Melawat Satun Banner

Cuaca Terbaik Melawat Pak Bara Satun

Bilakah cuaca terbaik untuk melawat Pak Bara, Satun, Thailand ?
Soalan ini sering ditanya kepada CJS Cikgu Joe Satun.

CJS SATUN 406
CJS SATUN 406


Jawapannya :
1. Tengok tujuan hangpa nak mai buat apa ?
- mai makan dan rehat saja, sepanjang tahun ok.
- mai nak main kayak sungai, bila hujan lebat, mengkalu ayaq naik, tak ok. Tapi kalu hujan baru turun, memang best giler.
- nak pi pulau dan rehat tengok laut.Sepanjang tahun.
- nak snorkeling, bulan November sampai May.
Paling terbaik bulan Januari sampai April cuaca panas .

2. Biasanya angin Barat bermula bulan pertengahan April hingga pertengahan Oktober. Angin barat biasa membawa hujan dan arus laut yang kuat. Ombak pun boleh tahan. Air laut agak keruh di pulau dan tukaq kaler kegelapan di tepi pantai.

3. Angin Timur bermula Pertengahan Oktober Sampai Pertengahan April. Biasanya bila tiba musim timur, maka kemarau akan melanda dikawasan Pantai Barat Thailand. Kemarau teruk dari hujung Disember hingga hujung April. Panas tahap gaban la kata budak whechat.

4. Belah mana pantai barat dan belah mana pantai timur ?
Hangpa berdiri mengadapap matahari jatuh.
Belah kanan hangpa utara.
Belah kiri hangpa selatan.
Belah pungkoq hangpa timur.
Belah depan hangpa barat.

5. Buka peta di handphone, mengadap matahari jatuh.
Pusing kanan. Biaq bahu kiri mengadap matahari jatuh, muka hangpa akan mengadapa UTARA.
Tengok PERLIS tang mana.
Kedah tang mana ?
Satun tang mana.
Belah kiri atau belah kanan.
Kalau belah kiri, maka barat.
Kalau Kedah dok belah barat, pi mandi wajib,ambik wuduk, maka buat solat TOBAT.
Paham Ka ?

Tak paham lagi
Whatsapp : +66830948948


PERTANYAAN
Cikgu Joe Satun
Cikgu Joe Satun Cikgu Joe Satun merupakan seorang guru sukarela, aktivis masyarakat dan pengusaha pelancongan yang telah menetap di Pak Bara, Satun, Thailand selama lebih 15 tahun. Beliau dikenali sebagai individu yang aktif membantu rakyat Malaysia yang menghadapi kesulitan di Thailand, khususnya di sekitar Satun. Selain itu, beliau komited dalam bidang pendidikan dengan mengajar Fardu Ain dalam Bahasa Melayu secara percuma kepada komuniti setempat, sebagai usaha memartabatkan bahasa dan memperkukuh kefahaman agama. Cikgu Joe juga merupakan pemilik Karlisa Travel, sebuah agensi pelancongan yang menyediakan perkhidmatan mesra pelancong Malaysia dengan penekanan kepada keselamatan, pengalaman tempatan dan keperluan sebenar pelanggan. Dengan gabungan pengalaman, kepakaran dan semangat kebajikan, Cikgu Joe Satun terus memainkan peranan sebagai penghubung antara komuniti Malaysia dan Thailand.

1 comment for "Cuaca Terbaik Melawat Pak Bara Satun"

Cikgu Joe Satun September 8, 2018 at 1:17 PM Delete Comment
Cikgu Joe Satun CJS SATUN 406