7.Masukkan cendawan yang dah dipotong halus
8.Masukan garam
9.Masuk gula
10.Masukkan Aji No Moto
11.Perah limau

Setelah 90% masak
12.Masukkan daun limau

100% masak, boleh dihidang

Sila ikut urutan

PERTANYAAN
Cikgu Joe Satun
Cikgu Joe Satun Cikgu Joe Satun merupakan seorang guru sukarela, aktivis masyarakat dan pengusaha pelancongan yang telah menetap di Pak Bara, Satun, Thailand selama lebih 15 tahun. Beliau dikenali sebagai individu yang aktif membantu rakyat Malaysia yang menghadapi kesulitan di Thailand, khususnya di sekitar Satun. Selain itu, beliau komited dalam bidang pendidikan dengan mengajar Fardu Ain dalam Bahasa Melayu secara percuma kepada komuniti setempat, sebagai usaha memartabatkan bahasa dan memperkukuh kefahaman agama. Cikgu Joe juga merupakan pemilik Karlisa Travel, sebuah agensi pelancongan yang menyediakan perkhidmatan mesra pelancong Malaysia dengan penekanan kepada keselamatan, pengalaman tempatan dan keperluan sebenar pelanggan. Dengan gabungan pengalaman, kepakaran dan semangat kebajikan, Cikgu Joe Satun terus memainkan peranan sebagai penghubung antara komuniti Malaysia dan Thailand.

Post a Comment for "Resepi Tom Yam Asli Satun Thailand"