Senarai Pejabat Imigresen & UTC Permohonan Border Pass Malaysia–Thailand (2026)
Senarai Pejabat Imigresen & UTC Permohonan Border Pass Malaysia–Thailand (2026)
Berikut adalah senarai lokasi Pejabat Imigresen & UTC bagi permohonan Border Pass Malaysia. Negeri-negeri yang terlibat adalah Kedah, Perlis, Perak Utara & Kelantan.
📖 Baca di sini: Nak Masuk Thailand Guna Border Pass Atau Passport ?
📍 Lokasi Permohonan Mengikut Negeri
Negeri Kedah
- ✅ UTC Alor Setar
- ✅ UTC Sungai Petani
- ✅ Pejabat Imigresen Anak Bukit
- ✅ Pejabat Imigresen Bukit Kayu Hitam
- ✅ Pejabat Imigresen Langkawi
Negeri Perlis
- ✅ UTC Perlis (Kangar)
- ✅ Pejabat Imigresen Kangar
- ✅ Pejabat Imigresen Padang Besar
Perak Utara (Daerah Hulu Perak)
- ✅ Pejabat Imigresen Pengkalan Hulu
Negeri Kelantan
- ✅ UTC Kota Bharu
- ✅ Pejabat Imigresen Rantau Panjang
- ✅ Pejabat Imigresen Pengkalan Kubor
- ✅ Pejabat Imigresen Gua Musang
📋 Syarat Kelayakan
- ✔ Warganegara Malaysia.
- ✔ Dilahirkan atau telah bermastautin melebihi 1 tahun di:
- Kedah
- Perlis
- Kelantan
- Daerah Hulu Perak (Pengkalan Hulu, Gerik dan Lenggong)
📂 Dokumen yang Diperlukan
- MyKad
- Borang Permohonan
- 1 keping gambar berukuran 3.5 cm × 5 cm (latar belakang putih)
- Bil utiliti (sebagai bukti mastautin, jika diminta)
- Border Pass lama (jika pembaharuan)
- Sijil lahir (bagi pemohon bawah 18 tahun)
- Borang A1/B1 (bagi pemohon bawah 18 tahun)
💰 Kadar Bayaran & Tempoh Sah
Bayaran RM10.00
Tempoh Sah 1 Tahun
🗺️ Zon Perjalanan yang Dibenarkan
Border Pass ini sah digunakan untuk memasuki wilayah berikut di Selatan Thailand sahaja:
- 🇹🇭 Satun
- 🇹🇭 Songkhla
- 🇹🇭 Pattani
- 🇹🇭 Yala
- 🇹🇭 Narathiwat
Nota Rasmi: Maklumat ini adalah selaras dengan panduan rasmi Jabatan Imigresen Malaysia. Jika ada sebarang perubahan, anda diminta merujuk ke Pejabat Imigresen berhampiran.
❓ Soalan-Soalan Lazim (FAQ)
1. Siapakah yang layak memohon Border Pass?
Jawab: Semua warganegara Malaysia yang lahir atau menetap lebih 1 tahun di negeri Kedah, Perlis, Utara Perak (daerah Hulu Perak) dan Kelantan sahaja.
2. Apakah had perjalanan bagi Border Pass?
Jawab: Perjalanan merangkumi Wilayah Satun, Wilayah Songkhla, Wilayah Pattani, Wilayah Yala dan Wilayah Narathiwat sahaja.
3. Berapa lamakah tempoh sah laku Border Pass?
Jawab: Tempoh sah laku adalah selama 1 tahun sahaja dari tarikh dikeluarkan.
4. Berapakah bayaran setiap permohonan Border Pass baru?
Jawab: Bayaran hanya RM10.00 sahaja.
🚀 PROMOSI KARLISA TRAVEL
Jangan Pening Kepala Ke Thailand. Jom bersama Cikgu Joe Satun dan Karlisa Travel.
Kami menyediakan perkhidmatan menyeluruh untuk destinasi popular seperti Satun, Pak Bara, Koh Lipe, Hatyai, Krabi, dan Phuket.
- Tempahan Hotel: Pilihan penginapan terbaik dan selesa mengikut bajet anda.
- Tempahan Tiket Feri: Pengangkutan bot dan feri terus ke Pulau Koh Lipe tanpa pening kepala.
- Tempahan Van Sempadan: Perkhidmatan van sewa dari pintu sempadan Wang Kelian atau Padang Besar terus ke destinasi pilihan anda.
Urusan Mudah & Pantas! Hubungi kami sekarang:
Website: www.satunsiam.com
📲 WhatsApp Segera (+66830948948)

Post a Comment for "Senarai Pejabat Imigresen & UTC Permohonan Border Pass Malaysia–Thailand (2026)"