Panduan naik Motor Di Siam Thai

Panduan naik motor di Siam bila hangpa suka bawa laju. Aku dah penat bercerita dan menulis. Hari ini aku melukis pula. Aku harap jadikan panduan.

Hangpa rujuk kat gambar dibawah.

1. Yang rona kelabu tu laluan motor.
2. Yang rona hijau tu pembahagi jalan atau divider.
3. Yang rona kuning tu Line Jalan.

Kelajuan Motosikal seluruh Siam,sekadar 90km/j saja.
Namun motor hangpa jenih laju. Takkan nak bawa slow kot.
Aku nasihatkan hangpa

1. Pastikan hangpa menunggang di garis tengah hat rona kuning.
Ini kerana hangpa boleh agak kenderaan tepi kanan dan tepi kiri.

2. Perlahan bila U Turn dihadapan, takut depa U turn macam harem.

3. Siapsiaga di Traffic Light.

Biasanya motor siam suka songsang jalan. oleh itu bahaya bila ride terlalu tepi atau laluan motor bila anda laju.

Jangan RIDE WAKTU MALAM. Ini kerana sangat BAHAYA. Lori dibawah pengaruh arak dan motor tiga roda songsang jalan bila depa nak pi motong.

Info Tambahan
No. Telefon Konsulat Malaysia Songkhla.
Email pun ada.
So bila hangpa nak masuk siam email maklum kat depa. Depa nak reply tu terserahlah.

Telephone: +(6674)311062
+(6674)316274
Fax: +(6674)324004 / 312353
Email: mwsongkhla@kln.gov.my

Nama:
No Passport :
No HP
Jenis Kenderaan :
Tujuan Dan Destinasi :
No Hp Kecemasan

Komen anda di FACEBOOK : CIKGU JOE SATUN
Cikgu Joe Satun
Panduan Bermotosikal Di Thai

PERTANYAAN
Cikgu Joe Satun
Cikgu Joe Satun Karlisa Travel adalah agensi pelancongan milik Cikgu Joe Satun. Cikgu Joe Satun merupakan seorang aktivis masyarakat yang banyak membantu rakyat Malaysia yang menghadapi musibah di Thailand, khususnya di sekitar Satun. Beliau juga mengajar Fardu Ain dalam Bahasa Melayu secara percuma di Satun, Thailand sebagai usaha memartabatkan Bahasa Melayu dan menyumbang kepada komuniti setempat.

4 comments for "Panduan naik Motor Di Siam Thai"

Cikgu Joe Satun September 18, 2018 at 12:54 AM Delete Comment
CJS SATUN 406 Panduan naik motor di Siam bila hangpa suka bawa laju. Aku dah penat bercerita dan menulis. Hari ini aku melukis pula. Aku harap jadikan panduan.
MattHafidz September 18, 2018 at 12:37 PM Delete Comment
Terbaik cjs
Unknown September 20, 2018 at 12:13 AM Delete Comment
Info yg baik cikgu...👍
abong September 20, 2018 at 12:01 PM Delete Comment
terbaik CJS.. yang pening bila polis nak sama kita sebab langgar lampu merah padahal masa kita lalu tu belum merah pun..