Melawat Satun Banner

Sedikit Info Tentang Insuran Kereta Motor dan Roadtax di Thailand.

Sedikit Info Tentang Insuran Kereta Motor dan Roadtax di Thailand.
1. Kebanyakkan Kereta dan Motor Persendirian di Thailand sekadar memiliki insuran sekadar untuk menghidupkan cukai jalan.
2. Insuran atau POROBO ini sekadar melindungi diri pemandu dan penumpang sahaja.
3. Nilai perlindungan antara sekadar kos rawatan hospital.
4. Sebelum insuran dan cukai jalan di keluarkan, kenderaan mesti menjalani pemeriksaan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan. Mesti dilakukan setiap tahun.
5. Bila lulus barulah dibawa dokumen ke Pejabat Jabatan Pengankutan membayar
antara thb400 untuk motosikal dan antara thb1800 untuk kereta.
Satu cakera pelekat diberikan bersama polisi insuran Porobo.
6. Pemilik kenderaan digalakkan membeli insuran perlindungan kenderaan ( Property Damage ) dengan nilai Thb1600-2000 untuk motosikal dan dari Thb6000-10,000 untuk kereta ( setahun).
7. Cuma pemilik kenderaan yang mampu dan ada kesedaran sahaja yang memilikinya.
8. Biasanya bila terjadi kemalangan kebanyakkan diselesaikan diluar mahkamah.
9. Yang miskin dan tak mampu, akan buat majlis minum teh untuk mengutip derma.
10. Yang Berharta menjual tanah pusaka.
11. Yang bijak pandai dan berduit sahaja, membeli insuran perlindungan tambahan.

12. Persoalan tentang Borang TM6 T2 dan TM3 Klik disini
SAPA KATA DI THAILAND TAK ADA ROADTAX DAN INSURAN UNTUK KENDERAAN ?
IANYA PERLU DIPERBAHARUI SETIAP TAHUN.



Sedikit Info Tentang Insuran Kereta Motor dan Roadtax di Thailand.
PERTANYAAN
Cikgu Joe Satun
Cikgu Joe Satun Cikgu Joe Satun merupakan seorang guru sukarela, aktivis masyarakat dan pengusaha pelancongan yang telah menetap di Pak Bara, Satun, Thailand selama lebih 15 tahun. Beliau dikenali sebagai individu yang aktif membantu rakyat Malaysia yang menghadapi kesulitan di Thailand, khususnya di sekitar Satun. Selain itu, beliau komited dalam bidang pendidikan dengan mengajar Fardu Ain dalam Bahasa Melayu secara percuma kepada komuniti setempat, sebagai usaha memartabatkan bahasa dan memperkukuh kefahaman agama. Cikgu Joe juga merupakan pemilik Karlisa Travel, sebuah agensi pelancongan yang menyediakan perkhidmatan mesra pelancong Malaysia dengan penekanan kepada keselamatan, pengalaman tempatan dan keperluan sebenar pelanggan. Dengan gabungan pengalaman, kepakaran dan semangat kebajikan, Cikgu Joe Satun terus memainkan peranan sebagai penghubung antara komuniti Malaysia dan Thailand.

Post a Comment for "Sedikit Info Tentang Insuran Kereta Motor dan Roadtax di Thailand."

WhatsApp Karlisa Travel