Melawat Satun Banner

Pengalaman Bersama Pelacur di Hat Yai

Kisah Benar Pengalaman Bersama Pelacur di Hat Yai

Kisah Benar Di Hatyai. Pengalaman Bersama Pelacur di Hat Yai

Membawa rombongan dari Kuala Lumpur melawat sambil shopping di Hat Yai memang sentiasa menjadi memori yang menyeronokkan. Sepanjang trip 3 Hari 2 Malam (3H2M) ini, jadual kami memang padat dengan aktiviti menerokai pelbagai syurga beli-belah kegemaran rakyat Malaysia!

Suasana Bandar Hat Yai
Suasana sekitar Bandar Hat Yai yang sentiasa meriah.

Antara lokasi hotspot membeli-belah yang sempat kami jelajahi termasuklah:

  • Pasaraya Kim Yong (Supasarn Rungsan Road) - Syurga kacang dan snek.
  • Suntisook Market (Nipat U-tid 1, 2 & 3 Roads) - Terkenal dengan barangan elektronik dan pakaian.
  • Asian Trade & Greenway Night Market (Kanchanavanit Road) - Vibe pasar malam yang 'happening'.
  • Kompleks Beli-Belah Utama: Diana, Odean, Robinson, Central, Siam Nakharin, Big C, Big C Extra, Lotus's, Makro, dan semestinya Central Festival Hat Yai!

📌 Baca artikel penuh mengenai tempat tinggal dan makan-makan menarik di sini: Hat Yai Stay and Eat.

Kisah Lucu di Celah Langkah Hat Yai (Jangan Sampai Ter-TRY!)

Ada satu cerita lucu tapi penuh pengajaran yang berlaku semasa rombongan kami bersahur di sekitar gerai jalanan, berhadapan Lee Garden dan Grand Plaza Hotel.

Dipendekkan cerita, ada seorang abang dalam rombongan kami ni teman isterinya makan sahur. Si suami tak makan, jadi dia pun mundar-mandir sambil merokok santai di hadapan Grand Plaza Hotel. Tiba-tiba, datang seorang wanita berpakaian seksi dan jelita menegurnya.

"Abang! Tonight I offer you cheap price, 1,000 Baht per night," bisik wanita tu.

Si suami dengan tenang menjawab, "Sorry, I no money."

Ingatkan dah give up, wanita tu tawar lagi, "I give you 700 Baht."

Lelaki itu geleng kepala, "No."

Harga turun lagi ke 500 Baht, tapi jawapannya tetap sama. Akhirnya, wanita tu buat tawaran 'harga runtuh', "Ok, tonight I offer you FREE for try!"

Dengan selamba badak, si suami terus tunjuk ke arah meja makan dan berkata, "Can you ask my wife over there?"

Melihat si isteri yang tengah khusyuk makan, wanita seksi itu terus 'berdesup' lari hilang dari pandangan! 😂

Moral ceritanya: Kepada para isteri (akak-akak semua), sila awasi suami anda bila berada di Hat Yai, terutamanya pada lewat malam. Kalau encik suami nak turun bersiar-siar, pastikan akak ikut sekali. Kalau tak... bimbang ada yang datang 'menawarkan diri' untuk di-TRY!

Jom Baca Panduan Travel Thailand yang Lain:

Rancang Trip ke Thailand Bersama Karlisa Travel!

Dah alang-alang melawat Thailand, apa kata teruskan perjalanan percutian anda dengan tenang. Biar Karlisa Travel uruskan segala keperluan logistik dan penginapan anda sepanjang di Thailand.

Kami menyediakan perkhidmatan menyeluruh untuk destinasi popular seperti Satun, Pak Bara, Koh Lipe, Hatyai, Krabi, dan Phuket:

  • Tempahan Hotel: Pilihan penginapan terbaik dan selesa mengikut bajet anda.
  • Tempahan Tiket Feri: Pengangkutan bot dan feri terus ke Pulau Koh Lipe tanpa pening kepala.
  • Tempahan Van Sempadan: Perkhidmatan van sewa dari pintu sempadan Wang Kelian atau Padang Besar terus ke destinasi pilihan anda (Satun, Pak Bara, Koh Lipe, Hatyai, Krabi, Phuket).

Urusan Mudah & Pantas! Hubungi kami sekarang:

📲 WhatsApp: +66 83 094 8948
🌐 Layari Web Resmi: www.satunsiam.com

Hat Yai Nightlife
Kawasan tumpuan 'nightlife' di Hat Yai. Awasi langkah anda!
PERTANYAAN
Cikgu Joe Satun
Cikgu Joe Satun Cikgu Joe Satun merupakan seorang guru sukarela, aktivis masyarakat dan pengusaha pelancongan yang telah menetap di Pak Bara, Satun, Thailand selama lebih 15 tahun. Beliau dikenali sebagai individu yang aktif membantu rakyat Malaysia yang menghadapi kesulitan di Thailand, khususnya di sekitar Satun. Selain itu, beliau komited dalam bidang pendidikan dengan mengajar Fardu Ain dalam Bahasa Melayu secara percuma kepada komuniti setempat, sebagai usaha memartabatkan bahasa dan memperkukuh kefahaman agama. Cikgu Joe juga merupakan pemilik Karlisa Travel, sebuah agensi pelancongan yang menyediakan perkhidmatan mesra pelancong Malaysia dengan penekanan kepada keselamatan, pengalaman tempatan dan keperluan sebenar pelanggan. Dengan gabungan pengalaman, kepakaran dan semangat kebajikan, Cikgu Joe Satun terus memainkan peranan sebagai penghubung antara komuniti Malaysia dan Thailand.

1 comment for "Pengalaman Bersama Pelacur di Hat Yai"

gadis jumaat November 29, 2023 at 5:32 PM Delete Comment
Hahaha... Kena ikat tepi suami2 kita nanti.. :D
WhatsApp Karlisa Travel