KENAPA PERLU EMPAT INSURANS KE THAILAND
KENAPA PERLU EMPAT INSURANS KE THAILAND? 🇹🇭
Nak "road trip" atau bercuti ke Thailand? Jangan ambil mudah bab perlindungan! Ramai yang sangka cukup sekadar ada satu insurans, padahal ada 4 jenis insurans yang memainkan peranan berbeza untuk melindungi poket dan nyawa anda.
Jom semak senarai penuh dari Cikgu Joe Satun supaya percutian anda kekal tenang tanpa paksaan poket!
1. Compulsory Insurance (CI) / Por Ror Bor
Status: WAJIB AMBIL (Syarat mutlak untuk lepas sempadan).
Insurans ini adalah undang-undang wajib kerajaan Thailand untuk semua kenderaan. Bagaimanapun, perlindungannya sangat terhad.
- Apa yang dilindungi: Hanya kecederaan tubuh badan, kecacatan, atau kematian pihak ketiga (dan penumpang anda).
- Had Pampasan (Anggaran):
- Kos perubatan kecederaan: Sehingga 80,000 Baht seorang.
- Kematian / Kecacatan kekal: Sehingga 500,000 Baht seorang.
- ⚠️ NOTA PENTING: Insurans ini TIDAK MELINDUNGI kerosakan harta benda atau kenderaan (sama ada kenderaan anda atau kenderaan orang lain).
2. Voluntary Insurance (VI)
Status: SUKARELA (Tetapi SANGAT DIGALAKKAN).
Jika anda terlibat dalam kemalangan dan didapati bersalah, CI tidak akan membayar ganti rugi kenderaan yang anda langgar. Di sinilah pentingnya VI!
- Fungsi Utama: Membayar ganti rugi kerosakan harta benda/kenderaan pihak ketiga (warga Thailand) serta tambahan kos perubatan jika had CI tidak mencukupi.
- Risiko Tanpa VI: Anda terpaksa membayar ganti rugi guna wang poket sendiri. Jika gagal membayar di tempat kejadian, anda berdepan risiko ditahan oleh pihak berkuasa Thailand. Malah, tuntutan peribadi tanpa ejen insurans selalunya melonjak pada kos yang tidak munasabah.
- Had Pampasan (Mengikut Polisi Jenis 3 / Kelas 3):
- Kerosakan harta benda pihak ketiga: Terhad antara 200,000 Baht sehingga 1,000,000 Baht (mengikut pelan yang dipilih).
📌 Nota: Kedua-dua insurans CI & VI boleh dibeli dengan mudah di wakil insurans Thailand yang terletak berhampiran pintu sempadan.
3. Travel Insurance (Insurans Perjalanan)
Status: SANGAT DIGALAKKAN (Untuk Perlindungan Diri).
Sebagai warga asing, kita tidak layak mendapat subsidi perubatan di hospital Thailand. Kos rawatan hospital swasta atau kerajaan di sana boleh mencecah ribuan ringgit walaupun untuk kes kecil (seperti keracunan makanan).
- Pelan ringkas & Pampasan:
- Perubatan & Kecemasan: Membiayai kos rawatan hospital, klinik, dan pemindahan perubatan kecemasan ke Malaysia (Pampasan sehingga RM50,000 - RM300,000 mengikut pelan).
- Kesulitan Perjalanan: Pampasan tunai untuk kelewatan penerbangan, kehilangan bagasi, atau kehilangan dokumen penting (pasport).
- Kematian/Ilat Kekal: Pampasan pampasan kepada waris jika berlaku kemalangan maut.
4. Extension 101 (Endorsemen 101)
Status: TAMBAHAN (Untuk Perlindungan Kenderaan Sendiri).
Ini adalah insurans sambungan daripada polisi insurans kenderaan sedia ada anda di Malaysia.
- Fungsi Utama: Melanjutkan perlindungan (Komprehensif/Insurans First Party) kenderaan anda supaya laku atau sah digunapakai ketika berada di dalam geografi Thailand.
- Kepentingan: Jika kereta anda hilang dicuri atau rosak akibat kemalangan di Thailand, anda boleh membuat tuntutan (claim) dengan syarikat insurans Malaysia anda. (Sila rujuk ejen insurans kenderaan anda di Malaysia untuk aktifkan kos ini).
📌 Nota: Travel Insurance dan Extension 101 wajib dibeli melalui ejen anda di Malaysia. Sebaik-baiknya, beli sekurang-kurangnya 3 hari sebelum tarikh masuk ke Thailand.
📞 NOMBOR KECEMASAN (Jika Perlu Bantuan Jurubahasa Thai)
Jika berlaku perkara tidak diingini, simpan nombor hotline ini:
- Royal Thailand Tourist Police: Hotline 📞 1155
- Tourist Assistance Center: Hotline 📞 1672
❓ FAQ (SOALAN LAZIM)
S1: Jika kita kemalangan dengan kenderaan Thailand, dan kita TIDAK BERSALAH, adakah kita berhak mendapat pampasan?
J: Ya, anda berhak mendapat pampasan. Hubungi wakil insurans anda dengan segera untuk tindakan dan rundingan selanjutnya.
S2: Apakah jenis Insurans yang perlu untuk ke Thailand?
J: Anda memerlukan kombinasi 4 jenis insurans untuk perlindungan menyeluruh: Compulsory Insurance (CI) untuk kelulusan undang-undang, Voluntary Insurance (VI) untuk kerosakan pihak ketiga, Extension 101 untuk kenderaan sendiri, dan Travel Insurance untuk perubatan diri anda.
S3: Jika ke Thailand dengan kenderaan awam (cth: kapal terbang/bas/kereta api), apakah insurans yang perlu dibeli?
J: Anda hanya perlu membeli Travel Insurance (Insurans Perjalanan). Ini kerana perlindungan kenderaan telah diuruskan oleh syarikat pengangkutan awam tersebut. Travel Insurance penting untuk melindungi kos perubatan anda di sana, pampasan kelewatan jadual perjalanan, serta kehilangan bagasi atau dokumen peribadi.
Rancang Trip ke Thailand Bersama Karlisa Travel!
Dah alang-alang melawat Thailand, apa kata teruskan perjalanan percutian anda dengan tenang. Biar Karlisa Travel uruskan segala keperluan logistik dan penginapan anda sepanjang di Thailand.
Kami menyediakan perkhidmatan menyeluruh untuk destinasi popular seperti Satun, Pak Bara, Koh Lipe, Hatyai, Krabi, dan Phuket:
- Tempahan Hotel: Pilihan penginapan terbaik dan selesa mengikut bajet anda.
- Tempahan Tiket Feri: Pengangkutan bot dan feri terus ke Pulau Koh Lipe tanpa pening kepala.
- Tempahan Van Sempadan: Perkhidmatan van sewa dari pintu sempadan Wang Kelian atau Padang Besar terus ke destinasi pilihan anda (Satun, Pak Bara, Koh Lipe, Hatyai, Krabi, Phuket).
Urusan Mudah & Pantas! Hubungi kami sekarang:
📲 WhatsApp: +66 83 094 8948
🌐 Layari Web Resmi: www.satunsiam.com
#KarlisaTravel #TipsKeThailand #InsuransThailand #InfoSempadan #TravelSafe

Post a Comment for "KENAPA PERLU EMPAT INSURANS KE THAILAND "