Melawat Satun Banner

Wilayah Satun Info Terkini 2026 | Panduan Lengkap Pelancong Malaysia

Wilayah <a target="_blank" href="https://www.google.com/search?ved=1t:260882&q=Satun+travel+guide&bbid=1051634223020121978&bpid=7420815926953313740" data-preview>Satun</a> Info Terkini 2026 | Panduan Lengkap Pelancong Malaysia

Wilayah Satun Info Terkini

Satun dalam bahasa Thai disebut สตูล (sa.tun), merupakan salah sebuah wilayah (changwat / province) di selatan Thailand.

Di bahagian utara, Satun berjiran dengan wilayah Trang, Phatthalung dan Songkhla. Manakala di selatan, Satun bersempadan dengan Malaysia melalui pintu masuk Wang Prachan (Wang Kelian, Perlis).

peta pelancongan satun



1. Keluasan

  • Keluasan: 2,478 km persegi

2. Penduduk

  • Jumlah penduduk: sekitar 320,000 orang
  • Islam: ± 70%
  • Buddha: ± 30%

Satun unik kerana majoriti penduduknya beragama Islam walaupun berada di Thailand.

3. Daerah (Amphoe)

  • Mueang Satun
  • Khuan Don
  • Khuan Kalong
  • Tha Phae
  • La-ngu
  • Thung Wa
  • Manang

4. Mukim (Tambon)

Satun mempunyai lebih daripada 30+ tambon (mukim) yang berada di bawah pentadbiran setiap daerah.

5. Kampung (Muban)

Jumlah kampung atau muban di Satun melebihi 300 kampung yang didiami oleh komuniti Melayu, Thai Muslim dan Buddha.

tempat-tempat menarik di Wilayah Satun



Jika Ingin Melawat Wilayah Satun Dari Malaysia

Pintu Masuk

  • Wang Kelian (Perlis) → Wang Prachan (Satun)

Dokumen Penting

Jika Berkenderaan

  • Borang TM2 & TM3
  • Declaration Custom Form

Rujukan lengkap: Contoh Surat Kebenaran Bawa Kereta ke Thailand

percutian di mana di wilayah satun



Insurans Ke Wilayah Satun

Kenderaan Awam

Kenderaan Sendiri

  • Compulsory Insurance (Wajib)
  • Voluntary Insurance (Digalakkan)
  • Travel Insurance (Digalakkan)
  • Extension Insurance (Digalakkan)

Panduan lengkap: Kenapa Perlu 4 Insurans ke Thailand


Tempat-Tempat Menarik di Satun

  • Pak Bara Viewpoint (Pak Bara)
  • Pak Bara Beach
  • Koh Lipe (Maldives Thailand)
  • Thale Ban National Park
  • Mu Ko Petra National Park
  • Airterjun Wang Saithong ( Kayak Arus Deras )
  • Koh Bulone
  • Koh Khao Yai ( Kayak Laut )
  • Makanan Laut Segar ( Tanyongpo & Pak Bara )
  • Satun Geopark Gateway
  • Tammalang ( Replika Ketam Gergasi & Taman Hutan Bakau )
  • Khao Thanan Sunflower ( Setiap 14 February )
  • Air Panas Thung Nui
  • Masjid Mambang (Masjid Satun)
  • ตลาดสดสตูล (Pasar Pagi Satun)

Tempat Makan Menarik :  Tempat Makan Menarik

Tentang Koh Lipe Baca Disini : Percutian Koh Lipe


Kesimpulan

Satun adalah destinasi terbaik bagi pelancong Malaysia yang ingin merasai suasana luar negara tanpa jauh dari budaya Melayu-Islam. Dengan persiapan dokumen dan insurans yang betul, perjalanan ke Satun akan menjadi lebih mudah dan selamat.


Rancang Trip ke Thailand Bersama Karlisa Travel!

Dah alang-alang melawat Thailand, apa kata teruskan perjalanan percutian anda dengan tenang. Biar Karlisa Travel uruskan segala keperluan logistik dan penginapan anda sepanjang di Thailand.

Kami menyediakan perkhidmatan menyeluruh untuk destinasi popular seperti Satun, Pak Bara, Koh Lipe, Hatyai, Krabi, dan Phuket:

  • Tempahan Hotel: Pilihan penginapan terbaik dan selesa mengikut bajet anda.
  • Tempahan Tiket Feri: Pengangkutan bot dan feri terus ke Pulau Koh Lipe tanpa pening kepala.
  • Tempahan Van Sempadan: Perkhidmatan van sewa dari pintu sempadan Wang Kelian atau Padang Besar terus ke destinasi pilihan anda (Satun, Pak Bara, Koh Lipe, Hatyai, Krabi, Phuket).

Urusan Mudah & Pantas! Hubungi kami sekarang:

📲 WhatsApp: +66 83 094 8948
🌐 Layari Web Resmi: www.satunsiam.com

PERTANYAAN
Cikgu Joe Satun
Cikgu Joe Satun Cikgu Joe Satun merupakan seorang guru sukarela, aktivis masyarakat dan pengusaha pelancongan yang telah menetap di Pak Bara, Satun, Thailand selama lebih 15 tahun. Beliau dikenali sebagai individu yang aktif membantu rakyat Malaysia yang menghadapi kesulitan di Thailand, khususnya di sekitar Satun. Selain itu, beliau komited dalam bidang pendidikan dengan mengajar Fardu Ain dalam Bahasa Melayu secara percuma kepada komuniti setempat, sebagai usaha memartabatkan bahasa dan memperkukuh kefahaman agama. Cikgu Joe juga merupakan pemilik Karlisa Travel, sebuah agensi pelancongan yang menyediakan perkhidmatan mesra pelancong Malaysia dengan penekanan kepada keselamatan, pengalaman tempatan dan keperluan sebenar pelanggan. Dengan gabungan pengalaman, kepakaran dan semangat kebajikan, Cikgu Joe Satun terus memainkan peranan sebagai penghubung antara komuniti Malaysia dan Thailand.

Post a Comment for "Wilayah Satun Info Terkini 2026 | Panduan Lengkap Pelancong Malaysia"